GENEVA - Saintis terkenal, Profesor Peter Higgs "menyerang" pesaing bagi memperoleh hadiah Nobel iaitu Profesor Stephen Hawking, lapor sebuah akhbar semalam.
Higgs mendakwa hasil kerja Hawking yang kini lumpuh kerana penyakit saraf berhubung teori kewujudan alam semesta sebagai tidak cukup bagus.
Sebelum ini timbul perbalahan berhubung penemuan terbaru daripada eksperimen mesin pemecut jirim terbesar di dunia iaitu Large Hadron Collider (LHC) bagi merungkai teori Letupan Besar atau Big Bang yang dimulakan kelmarin di sempadan Switzerland-Perancis.
BEBERAPA saintis melihat komputer di bilik kawalan eksperimen Big Bang di dekat Geneva kelmarin.
Higgs terkenal dengan teorinya berhubung kewujudan Partikel Tuhan atau Higgs Boson yang dianggap penting oleh para saintis bagi memahami asal-usul jisim.
Bagaimanapun, Hawking dalam satu wawancara menyatakan bahawa eksperimen menggunakan mesin itu akan menjadi lebih menarik sekiranya partikel Higgs Boson gagal ditemui.
Hawking juga sanggup bertaruh sebanyak AS$100 (RM347) bahawa partikel itu tidak wujud dan menegaskan bahawa banyak penemuan menarik bakal berlaku dalam eksperimen Big Bang.
Bagaimanapun, Higgs yang mencadangkan kewujudan partikel itu 44 tahun lalu mengakui bahawa dia tidak membaca hasil kajian asal Hawking yang menafikan teorinya.
"Bagaimanapun, saya membaca salah satu hasil tulisannya dan saya berpendapat ia adalah asas kepada pengiraan yang dilakukannya.
"Secara jujur saya berpendapat bahawa hasil kerja yang dilakukannya adalah tidak cukup bagus," katanya.- Agensi
- Kosmo!
AR: Dalam Eksperimen LHC nih, tiada seorang pun saintis dari Malaysia, harap Kerajaan Baru Malaysia nanti berusaha untuk mempertingkatkan lagi daya saing Saintis-saintis negara agar setanding dengan saintis antarabangsa.
0 comments:
Post a Comment