Suasana politik Malaysia menjelang 16 September berlaku dalam keadaan yang kucar-kacir kepada para pemimpin atasan Barisan Nasional dan pendokong-pendokong mereka. Namun, tidak disangka-sangka kegagalan Barisan Nasional mengawal keadaan menyebabkan rakyat semakin percaya dengan Tragedi 16 September yang senantiasa dinafikan oleh Dolah dan sekutunya dalam Barisan Nasional.
Kegilaan Dolah membazirkan wang kerajaan Malaysia dengan menghantar 49 MP Barisan Nasional telah meyakinkan rakyat bahawa Tragedi 16 September bukannya omongan kosong Anwar Ibrahim, tetapi ianya menjadi lebih nyata dan tampak jelas dengan kekalutan yang dilakukan oleh Dolah dan sekutunya.
Tidak cukup dengan itu, provokasi-provokasi murahan UMNO yang selama ini membangkitkan isu ketuanan Melayu dan juga provokasi terbaru daripada Ketua Bahagian Bukit Bendera, Penang iaitu Ahmad Ismail yang cuba mencetuskan perbalahan kaum untuk mengulangi Peristiwa 13 Mei tidak berhasil dan ianya telah memakan diri UMNO sendiri apabila, pihak pembangkang di dalam Pakatan Rakyat hanya menyepi untuk menggagalkan agenda UMNO ini. Namun, Kaum Cina di dalam Parti Gerakan tanpa segan silu menegur akan perbuatan Ahmad Ismail dan ianya hanya melemahkan kekuatan Barisan Nasional. Senjata makan tuan daaa.
Akan tetapi, tidak cukup dengan itu, UMNO masih menggunakan kuasa kuku besi untuk membuat provokasi demi provokasi dengan menahan Raja Petra, Y.B. Terssa Kok dan juga Tan Hoon Cheng yang merupakan wartawan daripada akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily. Namun begitu, UMNO lupa dengan pemikiran rakyat Malaysia hari ini yang cerdik dan pandai untuk menilai apa yang berlaku di sebalik penahanan tersebut. Akta ISA yang dikenakan kepada mereka bertiga hanya dipandang sinis oleh masyarakat Marhaen apabila, Ahmad Ismail yang terang-terangan mencetuskan situasi tidak aman yang boleh membawa kepada perbalahan kaum tidak pula dikanakan tahanan di bawah Akta ISA.
murahan UMNO yang ingin menyekar kemaraan Tragedi 16 September sebenarnya hanya memakan diri Parti UMNO itu sendiri dan UMNO sebenarnya lupa bahawa rakyat Malaysia hari ini sudah cerdik menilai apa yang patut dan apa yang tak patut mereka lakukan.
Kelemahan UMNO sendiri mempunyai pemimpin yang kurang cerdik menyusun agenda kepentingan rakyat dan juga jumud dengan Agenda Melayu sudah dikikis oleh rakyat Malaysia terutama yang berbangsa Melayu kerana sudah jemu dengan permainan bodoh yang diperkenalkan UMNO tanpa menerima pengajaran dan teldan daripada sejarah yang lalu.
- LAWAN TETAP LAWAN!!! -
Artikel ini telah diterbitkan di SINI.
Isu Zafrul: SELAMI MAKRIFATNYA
-
*PANDANGAN ISNIN*
*Zafrul jangan jadi masalah kepadakerajaan Perpaduan.*ISU yang berlegar
disekitar Menteri MITI, *Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz *sepert...
23 hours ago
0 comments:
Post a Comment