Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Friday, September 12, 2008

916 Tragedy: MP Kuala Nerus Nafi Lompat!!

Muda Mohd Noor | Sep 12, 08 10:56am

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim menafikan desas desus bahawa beliau adalah antara tiga ahli Parlimen BN di Terengganu itu yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Mohd Nasir yang juga ketua Umno bahagian Kuala Nerus berkata, namanya telah disebut-sebut akan menyertai Pakatan dan tersebar luas di Terengganu.

Beliau juga menafikan ditawarkan jawatan menteri kewangan kedua jika menyertai Pakatan.

“Saya bertanding atas tiket Barisan Nasional dan kerana itu saya berpegang kepada janji menjadi wakil rakyat BN.

“Mereka (Pakatan) tidak pernah datang dan jumpa saya serta rakan-rakan yang lain,” katanya ketika dihubungi di Taiwan semalam.
.
Dua lagi ahli Parlimen BN Terengganu yang disebut-sebut akan menyertai Pakatan ialah ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh dan ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman.

Penyertaan mereka ke Pakatan menjadi buah mulut di kalangan orang ramai di Terengganu, termasuk di kalangan ahli dan penyokong Umno.

Bagaimanapun, Malaysiakini gagal menghubungi Matulidi dan Mohd Nor untuk mengesahkan perkara tersebut.

“Mungkin kerana dahulu saya rapat dengan kumpulan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerana faktor itu nama saya disebut akan menyertai Pakatan,” katanya.

Sementara itu, laman web Tranungkite melaporkan lima ahli Parlimen BN yang melawat Taiwan akan balik lebih awal iaitu Sabtu ini.

Menurutnya, mereka ialah Mohd Nasir; ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Saddique; ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Dr Puad Zarkashi; ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman dan ahli Parlimen Tanjong Manis, Norah Abdul Rahman.

Tranungkite mendakwa, mereka pulang awal kerana mahu keluar BN dan menyertai Pakatan kerana dilaporkan ditawar jawatan menteri.

Lamanweb itu juga melaporkan Mohd Nasir ditawar jawatan menteri kewangan kedua, Halimah (menteri perdagangan antarabangsa dan Industri), Dr Mohd Fuad (menteri keselamatan dalam negeri), Anifah (menteri pertanian) dan Norah (menteri pelajaran).



AR: Orang bergurau ajerlah, sapalah nak beri jawatan Menteri kat ko.... heheehehe..... apa2 pun, lompatlah..... kalau nak lompat..... Derihhh marah tak kalau lompat nih???? kahkahkah.


0 comments:

Post a Comment

Blog Stats