Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhasrat menyertai semula Umno kerana mahu mengukuhkan kembali parti itu dan Barisan Nasional (BN) yang kini dilihat semakin parah tetapi bertegas mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur.

“Dalam mesyuarat itu, Muhyiddin mencadangkan supaya Tun kembali semula ke dalam Umno kerana hanya dengan cara itu, Tun dapat menyuarakan pandangannya kepada Umno.
“Sekarang ini, orang Umno nak panggil kita pun serba salah kerana kita bukan ahli Umno.
“Tun kata beliau sanggup pertimbangkan... yang lain terpulang kepadanya. Beliau belum buat permohonan dan belum umum bila beliau nak masuk (semula Umno) serta cawangan mana dan bahagian mana (mahu menjadi ahli),” kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini.

“Kita fikir tentang penyerahan (kuasa daripada Abdullah kepada Najib) pada 2010... nak menghadapi pilihan raya berikutnya cuma ada lebih dua tahun sahaja.
“Jadi dalam keadaan Umno dan BN yang semakin parah dan keyakinan rakyat yang semakin terhakis, sempatkah kita nak menang pada pilihan raya tahun 2013... kalau (2010) baru nak serah kuasa, kita hendak jamin kekalahan Umno pada 2013.
“Kita tidak boleh kata andaian itu melampau kerana terbukti pada 2008 kita dah punah,” katanya.
Sanusi berkata, kedudukan Umno dan BN semakin parah apabila teguran dibuat terhadapi Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berikutan kenyataannya menyentuh sensitiviti kaum Cina pada kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu.
“Patutnya ada satu jawatankuasa menyelidik seperti polis atau paling tidak pun Suruhanjaya Diraja (untuk menyiasat).. ini tiba-tiba beliau digantung (keahlian) begitu sahaja dan kita nak tahu apakah masalah ini selesai dengan penggantungan itu.
"Ini menjadi lebih parah...orang Umno ada yang marah, orang bukan Umno nak barangkali beliau (Ahmad) dihukum lebih teruk. Jadi makin tidak puas hati (di kalangan ahli) dan kita kena cari jalan," katanya.
Sanusi berkata, Dr. Mahathir tetap bertegas mahukan Abdullah berundur atas alasan beliau yang dikatakan menjadi punca kepada krisis dalam Umno dan BN.
“Ini katanya ada banyak perkara yang hendak dilakukan kepada Umno (merujuk akhbar hari ini) sampai orang tegur pun marah.
“Kenapa marah-marah Muhyiddin... beliau tidak boleh cakap apa-apa dah. Beliau (Abdullah) kecam Muhyiddin kerana menegur keputusan Kabinet sedangkan beliau hanya mengeluarkan pandangan melihat kepada keadaan,” katanya.
Sanusi, bekas Menteri Besar Kedah dan anggota Kabinet persekutuan berkata, tindakan Dr. Mahathir menyokong Tengku Razaleigh disebabkan hanya beliau seorang sahaja yang mahu bertanding jawatan Presiden Umno.
Ketika ditanya sama ada beliau akan turut menjejaki langkah Dr. Mahathir menyertai semula Umno, Sanusi menyifatkan beliau hanyalah 'orang kecil' dan enggan mengulas lanjut.
Sanusi berkata, pertemuan tersebut turut membincangkan tentang masalah Umno termasuk kekalahan BN pada pilihan raya umum yang lalu.
“Kita menang dengan majoriti besar pada pilihan raya 2004 tapi pada 2008, tidak patut kita kalah.
“Kemudian Tun memikirkan akan berlaku perubahan yang baik dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh tetapi lagi teruk. Itu bermakna masih tiada perubahan sedangkan di Permatang Pauh, jentera parti seluruh negara telah bekerja dan dipimpin oleh Timbalan Perdana Menteri,” katanya.
-MStar
AR: Hahahahaha..... udahlah tuh, kalau dah nama GILA TALAK, GILA lah jugak Tun..... tapi, komen daripada aku, Tun sedang GILA TALAK nak masuk UMNO sebab ANWAR IBRAHIM bakal jadi Perdana Menteri, takut jugak TUN, mana tahu tetiba, ada pulak KES LIWAT ANTARA TUN dengan MUKHRIZ.... lagi haru MALAYSIA nih..... heheheehe...... Tun, jangan takutlah..... buat rileks cukuplah...
0 comments:
Post a Comment