Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Saturday, September 13, 2008

OPS Lalang 2 : Wartawan Sin Chew Daily dibebaskan


Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng - salah seorang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam - telah dibebaskan di Bukit Aman jam 11.10 pagi tadi.
Tan yang ditahan di rumahnya di Bukit Mertajam di bawah ISA malam tadi, telah dihantar ke Bukit Aman pada kira-kira jam 8.30 pagi ini.

Beliau telah dihantar pulang oleh sepasukan polis ke rumahnya di Bukit Mertajam pada 4 petang.

Tan ditahan malam tadi kerana menulis laporan ucapan berbaur perkauman yang mengaitkan ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, yang didakwa berkata kaum Cina "menumpang" di negara ini.

Turut ditahan di bawah ISA semalam ialah blogger Raja Petra Kamaruddin yang juga editor Malaysia Today serta ahli Parlimen DAP, Teresa Kok.

Sebelum itu, Bernama memetik Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob bahawa Tan telah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Jumpa keluarga

Katanya, Tan dibawa ke Bukit Aman selepas dibenarkan berjumpa ibu bapanya di Ibu pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang jam 8.30 pagi.

Tan, 33, dilihat dibawa menaiki sebuah kereta jenis Kia Sorento berwarnahitam dan diiringi sebuah kereta Proton Waja selepas berjumpa dengan ibu bapanya, Tan Booi Siam dan Khor Ah Heok di IPK, Jalan Penang.

Bapa wartawan berkenaan, yang berusia 70-an dan ibunya Khor, 60-an, memasuki pekarangan IPK sebelum jam 8 pagi dengan diiringi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Penasihat Perundangan Chia Loong Thye, dilihat membawa beg plastik berisi pakaian dan kuih.

Khor berkata, beliau dan suaminya berpeluang berjumpa dan meluangkan sama dengan anaknya selama 15 minit.

"Dia (Hoon Cheng) berada dalam keadaan tenang dan baik, pihak polis juga memberikan layanan yang baik kepadanya sepanjang bermalam di IPK.

"Dia juga cakap supaya kami jangan bimbang mengenai dirinya," katanyakepada pemberita di luar IPK selepas bertemu Hoon Cheng.

Khor berkata seluruh anggota keluarga mereka akan terus memberi sokongan kepada beliau.

Tiba di Bukit Aman

Di luar IPK Pulau Pinang, turut kelihatan abang wartawan itu, Tan Weng Khian, 35; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

Yang turut menunggu ketibaan Tan di Bukit Aman pula adalah Pengarah Eksekutif Sin Chew Media Corporation, Rita Sim; Ketua Pegawai Eksekutif Sin Chew Daily, Koo Cheng; Ketua Pengarang Kumpulan Sin CHew, N C Siew dan Ketua Pengarang, Pook Ah Lek.

Rita berkata, kehadiran mereka di Bukit Aman hanyalah untuk menunggu ketibaan Tan dari Pulau Pinang dan bagi mempastikan wartawan itu berada dalam keadaan baik.

"Kami berharap akan dapat berjumpa dengan Tan untuk pastikan dia dalam keadaan baik. Kami juga ingin merayu kepada pihak berkuasa supaya Tan dibebaskan atau dikecualikan daripada tahanan ISA.

"Kami tak mahu buat sebarang spekulasi. Cuma kami harap wartawan kami diberi peluang membela diri," katanya kepada pemberita.

- Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats