Disiarkan dengan izin.
Tangkapan RPK sudah dijangka. RPK juga seakan menjolok, mengejek dan mencabar dengan berbagai provokasi. Pembaca yang kagum dengan keberanian dan kelantangan RPK tidak terperanjat jika RPK disumbat paksa ke sel di Kamunting. Ramai tak ambil kisah sangat status 'halal' baca-tanpa-was was posting RPK kerana cerita habuk bawah tikar memang seronok dibaca.
Pak Lah sudah mula boleh mengemas rumah dan bungkus segala harta peribadi untuk pindah rumah. Tulisan di dinding sudah jelas dan nyata. Teresa Kok dan wartawan Sin Chew bukanlah agen provokasi. Sebenarnya Pak Lah ni ada banyak stok minyak gamat kat rumah dia dan dah puas agaknya si Jeanne dok tolong sapu kat kaki Pak Lah bila Pak Lah asyik dok tembak kaki sendiri. Bermula Feb lagi, Pak Lah dok tembak kaki sendiri bila
1. Isu tarikh PRU, bukan esok, tup tup esok Parlimen bubar
2. siapa jadi calun BN PRU, Shahidan on sat off sat, lepas tu on balik
3. pasca PRU, isu MB Perlis
4. MB Terengganu
5. Petrol naik 41%
6. Windfall tax for IPP and Palm oils company
7. retract balik windfall tax
8. Bukit Bendera samseng tak nak mohon maaf
9. tapis internet
Tak larat nak perah otak buat senarai kebijaksanaan Pak Lah. Patut nya ISA ada peruntukan khas untuk mensabitkan mana-mana Perdana Manteri atau Menteri Kabinet yang nyata bodoh untuk ditahan tanpa perbicaraan sebagai langkah pre-emptive demi memelihara kestabilan ekonomi dan sosial Malaysia.
Malang? Lebih malang bila ada kumpulan totok yang yakin apa yang dibuat adalah betul dan main stream media terus jadi alat propaganda untuk nyanyi lagu patriotisme untuk jadi penguat semangat Pak Lah supaya boleh terus jadi bodoh.
-
Zulkifli Noordin
0 comments:
Post a Comment