Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, September 29, 2008

Ustaz Nash : PAS Sokong Pembentukan Kerajaan Baru


Zuharman MN Sun

BACHOK, 28 Sept (Hrkh) -
Biar pun tarikh peralihan kuasa pada 16 September sudah berlalu, namun PAS tetap terus menyokong usaha ke arah pembentukan kerajaan baru.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa bagaimanapun berkata, sokongan PAS itu dengan syarat Islam menjadi dominan dalam struktur pembentukan kerajaan baru.
"Sebaliknya kita tidak akan teragak-agak untuk tidak menyertai mana-mana pihak dalam usaha menubuh kerajaan baru sekiranya ia tidak menguntungkan Islam," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada penduduk miskin di sini semalam.

Beliau yang juga anggota parlimen Bachok berkata, PAS boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, namun dalam hal-hal berkaitan Islam dan umatnya, parti itu tidak akan berkompromi.

Sempena majlis tersebut Nasharudin menyampaikan bantuan Hari Raya kepada 60 penduduk miskin.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Kompleks Pendidikan Islam (KPI) Bachok memerlukan sumbangan orang ramai bagi menyiapkan bangunan tersebut yang dianggar bernilai RM2.5 juta.

Bangunan tersebut kini sudah 85 siap yang melibatkan perbelanjaan lebih RM1 juta.
Pada program itu juga Dewan Muslimat PAS Bachok menyampaikan sumbangan derma sebanyak RM1,000 kepada tabung pembinaan kompleks tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dipelawa menderma bagi menyiapkan pembinaan bangunan terbabit. Maklumat lanjut boleh hubungi Setiausaha PAS Bachok, Haji Huzaimi Che Hussin di talian 019 981 6362 atau pengarah projek Zainuddin Salleh (019 9387495).

- Harakah

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats