Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Saturday, September 13, 2008

Apa tak kena dengan PAS Terengganu… siri 1

Nampaknya semenjak akhir-akhir ini PAS Terengganu seringkali menjadi mangsa kutukan, bulian oleh insan-insan (betul ke) yang mungkin sangat tidak puashati dengan kepimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Dato’ Mustafa Ali dan sesekali Dato’ Harun Taib.

Apa yang tidak kena dengan PAS Terengganu?

Terlalu banyak hujjah yang diguna dan dibahaskan sekadar menggunakan akal dan dengar-dengar cakap semata-mata. Malahan juga dilihat pada gaya tulisan mereka yang memarahi PAS Terengganu ini adalah mereka yang jaramg mengikuti program jamaah atau mungkin tidak pernah menjadi ahli Jamaah pun.

Mereka mengaitkan kegagalan dalam pilihanraya 2004 dan 2008 adalah kerana individu yang disebut diatas. Mereka sebenarnya lupa sirah Rasulullah juga tidak memenangi semua perang.


Mereka ini mengatakan sikap Haji Abdul Hadi itu sendiri yang menyebabkan pengundi Terengganu menolak PAS.

Adalah diharapkan mereka yang membuat teori tersebut membuat sedikit kajian berpandukan keputusan pilihanraya semenjak 1978, dimana Haji Abdul Hadi mula menjadi calon yang ketika itu dikenali sebagai DUN Marang dalam Parlimen Dungun. Beliau hanya kalah sekali pada tahun 1978 itu sahaja di dun. Semasa itu beliau telah mula mengajar di masjid peninggalan arwah ayahanda beliau bagi mentarbiyah ahli dan penyokong PAS setempat.


Hasilnya pentarbiyahan tersebut beliau berjaya memenangi dun itu pada piliharaya 22 April 1982 [ tahun Anwar Ibrahim Masuk Umno dan bertanding di Permatang Pauh]

Seterusnya beliau menang lagi ditahun 1986 walaupun ketika itu PAS hanya menang 2 kerusi termasuk Dato’ Mustafa Ali [yang anda semua duk kutuk2 tu]

Pada tahun 1990, Sekali lagi Abdul Hadi menang di Dun Rhu Rendang sekali gus menawan Parlimen baru bernama Marang. Beliau terus kekal memenangi Dun dan Parlimen Tersebut hasil tarbiyah didalam dun beliau. Setiap khamis malam jumaat sekiranya tiada program di luar beliau akan memberi tazkirah disurau-surau atau masjid di sekitar parlimen dan Dun beliau. Sementara setiap jumaat pula beliau meneruskan tradisi majlis ilmu di Masjid Rusila.


Pokoknya kalaulah sikap beliau yang menjadi faktor kalah menang dalam pilihanraya, kenapa beliau mampu mengekalkan kemenangan di Dun Rhu Rendang hingga sekarang? Malah mampu menawan semula Parlimen Marang selepas tewas tipis ditahun 2004.

Perlu juga di ingati bahawa hasil tarbiyah beliaulah telah melahirakan anak murid yang terdidik, malahan anak-anak muda yang pernah mendapat kuliah agama melalui beliau juga kini ada disetiap pelusuk tanahair dan bekerja untuk Jamaah.

Hasilnya beliau telah berjaya melahirkan beribu-ribu ulama yang kini berada di seluruh kawasan di tanahiar ini hasil keluar Madrasah Darul Quraan Rusila, yang diasaskan oleh beliau.


Itulah kelebihan Tarbiyah didalam Jamaah yang dibina di Terengganu.Tarbiyah ini jugalah yang sangat disebut-sebut oleh perwakilan dalam setiap muktamar PAS disemua peringkat. Kecuali mereka-mereka yang tidak berminat dengan Tarbiyah dan berjuang berpandukan semangat dan akal semata-mata.


- FatwaPujangga

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats