Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.
Monday, September 29, 2008
Ustaz Nash : PAS Sokong Pembentukan Kerajaan Baru
Zuharman MN Sun
BACHOK, 28 Sept (Hrkh) - Biar pun tarikh peralihan kuasa pada 16 September sudah berlalu, namun PAS tetap terus menyokong usaha ke arah pembentukan kerajaan baru.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa bagaimanapun berkata, sokongan PAS itu dengan syarat Islam menjadi dominan dalam struktur pembentukan kerajaan baru.
"Sebaliknya kita tidak akan teragak-agak untuk tidak menyertai mana-mana pihak dalam usaha menubuh kerajaan baru sekiranya ia tidak menguntungkan Islam," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada penduduk miskin di sini semalam.
Beliau yang juga anggota parlimen Bachok berkata, PAS boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, namun dalam hal-hal berkaitan Islam dan umatnya, parti itu tidak akan berkompromi.
Sempena majlis tersebut Nasharudin menyampaikan bantuan Hari Raya kepada 60 penduduk miskin.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Kompleks Pendidikan Islam (KPI) Bachok memerlukan sumbangan orang ramai bagi menyiapkan bangunan tersebut yang dianggar bernilai RM2.5 juta.
Bangunan tersebut kini sudah 85 siap yang melibatkan perbelanjaan lebih RM1 juta.
Pada program itu juga Dewan Muslimat PAS Bachok menyampaikan sumbangan derma sebanyak RM1,000 kepada tabung pembinaan kompleks tersebut.
Sehubungan itu, orang ramai dipelawa menderma bagi menyiapkan pembinaan bangunan terbabit. Maklumat lanjut boleh hubungi Setiausaha PAS Bachok, Haji Huzaimi Che Hussin di talian 019 981 6362 atau pengarah projek Zainuddin Salleh (019 9387495).
- Harakah
Alhamdulillah.... Azmin Ali KEKAL DENGAN PKR!!!!
Pengunguman.
Saya ingin memaklumkan disini bahawa berita tentang
perletakkan jawatan saya sebagai Naib Presiden PKR yang telah digembar-gemburkan
adalah palsu dan merupakan satu cubaan untuk mengsabotaj diri saya dan Parti
Keadilan Rakyat. Saya masih lagi sebagai Naib Presiden PKR dan ahli parlimen
Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa. Harap Maklum.Azmin Ali.
Azmin Ali Letak Jawatan???
Sila Klik di imej... untuk tujuan pembesaran... Imej Diambil Daripada [SINI].
Adakah benar maklumat yang disiarkan di laman Azmin Ali ini yang disiarkan pada pagi ini 29 September 2008 jam 1:20 pagi.
"Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya, Mohamed Azmin Bin Ali, melepaskan semua jawatan saya di dalam Parti KeAdilan Rakyat. Saya masih memegang jawatan ADUN Bukit Antarabagsa dan Ahli Parlimen Gombak. Saya sudah bosan."
Anda boleh merujuk Blog Azmin Ali di [SINI].
Posting ini telah diubah pada pukul 2.05 seperti beriku:-
"Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya, Mohamed Azmin Bin Ali, melepaskan semua jawatan saya di dalam Parti KeAdilan Rakyat berkuat kuasa hari ini, Isnin 29hb Sep 2008. Saya masih memegang jawatan ADUN Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak. PC akan menyusul."Perkataan saya sudah bosan diganti dengan perkataan PC akan menyusul.
Posting ini telah didelete pada pukul 2.29 pagi. Kenapa?
Sesiapa ada maklumat sila hubungi kami.
- Webmaster TKO
AR: Kita sabar menunggu hari esok sahaja.... Buat masa sekarang, AR tidak menemui posting Azmin Ali pada jam 2:45 pagi ini.... Kemungkinan juga blog Azmin Ali di hack..... semoga semuanya dalam keadaan elok dan terurus.
Sunday, September 28, 2008
Selamat Hari Raya : Hati-hati Di Jalan Raya
Assalamualaikum.....
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H. AR nak pesan sikit.... balik ke Kampung Hari Raya nih....
1) Check/Servis kereta sebelum pulang, almaklumlah nak jalan jauh dan ziarah ke sana dan ke sinun.
2) Pandu kereta tuh, hati-hatilah.... Almaklumlah semua orang nak beraya.... banyaklah kereta dijalan-jalan raya dan lebuh raya.
3) Pandu kereta tuh, ingat2 jugak pak sedara.... Polislah.... nanti, tak pasai2 kena saman.
4) Jangan lupa ambil peluang sepenuhnya untuk memohon maaf terutamanya kepada kedua ibu-bapa kita.
5) Akhir kata, AR nak ucapkan jutaan kemaafan di atas kesalahan AR sama ada disengajakan atau tidak disengajakan..... MAAF ZAHIR DAN BATIN.
- Anak Reformasi.
Angkasawan China Kembali Dengan Rekod Berjalan Di Angkasa Lepas
BEIJING: Angkasawan China mendarat di bumi dengan selamat petang ini di kawasan padang rumput di pedalaman Mongolia, selepas ketua penerbangan Zhai Zhigang berjaya berjalan di angkasa lepas.
Kepulangan tiga angkasawan itu disambut dengan tepukan dan sorakan gembira di mana misi mereka disiarkan secara terperinci di televisyen tempatan, sejak mereka dilancarkan dengan roket Long March 2F daripada pusat pelancaran satelit Jiuquan, di barat laut wilayah Gansu pada Khamis.
Jutaan rakyat China terpaku di kaca tv melihat kapsul yang terikat pada dua payung terjun besar terapung dan akhirnya mendarat di bumi, dua hari sebelum China menyambut ulang tahun hari kebangsaan yang ke-59.
Perdana Menteri Wen Jiabao tiba di Pusat Kawalan Aeroangkasa Beijing, lebih sejam awal sebelum kapsul dijangka mendarat pada 5.44 petang dan bertepuk tangan sebaik ia mendarat di bumi beberapa minit daripada masa yang dijadualkan.
Presiden Hu Jintao turut mengucapkan tahniah para angkasawan dan memuji mereka kerana tugas cemerlang yang telah dilaksanakan.
Angkasawan Zhai dan rakan yang lain Liu Boming dan Jing Haipeng, dilaporkan dalam keadaan sihat selepas misi 68 jam itu, dan Zhai menunjukkan tanda bagus kepada pihak penyelamat, menurut stesen televisyen negara dan berada di dalam kapsul beberapa ketika untuk menyesuaikan dengan graviti.
Televisyen menunjukkan konvoi pacuan empat roda memecut di dataran berumput itu ke arah arah kapsul.
Kira-kira 300 petugas mencari dan menyelamat dan enam helikopter digerakkan semasa pendaratan kapsul dan semua lima kapal mengesan satelit China bersiap sedia di lautan Pasifik dan Atlantik sebelum kapal angkasa Shenzhou VII berlepas.
Agensi berita Xinhua melaporkan tiga angkasawan berkenaan akan dikuarantin selama setengah bulan.
"Kita tidak boleh melihat mereka semasa tempoh itu, tetapi kita merasa lega selagi mereka berada di bumi," kata isteri Zhai, Zhang Shujing yang dipetik sebagai berkata.
Ketiga-tiga angkasawan itu merupakan antara angkasawan China yang berjaya ke angkasa dalam kapal yang dipandu manusia, menyusuri kejayaan ulung Yang Liwei pada 2003 dan pasangan Fei Junlong dan Nie Haisheng pada 2005.
Nama Yang, Fei dan Nie turut dinamakan kepada asteroid.
- mSTAR
Saturday, September 27, 2008
Ku Li: Tolak penangguhan pemilihan parti
Bercakap dalam sidang akhbar di kediamannya tengahari tadi, ketua Umno bahagian Gua Musang itu berkata pelan baru yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi semalam, tidak boleh diterima.
Sidang akhbar itu adalah sebagai susulan kepada kenyataannya di mana beliau mengecam Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelan peralihan kuasa dalam Umno.
Semalam, beliau menyifatkan pelan peralihan kuasa terbaru antara dua pemimpin tertinggi parti itu sebagai "permainan budak-budak yang tidak habis-habis berebut barang kau dan aku".
"Bukannya menumpukan pada perancangan ekonomi negara atau sebarang reformasi, sebaliknya apa yang kepemimpinan Umno berikan kepada kita sejak (pilihanraya umum) 8 Mac hanyalah pelan peralihan kuasa yang direka untuk menyelamatkan dua orang daripada serba salah menghadapi pemilihan (Umno)," katanya, dalam satu kenyataan pendek tetapi pedas.
- Malaysiakini
AR: Apalah UMNO nih, kecoh aje......
Undian Terkini : Anwar Lebih Baik Daripada Bijan Bagi Kerusi PM Malaysia
In the same survey, Malaysians also appear more divided than ever over their support for the country's political leadership.
There are also sharp differences in preferences between the different races, with a majority of non-Malays supporting Anwar, while more Malays preferred Najib.
Between Sept 11 and 22, Merdeka Centre carried out a leadership performance perception on a cross section of 1,002 people of voting age from the three main ethnic communities in the country.
Among the questions asked was: "Between Najib Razak and Anwar Ibrahim, who do you think makes a better prime minister?"
Najib garnered a 33.8 per cent average total support among the three major races. Anwar edged him by a margin of less than six per cent he garnered an average total of 39.3 per cent.
The difference is more conspicuous when the show of support is broken down according to the ethnicity of those polled.
The split was apparent among racial lines, with Najib drawing as much as 47.3 per cent support from the Malay community. Anwar trailed with just 32.5 per cent.
The opposition leader gained greater support among non-Malays, receiving the support of 37.4 per cent of Chinese voters and a whopping 85 per cent from the Indians.
In comparison, Najib only won the approval of 18.4 per cent of Chinese voters and just five per cent of Indians thought he would make a better prime minister.
Of note was the high percentage of voters who remained non-commital. More than 40 per cent of Chinese voters polled expressed no preference.
Based on the poll results, Malay support for Najib is significantly stronger than that for Anwar.
Political analyst Tricia Yeoh says the party factor is a very strong featuring factor with the non-Malay communities.
"It is possible they view Najib as continuing to perpetuate the same kind of politics that has plagued Malaysia through Umno," she said.
"Anwar will need to fight for Malay support most prominently since Najib may continue to be seen as the final bastion of support for the Malay position," she added.
Another political analyst, Khoo Kay Peng, sees it differently.
"No doubt Najib commands higher support among the Malay community because of the status of Umno as a Malay party. It has been representing the Malays for a long time. But at 47.3 per cent, the support is not really very high for Najib. It's not much off Abdullah's support," he said.
Based on the same Merdeka Centre report, Abdullah still enjoys 50.7 per cent support from the Malays.
"The key is that Najib does not get much support from the Chinese and Indians. Najib is still seen as a Malay leader.
"If you want to be the prime minister, you must have support from across the board," he said.
"Anwar stands a much better chance because he gets support from over 30 per cent of the Chinese and the Indians, predominantly from the Indians, which is consistent with past reports," he pointed out.
In a toss up between who will become the next prime minister, he felt it would definitely be Anwar.
But for Khalid Samad, the Pas MP for Shah Alam and an ally of Anwar, the results are frightening for the Pakatan Rakyat alliance.
He said the results of the survey showed government media propaganda still held sway, especially among the rural Malays.
He is concerned that much of the Malay media has portrayed a negative impression of Anwar as being an "immoral guy" and being a stooge of the United States.
"Basically, Umno-Barisan Nasional has been quite successful in conning Malays into believing that Anwar is selling out the Malays and that is the reason for the low percentage of support for Anwar," said Khalid.
"These are not very encouraging results if it is representative of the entire population. It means there is a problem. Anwar will have to work harder.
"It's important he should have at least a 50-50 situation among Malays. That would suffice," he stressed.
But he does not think that the sample poll is a true reflection of the voting populace.
"I don't think that Anwar in the actual situation is that far behind Najib. I would expect 47 per cent for Najib and 45 per cent for Anwar.
"The difference, almost 15 per cent difference in support from Malays, gives the impression that if Pakatan Rakyat comes to power, the position of the Malays will be jeopardised.
"But no one race will lose out under Pakatan leadership," he said.
- TheMalaysianInsider
AR: Walaupun kebanyakan pengundinya daripada UMNO.... namun, Anwar masih mendahului Najib!!!!
Rumah Ibu Bapa Teresa Dilontar Bom Petrol
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan mengesahkan kejadian itu berlaku pada kira-kira 2.55 pagi.
Teresa dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 19 September lalu setelah ditahan selama tujuh hari.
Katanya, tiada penghuni rumah itu yang cedera dalam kejadian itu kerana bom petrol itu tidak meletup.
Waktu kejadian, terdapat tiga orang yang menghuni di rumah itu iaitu ibu, bapa dan adik Teresa.
Bercakap dalam sidang akhbar tengahari tadi, Teresa berkata anggota keluarganya kini bimbangkan keselamatan mereka.
Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai keji dan satu jenayah untuk menakut-nakutkan beliau untuk menghalangnya daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.
Beliau juga mendakwa kejadian itu mungkin berpunca daripada tindakan kumpulan media dan blog-blog tertentu yang didakwanya dengan sengaja menggambar dirinya sebagai seorang yang anti-Melayu dan anti-Islam.
Sekeping kertas turut ditemui di tempat kejadian yang mengandungi mesej ugutan terhadap Teresa.
Teresa, yang juga ahli exco kanan kerajaan Selangor menjadi sasaran kecaman beberapa pihak selepas mendakwa beliau diberi makanan seperti makanan anjing ketika ditahan di bawah ISA.
Kok, 43, ditangkap di bawah ISA pada 12 September kerana didakwa membangkitkan isu-isu mengenai agama Islam, dan dibebaskan seminggu kemudiannya.
Turut menziarahi rumah keluarga Teresa ialah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Lim Lip Eng serta peguam Sankara Nair.
- Malaysiakini
AR: Inilah Malaysia hari ini...... Nak jadi Y.B. bukannya senang. Kalau ada yang berangan nak jadi Y.B., jangan sibuk nak jadik Y.B. kalau gila kuasa dan glemer..... Setiap perkataan yang keluar daripada mulut Y.B. akan dinilai oleh semua rakyat Malaysia.... Jadi, berhati-hatilah apabila berbicara dan berhati-hatilah dalam menegur agama dan kaum lain.... Berbincang lebih baik!!!!
Thursday, September 25, 2008
Dr Asri : Elakkan Perjuangan Perkauman
Dalam negara yang multi-racial seperti kita, perjuangan kaum samada politik atau bukan politik akan mencerumuskan kepada krisis yang tidak berkesudahan. Selain itu, perjuangan kaum tiada kejelasan prinsip mengenainya.
Inilah sebabnya perjuangan atas semangat kaum ‘Arab yang dipimpin oleh tokoh-tokoh politik pada zaman ini kecundang. Tidak mereka berjaya menegakkan kedaulatan ‘Arab, bahkan gagal mempertahankan wilayah ‘Arab itu sendiri. Walaupun slogan perkauman berdegar-degar, namun ‘Arab tetap menjadi hamba Amerika.
Sepatutnya, seorang muslim tidak bersifat perkauman kerana itu bercanggah dengan prinsip Islam yang merahmati semua bangsa yang diciptakan Allah. Sepatutnya, yang diperjuangkan adalah prinsip-prinsip Islam yang rahmat dan adil. Tegakkan Islam yang sebenar seperti jenerasi salaf, maka pasti akan tertegak keadilan untuk semua. Islam tulen, bukan Islam campuran yang sudah hilang keaslian.
Jika Islam sebenar itu diperjuangkan, kita akan dapati isu perkauman tidak akan bangkit dalam negara ini. Pertubuhan atau badan yang tegak atas dasar kaum tertentu, perlu menyemak semula matlamat dan agendanya. Lebih daripada itu, adakah perjuangan sebegitu mendapat keredhaan Allah?”.
Lihat artikel: ANTARA KESEMPITAN PERKAUMAN DENGAN KELUASAN PRINSIP ISLAM
- Dr Asri
Kisah UMNO dan Bayang-bayang...
Sekiranya semasa kecil, kita sering diceritakan berkenaan "Kisah Anjing dan Bayang-bayang", moral di dalam cerita tersebut disemai semenjak di tadika lagi...
Namun, daripada kisah tersebut.... ada sati gerombolan yang dikenali sebagai UMNO masih lagi tidak memahami moral kisah tersebut demi kepentingan perut mereka dan juga kejahatan yang mereka lakukan!!!
UMNO sering kali membuat propoganda menyatakan seorang insan bernama Anwar Ibrahim mewakili banyak agen, daripada Agen Yahudi, U.S, Cina, Kristian dan macam-macam lagi gelaran yang seolah-olah dilontarkan gelaran tersebut seperti budak tadika yang sedang berang.....
Apa yang pasti, hari demi hari, saat demi saat.... UMNO masih lagi bermain dengan bayang-bayangnya sendiri dek kerana tamakkan kuasa dan takutkan Hukuman Dunia......
Akhir kata...... janganlah diikutkan sangat dengan angin yang dibawa oleh UMNO kerana kita telah diingatkan orang terdahulu bahawa....
Laman Blog Anak Reformasi Kucar-Kacir
Minta maaf kepada pengunjung blog Anak Reformasi kerana masalah teknikal yang berlaku pada blog ini....
AR pun tak tahu mengapa Blog AR jadi macam nih...... jadi lintang pukang dan diganggu dengan alert virus.....
Namun, tiada apa yang berlaku... walaupun ada sedikit kesukaran dalam log in dan paparan blog, AR cuba yang terbaik untuk terus menulis.....
Sekian, terima kasih.
- Anak Reformasi.
Wednesday, September 24, 2008
Makanan Anjing: Teresa Akui Tersilap
Bercakap di forum 'Mansuhkan ISA' anjuran DAP malam tadi, Teresa menuduh Utusan Malaysia dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar kerana menumpukan kepada pemilihan perkataannya, daripada menangani isu-isu yang berkaitan dengan ketidakadilan ISA.
"Mereka cuba mengalih fokus terhadap isu ISA kepada isu makanan," katanya di forum tersebut di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur yang penuh sesak dengan kira-kira 600 hadirin.
Teresa yang juga ahli exco kerajaan Selangor serta ahli Parlimen Seputeh, ditahan pada 12 September lalu kerana "mencetuskan ketegangan dan konflik kaum dan agama' di bawah ISA yang membolehkan penahanan tanpa bicara.
Dua orang lagi turut ditahan pada hari yang sama. Mereka adalah penulis blog Raja Petra Kamarudin dan wartawan kanan Sin Chew Daily, Tan Hong Cheng.
Tan telah dibebaskan manakala Raja Petra telah dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Perak semalam, untuk menjalani perintah tahanan selama dua tahun.
Mengaku silap
Teresa, yang pada mulanya menafikan membuat kenyataan berhubung 'makanan anjing' tersebut, juga berkata sewaktu ditahan dalam bilik selepas 6 X 8 kaki, beliau hanya diberi air dan roti atau dua biji telur rebus serta kari untuk makanannya.
"Okay, baiklah, Anda temui kesilapan saya dengan bantuan pita video dan segalanya, dan saya boleh menerima kritikan seumpama itu," katanya merujuk kepada rakaman video berhubung komennya mengenai makanannya ketika dalam tahanan.
Sambil menegaskan beliau tidak berapa ingat mengenainya kerana jadualnya yang ketat selepas pembebasannya, Teresa bagaimanapun menuduh pengkritiknya memperbesar-besarkan isu tersebut untuk mencetuskan sensitiviti orang Melayu berhubung haiwan tersebut.
Teresa sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bukan sengaja menggunakan istilah 'makanan anjing' untuk menyinggung perasaan orang Melayu.
"Mungkin, sepertimana yang dikatakan oleh rakan-rakan, saya sepatutnya berkata makanan yang diberikan kepada saya itu lebih teruk daripada makanan kuching," katanya berseloroh.
Teresa mengulangi hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo kerana membuat kenyataan yang didakwa menyebabkan beliau ditahan.
"Saya akan memfailkan saman terhadap mereka yang menganiaya saya dan menyebabkan saya ditahan di bawah ISA... Khir Toyo dan Utusan Malaysia," katanya.
Secara berseloroh, Teresa berkata barangkali sesuatu yang positif daripada apa yang berlaku ialah mungkin tahanan ISA akan diberi makanan yang lebih baik pada masa depan.
"Sekurang-kurangnya sekarang...sesiapa juga yang masuk dalam, akan dapat makanan yang baik," katanya sambil disambut gelak ketawa para hadirin.
- Malaysiakini
AR: Aku sedeh dengan ko Teres.... ibrat kata pepatah... "Tak reti menari disalahkan lantai pentas bergoyang".... Ko arituh salahkan Utusanlah apalah... tapi, bila tengok balik KLIP VIDEO baru ko nak mintak maap.... besar sangat kah nak pohon maaf TERES????
Barua UMNO Buat Laporan Polis Terhadap Anwar
Anwar Ibrahim yang didakwa mengganggu-gugat kestabilan negara.
Laporan dibuat oleh Ketua Setiausahanya Mohd Mustafa Latiff di Balai Polis Batu 6, Gombak pada jam 10.35 pagi ini.
Mohd Mustafa yang ditemui pemberita selepas itu berkata, mereka membuat laporan polis untuk mendesak polis dan kerajaan agar menjalankan siasatan terhadap Anwar yang didakwa mereka telah mewujudkan pelbagai prasangka negatif rakyat terhadap kepimpinan kerajaan.
"Kami membuat laporan ini supaya polis dapat menjalankan siasatan yang sewajarnya ke atas beliau. Ini kerana kepimpinan Anwar bukan sahaja menganggu-gugat kestabilan negara, tetapi juga mengelirukan pemikiran rakyat dengan beberapa kenyataannya seperti isu ahli parlimen BN (Barisan Nasional) yang keluar parti... sedangkan perkara itu adalah tidak benar.
"Beliau (Anwar) seharusnya disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat terutamanya berhubung isu mengambil alih kerajaan," katanya kepada pemberita di perkarangan balai polis itu hari ini, demikian menurut Bernama.
Terdahulu terdapat juga dakwaan mengenai pelabur asing yang menarik balik pelaburan di negara ini berikutan dakwaan Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, kononnya akan mengambil alih kerajaan daripada BN.
Tidak puashati
Seramai 20 anggota Barisan Bertindak Gombak berkumpul di hadapan balai polis itu sejak jam 10 pagi ini bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap tindak-tanduk Anwar sebagai pemimpin.
Mereka turut membawa kain rentang yang tertulis "Anwar Ibrahim pengacau Negara, Rakyat dan Pembohong Besar" serta "Tangkap Anwar Ibrahim".
Sementara itu, di Seremban, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan dakwaan Anwar yang mempunyai senarai nama ahli Parlimen BN yang telah menyertai partinya sebagai muslihat semata-mata.
Beliau berkata kalau benar sudah tentu Anwar sudah berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan.
