Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Friday, September 12, 2008

Perubahan Tak Selesai Masalah - Khairy

Oleh SUFFIAN ABU BAKAR

SEGAMAT 11 Sept. - Saranan supaya perubahan dilakukan di peringkat pucuk pimpinan UMNO tidak akan menyelesaikan segala masalah yang berlaku dalam parti itu, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, beliau menegaskan, perubahan pucuk pimpinan parti memerlukan pendekatan menyeluruh termasuk mengkaji bagaimana kaedah memenangi semula hati rakyat dan keseluruhan ahli parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, pihak yang mencadangkan dilakukan perubahan dalam pucuk pimpinan UMNO perlu mengemukakan perancangan yang jelas bagi memastikan parti itu terus mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat.

"Kalau hendak bercakap tentang perubahan (pucuk pimpinan), janganlah dengan retorik kosong semata-mata. Sebaliknya, ia mestilah perubahan yang ada perancangan termasuk pendekatan yang ingin diambil dari segi struktur dan akar umbi.

"Janganlah kita hanya meminta perubahan kepimpinan kerana jika kepimpinan diubah sekalipun, ia tidak akan menyelesaikan segala masalah kita," katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang, di sini malam tadi.

Majlis yang diadakan di kediaman Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sekijang, Ayob Rahmat itu turut dihadiri Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Razali Ibrahim dan ketua-ketua Pemuda bahagian seluruh Johor.

Sebelum majlis itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menyampaikan bantuan Nur Ramadan kepada 162 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya di Balai Raya Kampung Melayu Raya, di sini.

Khairy berkata, kenyataannya itu tidak merujuk kepada mana-mana kes atau individu, sebaliknya ia adalah pandangan umum.

Katanya, apa yang penting adalah semua ahli UMNO perlu menerima hakikat bahawa BN menjadi kuat hasil daripada sokongan yang diberikan oleh rakyat pelbagai kaum dalam parti komponen BN.

Untuk itu, kata beliau, perjuangan yang dibawa oleh UMNO juga perlu diterima oleh semua pihak tanpa mengira kaum.

"Dalam konteks keutuhan BN, kita perlu menjaga semua parti komponen yang berada dalam parti ini supaya UMNO bukan sahaja boleh diterima di kalangan orang Melayu malah kaum- kaum lain," ujarnya.



AR: Dah bukak dah mulut tuh...... budak KJ nih kononnya nak jadi Perdana Menteri sebelum umur 40 Tahun, sudahlah...... kami tak mahu...... gunakanlah duit ko yang berjuta-juta tuh dan binalah istana kat Pulau Batu Putih nun...... syoh....syoh!!!!

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats