Assalamualaikum Tuanku,
Patik memohon Tuanku memantau negara yang kian dicemari oleh tangan-tangan pemimpin UMNO yang sedang berkuasa dan terus-menerus menggunakan strategi kotor dalam meneruskan kuasa yang telah disalah gunakan mereka.
Patik dengan rasa rendah diri memohon dan merayu agar Tuanku melihat kes-kes yang terjadi kini, namun tidak diadili secara adil oleh Pihak berkuasa kerajaan di bawah pentadbiran si alif,min, nun, wau ini.
Patik merasa cukup kesal di atas penahanan 3 orang yang ditahan di bawah ISA yang patik rasa tidak membawa kepada keadaan yang teruk dan ianya berlainan dengan kes Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera dan Pemangku Presiden Gerakan yang telah mencetuskan suasana tidak selesa dengan mengada-adakan situasi pergolakan kaum di Malaysia, namun tidak pula di adili oleh kerajaan berkuasa UMNO dengan adil dan saksama.
Patik juga ingin memohon agar Tuanku dapat mengambil perhatian tentang situasi dan keadaan ini. Patik berharap sekiranya jumlah Ahli Parlimen yang menyokong Pakatan Rakyat telah melebihi jumlah Ahli Parlimen yang menyokong Barisan Nasional cukup untuk memerintah negara, Tuanku dapat meluluskan dan menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.
Patik juga menyeru kepada Tuanku agar tidak sekali-kali gentar untuk mengharamkan UMNO buat kali kedua dan diharap untuk selama-lamanya kerana pemerintahan UMNO yang mengamalkan Demokrasi ini tidak ubah seperti pemerintahan Yahudi yang selama ini menggunakan senjata fitnah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menahan tanpa pendakwaan kepada pembangkang-pembangkang yang memohon keadilan Islam.
Akhir kata, patik berharap agar Tuanku mengambil peranan dalam menentukan keadaan yang terbaik kepada negara Malaysia agar Tragedi Berdarah 13 Mei atau Tragedi OPS Lalang di bawah rejim Mahathir tidak akan berulang. Patik juga berharap Tuanku melihat kes-kes yang melibatkan pemimpin UMNO seperti kes cabul, kes pembunuhan Altantuya dan juga kes kekuasaan ekonomi Malaysia yang dirompak oleh Pemimpin-pemimpin UMNO yang telah lama menindas nasib rakyat jelata.
Sekian, terima kasih.
Rakyatmu,
- Anak Reformasi.
0 comments:
Post a Comment