Bagi PAS pula tempoh penggantungan pemimpin Umno Pulau Pinang itu selama tiga tahun tidak ubah seperti pilih kasih.
Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sekiranya pihak lain yang membangkitkan isu perkauman seperti pernah dicetuskan Ahmad sudah tentu dikenakan tindakan ISA dan bukan sekadar tindakan tatatertib oleh parti.
"Kalau orang lain yang buat kenyataan berunsur perkauman ISAlah jawabnya, tak ada soal jawab dah, nampak sangat keputusan tu dibuat kerana pilih kasih," ujarnya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu mengulas keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam yang menggantung keahlian Ahmad dalam parti di samping semua jawatan yang dipegang berkuatkuasa serta merta.
Sebelum ini, Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera itu ketika berceramah menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh menganggap masyarakat Cina sebagai pendatang yang tidak boleh mendapat hak sama dengan orang Melayu di negara ini.
Selain itu, beberapa pemimpin Umno Pulau Pinang juga mengoyak gambar Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sepatutnya dalam kes tersebut kerajaan yang harus mengambil tindakan dan bukannya kelompok parti mereka sendiri.
"Mana boleh tindakan atau hukuman diambil sendiri oleh parti, yalah nak ambil tu ambillah..tetapi yang menguatkuasa undang-undang ialah kerajaan. Jadi nampak sangat pilih kasih serta tidak adilnya dalam perkara ini," ujarnya.
Ditanya kesediaan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed kembali semula ke dalam Umno beliau berkata, untuk menegur keburukan serta kepincangan yang berlaku dalam parti ia adalah tindakan yang wajar.
"Tetapi amat tidak kena sekiranya menyerang atau mengkritik parti sewaktu duduk di luar, jadi sekarang ni nak betulkan parti masuk Umno semula dalam suasana face to face dan tidak lagi menyerang dari luar," ujarnya.
Mengenai kemungkinan Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan pada 16 September ini katanya, ia sekadar masalah teknikal sahaja.
"Saya tidak soal masalah teknikal lagi. takkan mereka yang pergi Taiwan tidak balik, lari sampai hendak buang kerakyatan pula. Kalau tidak ada 16 ada 17 September atau tarikh lain," katanya.
Menurutnya juga Malaysia kalau dibiar kepada Umno mentadbir maruah negara akan tergadai sama ada dalam bidang ekonomi atau apa sahaja.
"Sebenarnya dalam soal ini Umno Kelantan sejak zaman PAS diketuai Dato' Asri Muda lagi hendak beli orang PAS dengan diajar melompat parti bagi menyertai Umno.
"Orang yang pertama mengajar melompat parti ialah Umno. Mereka mengajar manusia menjadi tidak bermaruah. Kalau di Terengganu lompat parti berlaku di zaman Ibrahim Fikri.
"Seorang wakil rakyat PAS di Tanah Merah yang diajak melompat parti akhirnya kembali semula kepada PAS kerana dia ada maruah," katanya.
Menurutnya juga selepas pilihan raya 2004, tiga wakil rakyat PAS cuba disogok dengan wang ringgit bagi melompat parti antaranya Dato' Hassan Mohamad di Dun Temangan, Haji Zakaria Yaakub di Dun Kemuning dan Haji Buniamin Hamzah di Salor.
Namun katanya, mereka ada maruah dan tidak menerima segala pujuk rayu Umno sehingga kerajaan negeri kekal sampai sekarang.
Ditanya kenyataan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali yang menganggap ura-ura menubuh kerajaan baru 16 September tidak akan berlaku katanya, ia sekadar kenyataan pemimpin terbabit sahaja.
Menurutnya ia tidak menggambarkan keseluruhan parti dan hanya sekadar atas kapasitinya sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu.
"Lagi pun pada muktamar di Ipoh baru-baru ini sudah diputuskan PAS perlu menguatkan Pakatan Rakyat sehingga semua perwakilan bangun berdiri memberi sokongan padu.
"Kalau masih ada yang bercakap lain dengan apa yang diputuskan lebih baik saya keluar parti. Masih ramai lagi orang yang hendak pimpin parti. Ia pernah berlaku sebelum ini antaranya Dato' Asri Muda pun keluar parti," ujarnya.
Ditanya dasar Islam yang dibawa PAS adakah boleh diterima dalam Pakatan Rakyat kata beliau kalau ada orang hendak sokong itu bagus.
Katanya, sama seperti Semangat 46 yang menerima dasar Islam yang dibawa PAS pada 1990, sehingga kerajaan Kelantan terus kekal sampai sekarang.
AR: Inilah namanya negara DEMOKRASI UMNO....... hukuman ala PILIH BULU..... apa-apa pun, AR rasa perlu dapat komen daripada Prof. kangkung di Sintok nun........
0 comments:
Post a Comment