Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Friday, September 12, 2008

Pinjaman RM3,000 Dapat Dalam Masa Tiga Hari

berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Peniaga kecil bazar Ramadan yang menghadapi masalah pusingan modal kini mempunyai pilihan untuk membuat pinjaman apabila Yayasan Tekun Nasional (Tekun) memperkenalkan pinjaman berskala kecil sebanyak RM3,000 setiap seorang.

Timbalan Menteri Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pinjaman itu diwujudkan kerana adanya keperluan untuk satu skim pinjaman yang mudah.

“Sejak diumumkan pada bulan Ogos, Tekun telah memberi pinjaman kepada 1,674 peminjam dan dana yang dibelanjakan berjumlah RM4.5 juta.

“Para peniaga terutamanya yang berniaga di bazar-bazar Ramadhan dan memerlukan modal dengan kadar segera boleh memohon,” katanya ketika majlis berbuka puasa ‘Karnival Jualan Borong Usahawan Ramadan’ di sini malam kelmarin.

Saifuddin berkata, permohonan itu juga boleh diluluskan dalam masa yang singkat iaitu tiga hari.

“Kalau perlukan modal untuk buat kuih contohnya, hanya perlu bawa surat pengesahan tempahan dari pihak berkenaan dan kami akan luluskan tanpa sebarang syarat yang ketat seperti cagaran dan sebagainya,” ujarnya.

Tambah beliau, skim itu diumumkan pada bulan lepas kerana ramai peniaga terutamanya peniaga Melayu memerlukan modal untuk berniaga di bazar-bazar Ramadan namun skim itu akan berterusan sepanjang tahun, tidak terhad kepada bulan Ramadan sahaja.


AR: Betul ke? 3 hari nih, kepada sesiapa yang perlukan pinjaman tersebut, cuba-cubalah isi borang permohonan di Yayasan Tekun.... Harap2 dapat membantu golongan susah.

1 comments:

Carlijne Sahrizan said...

Pencari pinjaman Dear

Adakah anda dalam mana-mana Kesukaran kewangan? Adakah anda ingin memulakan perniagaan? Ini syarikat pinjaman telah ditubuhkan oleh dunia organisasi hak asasi manusia yang luas dengan tujuan tunggal untuk membantu golongan miskin dan orang-orang yang kewangan Kesukaran hidup. Jika anda ingin memohon untuk pinjaman, kembali kepada kami dengan butiran melalui e-mel di bawah: carolinejames912@gmail.com

nama:
Jumlah Pinjaman Diperlukan:
Tempoh pinjaman:
Nombor Telefon:

Regards,
Puan Carlijne Sahrizan

Post a Comment

Blog Stats