Membaca buah tangan Husam Musa, orang kuat PAS ini, ianya menguatkan lagi telahan saya pada beberapa pemimpin PAS yang masih lagi sedang dilamun cinta dengan Pak Lah.
Dalam beberapa temu ramah media dengan Mustafa Ali dan Muhamad Sabu baru-baru ini, ianya turut mengesahkan bahawa PAS kini juga sedang dilanda perpecahan kecil dikalangan pemimpin-pemimpinnya. Mustafa Ali, Nasharuddin Isa, Mat Sabu dan Harun Taib ("Kumpulan Intim UMNO") adalah pemimpin-pemimpin yang masih menaruh harapan besar pada Pak Lah (KJ). Mereka masih percaya Pak Lah adalah pilihan terbaik ubtuk masa depan politik mereka jika dibandingkan Anwar Ibrahim jika diberikan kuasa menjadi Perdana Menteri.
Kebetulan Kumpulan Intim UMNO itu adalah mereka yang tewas dalam pilihan raya dulu. Justeru itu mereka amat sedar, nilai mereka dari aspek ilmu hisap politik adalah begitu rendah sekali. Tanpa membawa title "MP",(kecuali Nasaruddin Isa) tentulah mereka tidak memberi apa-apa erti kepada Anwar untuk membolehkan PR berkuasa. Untuk menampakkan mereka masih ada nilai, mereka kenalah tunjulkan diri mereka juga penting. Namun begitu, mainan politik mereka hanya laku pada Pak Lah yang kebetulan memang seorang pemimpin politik yang bengong.
Telahan politik Husam Musa tersebut memang ada lojiknya. Namun agak sukar berlaku. Yang mungkin berlaku hanyalah mainan politik Kumpulan Intim UMNO akan melompat masuk UMNO sekiranya PR dapat menumbangkan BN/UMNO.
Sebenarnya Kumpulan Intim UMNO itu memang sentiasa disangsikan oleh para pemimpin PR. Sebab itulah mereka tidak dibekalkan dengan maklumat terkini apa yang dibuat PR dalam langkah-langkah menjatuhkan BN dari kuasa.
Untuk PR menumbangkan BN/UMNO dalam masa terdekat tentunya sukar kerana UMNO sanggup berbuat apa sahaja demi mengekalkan kuasa. Buktinya penahanan 3 orang di bawah ISA pada 12/9/2008. Namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil terutama jika melihatkan pergolakan politik dalam UMNO/BN itu sendiri. UMNO seolah-olah sedang dilanda bencana tanpa berhenti dari luar dan dalam.
Mungkin dengan kebijaksanaan politik yang dimiliki oleh Anwar, BN/UMNO akan benar-benar tumbang pada 16/9/2008 nanti. Kemungkinan itu tidak boleh ditolak bulat-bulat. Anwar berkemungkinan ada menjalin kerjasama dengan beberapa pemimpin kanan UMNO. Perkara itu sengaja didiamkan agar Pak Lah dan Najib membuat perhitungan yang salah. Kebolehan Anwar dalam sepak terajang politik memang telah terbukti. Tidak semua pemimpin politik yang sudah kena sembelih seperti Anwar masih mampu bertahan malah kini bersedia merampas kuasa kembali.
Apa pun dunia politik itu sendiri memang sukar ditelah. Sudah ramai penganalisa politik tersasar dari ramalan masing-masing. Tentunya nujum politik seperti Mustafa Ali lebih tersasar dalam apa juga tilikkannya. Mungkin kali ini atau buat pertama kalinya tilikan Mustafa Ali menjadi kenyataan apabila PR gagal menumbangkan BN/UMNO pada 16/9/2008 nanti.
Sekira BN/UMNO masih berkuasa selepas 16/9/2008, tentunya para pemimpin UMNO boleh menyambut hari raya dengan lebih selesa. Namun mereka tidak boleh alpa, jauh sekali mendabik dada kerana selepas tarikh itu gelora dalam UMNO akan menjadi lebih dahsyat. Kembalinya Mahathir menjadi ahli UMNO semula tentunya menghantar ombak yang cukup besar kepada Pak Lah. Kemungkinan besar Pak Lah dan menantu kesayangannya itu akan terdampar ditepi pantai. Semua itu akan menjadikan UMNO lebih parah. Dan pada ketika itulah Kumpulan Intim UMNO akan menghulurkan tangannya kepada Pak Lah dan KJ dengan harapan sama-sama mendapat bahagian dalam politik orang Melayu yang cukup bercelaru itu.
- TerunaMelayu
Isu Zafrul: SELAMI MAKRIFATNYA
-
*PANDANGAN ISNIN*
*Zafrul jangan jadi masalah kepadakerajaan Perpaduan.*ISU yang berlegar
disekitar Menteri MITI, *Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz *sepert...
22 hours ago
1 comments:
Dimaklumkan bahawa Blog ini telah dimasukkan ke Beras Padu
& URL blog saya ialah http://hasbullah.pit.my
Post a Comment