Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, September 18, 2008

SAPP Keluar Tidak Gugat BN ~ Ya Ke?


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak tergugat walaupun Parti Maju Sabah (Sapp) mengumumkan keluar dari parti komponen itu berkuat kuasa serta-merta hari ini.
Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai berkata, MCA menghormati keputusan Sapp itu dan yakin tindakan itu tidak akan menjejaskan usaha BN untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat.

"Keputusan Sapp ini langsung tidak memberi kesan kepada BN," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan MCA Kelantan di Kota Baharu di sini.
Presiden Sapp, Datuk Yong Teck Lee semalam mengumumkan di Kota Kinabalu mengenai keputusan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu.
Liow berkata, Sapp sebelum ini banyak membuat kenyataan yang tidak menggambarkan kesepakatan dalam BN dan keputusan untuk keluar dari BN adalah keputusan yang terbaik buat Sapp.

Sementara itu, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, keputusan Sapp itu bukan satu perkara yang mengejutkan memandangkan tindakan parti itu telah dijangkakan sejak lama dahulu.

Katanya, parti-parti komponen mesti mematuhi peraturan BN, bersuara dalam satu nada, mengambil berat di antara satu sama lain dan menghormati barisan kepimpinan.

"BN akan tetap hidup dan terus diperkukuh walaupun SAPP menarik diri, katanya kepada Bernama sambil menambah bahawa MIC akan terus setia dengan BN dan berkongsi takdir yang sama dengan komponen parti itu," katanya.

Di Putrajaya, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman melahirkan rasa kesal dengan tindakan Sapp itu walaupun beliau telah menjangkakan tindakan parti itu yang hanya menunggu masa sahaja untuk berbuat demikian.

"Bagaimanapun Umno Sabah dan rakan-rakan lain dalam BN akan terus setia dengan kepimpinan yang ada sekarang dan kita akan terus bekerja dan berusaha untuk pastikan kita membela dan membangunkan negeri Sabah," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya di sini.

Ditanya tentang kedudukan anggota Sapp yang menganggotai Kabinet negeri Sabah, termasuk timbalan presiden Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri, Musa berkata beliau masih belum tahu keputusannya lagi memandangkan beliau berada di sini ketika perkara itu diumumkan.

Musa turut menolak bahawa tindakan Sapp itu akan menjejaskan populariti BN di Sabah, malah berkata kepimpinan negeri Sabah akan berjalan seperti biasa dan "sentiasa dalam keadaan baik."

Ketua Penerangan MIC dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, M. Saravanan berkata, tindakan Sapp adalah baik bagi BN kerana parti itu tidak lebih daripada "duri dalam daging."

Di Tawau, Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, beliau yakin tindakan Sapp itu tidak akan membawa sebarang kesan kepada BN.
"BN akan terus melaksanakan tanggungjawabnya membawa pembangunan kepada penduduk Tawau yang kini sedang dilaksanakan secara berperingkat untuk kebaikan penduduk
kawasan berkenaan," katanya.

Bagaimanapun, Tawfiq yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau kecewa dengan tindakan Sapp memandangkan mereka telah berusaha bersungguhsungguh berkempen bagi memastikan kemenangan bagi calon Sapp, Datuk Chua Soon Bui untuk kerusi Parlimen Tawau pada pilihan raya umum 8 Mac lepas. BERNAMA

- mSTAR

AR: Ya ke tak tergugagt...... orang dah bercerai, biasalah..... nak sejukkan hati... bagitahu ajelah tak tergugat, tak rugi.... tapi, dalam hati, sapa yang tahu. hihihihi.

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats