Irwan Muhammad Zain
Sat | Sep 13, 08 | 5:33:32 pm MYT
'Api perkauman' seolah-olah ubat mujarab pulihkan Umno-BN dari maut! Setiap kali berada ditahap kritikal, Umno akan menggunakan isu perkauman untuk mereka terus kekal berkuasa. Iklan
Lihat sahaja selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu, Umno yang kehilangan lima negeri, cuba untuk menyalakan 'api perkauman' di Pulau Pinang dengan harapan ia upaya menyelamatkan BN dari tenggelam lemas.
Umno cuba untuk membangkitkan sentimen perkauman dengan mengadakan demonstrasi membantah tindakan Ketua Menteri Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB). Demonstrasi yang sebelumnya dianggap satu perbuatan yang boleh menyebabkan huru-hara dan sering dikaitkan dengan aktiviti parti pembangkang tiba-tiba sahaja menjadi kegiatan Umno.
Umno menggunakan ahli-ahlinya berdemonstrasi dihadapan bangunan Komtar untuk 'kononnya' mempertahankan hak-hak orang Melayu dan cuba memberi gambaran bahawa orang Melayu membantah tindakan Lim Guan Eng. Malangnya pada ketika itu usaha Umno Pulau Pinang berdemonstrasi untuk membangkitkan soal perkauman tidak mendapat sokongan.
Rakyat Pulau Pinang menolak usaha Umno yang cuba untuk memecah belahkan keharmonian yang dikecapi selama ini. Lima bulan selepas itu, prestasi Umno sekali lagi menjunam. Kali ini di pilihanraya kecil Permatang Pauh membuktikan Umno semakin lemah.
Lalu, senjata yang sama digunakan untuk dilihat sebagai sebuah parti yang mampu mengawal segala masalah yang berlaku. Masalah kaum dihangatkan kembali.
Kali ini, kerana sudah menjangka akan mengalami kekalahan di Permatang Pauh dan bimbang akan tumbang sebagai sebuah kerajaan, awal-awal lagi Umno cuba memasang perangkap.
Individu bernama Dato' Ahmad Ismail bertindak menjadi pelakon utama yang cuba untuk membakar api perkauman ketika kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini.
Ahmad dalam satu ceramah di Kampung Belah Dua dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas menganggap orang Cina sebagai penumpang di negara ini dan tidak seharusnya mengharapkan mereka mendapat layanan yang sama rata.
Sebagai seorang ahli politik tentunya Ahmad lebih mengerti tentang sensitiviti kaum lain di negara ini. Dan beliau juga tentunya tahu apa yang diucapkan akan menyebabkan ada pihak yang terguris.
Tetapi kerana sudah menjadi dasar Umno yang tidak mempedulikan sensitiviti rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN), ucapan yang menghina itu diteruskan kerana Umno mahu isu kaum menjadi satu masalah besar yang boleh mengakibatkan negara huru-hara dan akhirnya Umno-BN akan dilihat mampu menyelesaikannya.
Soalnya sekarang, parti-parti komponen BN sendiri sudah muak dengan tingkahlaku Umno. Lalu keluarlah kenyataan dari parti-parti komponen yang meminta agar Umno membuat perubahan kalau masih mahu mereka kekal dalam BN.
Gerakan, MCA dan MIC membuat kenyataan mahu keluar dari BN hanya kerana mereka sudah tidak boleh untuk bertoleransi dengan sikap angkuh dan sombong Umno. Mereka juga sedar bahawa rakyat kini sudah bijak, dan tahu memilih yang mana baik. Rakyat juga sudah tidak takut dengan ugutan Umno tentang masalah kaum.
Seperti kata Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr Chan Man Hin masalah kaum tidak pernah berlaku di Malaysia. Apa yang berlaku hanyalah masalah yang dicipta oleh Umno dan BN seperti apa yang berlaku pada 13 Mei 1969.
Dr Chan menganggap apa yang dikatakan oleh Umno sebagai masalah perkauman yang bakal berlaku jika BN hilang kuasa merupakan satu kenyataan dari pihak yang tidak mencapai kemajuan. Beliau juga merujuk kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang mana majoritinya dikuasai oleh DAP tetapi tidak berlaku sebarang masalah penindasan terhadap orang Melayu.
Masalah orang Melayu di Pulau Pinang kata beliau berlaku ketika BN masih memerintah negeri tersebut bukan hanya terjadi bila DAP mengambil alihnya. Hal ini turut diakui oleh bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik dalam satu wawancara bersama majalah Off The Edge baru-baru ini.
Keng Yaik menjelaskan, soal tanah ketika Gerakan memerintah Pulau Pinang yang ditimbulkan oleh DAP sebenarnya berlaku disebabkan oleh sikap pemimpin Umno yang mengarahkan agar diberikan kelulusan tanah kepada pihak-pihak tertentu.
Gerakan, kata Keng Yaik tidak mampu untuk menyekat tindakan yang dibuat oleh Umno ini. Jelas sekali bahawa Umno sebenarnya tidak pernah peduli tentang nasib orang Melayu apatah lagi nasib bangsa lain. Mereka hanya dilihat prihatin terhadap nasib orang Melayu jika mereka berada dalam keadaan terdesak.
Perbincangan dengan PAS yang cuba Umno usahakan merupakan satu lagi contoh bahawa parti tersebut hanya prihatin kepada nasib orang Melayu ketika mereka sudah berada diambang kemusnahan dan ditolak oleh rakyat.
Ketika mereka menang besar selepas pilihanraya umum ke-11, Umno tidak mempedulikan tawaran PAS untuk berbincang tentang masalah orang Melayu.
Keangkuhan Umno selepas pilihanraya umum 2004 itu turut diakui oleh Tun Dr Lim Keng Yaik, kerana parti-parti komponen BN juga turut merasakan kesombongan Umno ketika itu.
Akibat dari keegoan Umno itulah kata Ken Yaik, rakyat menolak BN dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu. Pengundi Cina memilih PAS bukan kerana tertarik dengan dasar Negara Islam. Pengundi Melayu memilih DAP bukan kerana berminat dengan konsep Malaysian Malaysia parti tersebut tetapi mereka muak dengan Umno dan BN.
Dan kini, Umno makin tersepit. Setelah mencuba dengan senjata lapuk mereka - isu perkauman yang tidak berjaya - Umno menghadapi masalah bila rakan-rakan mereka dalam BN turut sama menolak kebebalan parti yang mempunyai ahli seramai tiga juta orang.
Kemarahan Gerakan di Pulau Pinang adalah manifestasi bahawa Umno tidak lagi relevan dalam lanskap politik Malaysia. Yang ditunggu oleh ramai orang ketika ini adalah saat Umno yang sekian lama angkuh, rebah dan akhirnya menjadi sebuah parti pembangkang.
- Harakah
AR: Jangan di layan usaha provokasi UMNO dan pastikan kita hanya menganggap cerita yang dikeluarkan UMNO hanyalah lawak 916 sahaja... Usah dilayanlah UMNO nih...... tak rugi apa-apa pun kalau kita tak layan depa nih....... lagi untung adalah..... LAWAN TETAP LAWAN!!!!
Isu Zafrul: SELAMI MAKRIFATNYA
-
*PANDANGAN ISNIN*
*Zafrul jangan jadi masalah kepadakerajaan Perpaduan.*ISU yang berlegar
disekitar Menteri MITI, *Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz *sepert...
22 hours ago
0 comments:
Post a Comment