Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Saturday, September 13, 2008

916 : Bila Agaknya Anwar Ibrahim Berjumpa Agong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kelihatan usaha Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya semakin hampir setelah pertemuan MP-MP daripada Pakatan Rakyat ke Taiwan telah berjaya mencapai objektif dan misi mereka.

Mungkin, sejumlah lebih daripada 112 tandatangan Ahli Parlimen yang menyokong perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah pimpinan Pakatan Rakyat telah berjaya dikumpul dan ianya telah di senaraikan....


Namun, apa yang masih menjadi satu misi klimaks kepada perubahan atau Tragedi 916 ini adalah pertemuan antara Agong dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk di bawa usul ke Parlimen dan seterusnya penyataan rasmi perletakan jawatan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen.

Namun, garis sukar ini semakin mudah walaupun penuh dengan ranjau duri yang dicipta oleh Dolah dan sekutu UMNO dalam menyekat gelombang 916 ini. Apa yang pasti, kemaraan Pakatan Rakyat bukannya omongan kosong seperti yang diwar-warkan oleh media arus perdana UMNO, namun ianya adalah hakikat yang pasti dan harus diterima oleh gagasan United Malays National Organization ini dengan professional.

Tindak-tanduk UMNO telah tampak terang, jelas, lagi nyata tak professional dalam beberapa hari kebelakangan ini dalam memaksa rakyat menerima kekuasaan milik UMNO. Namun, tindakan provokasi demi provokasi UMNO tampak tidak berjaya dan ianya adalah sesuatu yang memalukan dalam sejarah pentadbiran Malaysia di mata dunia.

Mungkin besok atau lusa, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadap Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dalam merealisasikan harapan rakyat ini. Tunggu.......

"Sabar sebahagian daripada Iman"

2 comments:

abdrahim kassim said...

Anak Reformasi,

Boleh ke berjaya. PAS nampaknya berpecah dalam kes ini. Mungkin sebahagian sahaja yang akan sokong Anwar tapi sebahagian lagi akan sokong Dolah. Lihat tulisan Naib Presiden PAS, Datuk Husham.

http://rahimkassim.blogspot.com/

Gelombang Rakyat said...

Cantik gambar...

Post a Comment

Blog Stats