"Kalau betul sudah ada perundingan di antara Anwar dengan perdana menteri, mengapa nak buat kenyataan pada media asing...sepatutnya, panggil sahaja wartawan tempatan ke Parlimen dan buat kenyataan serta dedahkan senarai nama itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco negeri hari ini.
Mohamad yang melabelkan Anwar sebagai "Tukang Karut" disebabkan kegagalan ketua pembangkang itu untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September lalu seperti yang disasarkan, yakin jika senarai nama itu ditunjukkan kepada Yang di-Pertuan Agong, baginda akan menyiasat perkara itu untuk membolehkan pertukaran kerajaan.
- Malaysiakini
AR: Inilah kumpulan BARUA UMNO yang sengaja mencetuskan keadaan yang tidak baik!!! Blahlah!!!
Najib Batal Ke AS Demi 'Ekonomi Negara'
Timbalan perdana menteri sekali lagi membatalkan lawatan ke luar negara yang bermula esok selepas berbuat demikian minggu lepas.
Datuk Seri Najib Razak tidak menghadiri lawatan ke Amerika Syarikat selama seminggu hingga 1 Oktober bagi menangani isu-isu ekonomi negara akibat keadaan ekonomi dunia masa kini.
Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim akan menggantikan Najib sebagai ketua delegasi Malaysia untuk menyampaikan ucapannya di persidangan ke-63 perhimpunan agung Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) di New York, Ahad ini.
"Pembatalan lawatan kerja ini telah dipersetujui oleh perdana menteri," satu kenyataan daripada pejabat Najib petang ini dipetik.
"(Pembatalan) ini ekoran keadaan ekonomi di peringkat antarabangsa yang menuntut perhatian timbalan perdana menteri untuk menjamin keadaan ekonomi negara terus kukuh."
Sebagai menteri kewangan yang baru dilantik 17 September lepas, menurut kenyataan itu lagi, Najib memerlukan masa untuk mendapatkan segala taklimat mengenai perkembangan semasa ekonomi negara daripada pelbagai jabatan dan agensi.
Bagaimanapun, satu laporan menyebut pembatalan lawatan Najib, yang juga timbalan presiden Umno, berkaitan persaingan dalam parti itu khususnya isu pelan peralihan kuasa antara beliau dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2010.
The Malaysian Insider hari ini melaporkan Abdullah meminta Najib membatalkan lawatannya untuk mengendalikan masalah-masalah itu.
Sabtu lepas, Najib menjelaskan bahawa beliau menangguhkan lawatannya tiga hari ke Arab Saudi yang sepatutnya bermula 19 September bagi "menyusun semula jadualnya untuk memulakan tugas sebagai menteri kewangan."
Beliau juga menafikan penangguhan itu ada kena-mengena dengan senario politik dalam negara, sama ada berhubung kemelut dalam Umno atau ura-ura langkah pembangkang menjatuhkan kerajaan BN yang diusahakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Malaysiakini
AR: Batal ke AS sebab VISA untuk MP2 yang nak dibawa bersama tuh US tak lepas ke BIJAN???? Bijan nih takut jugak, tetiba balik daripada USA, dia dah jadi pembangkang, melepaslah jawabnya nak jadi PM!!! Bijan nih memang perompak besar.... bahaya.... Najib Mongolia!!! geram nih.
Kadar Inflasi Tertinggi Dalam Masa 27 Tahun
"Ianya tinggi sedikit daripada yang dijangkakan, tetapi Bank Negara tidak akan menaikkan kadar faedah untuk memastikan pertumbuhan," kata Wan Suhaimi Saidi, ahli ekonomi dari Kenanga Investment Bank.
"Ianya tinggi sedikit daripada jangkaan saya. Saya jangka 8.4 peratus. Saya tidak fikir kerajaan akan menaikkan kadar faedah penting. Ia akan dikekalkan pada kadar 3.50 peratus sehingga akhir tahun untuk menyokong pertumbuhan," katanya kepada AFP.
Jabatan Perangkaan telah menyemak semula dengan menurunkan angka inflasi bagi bulan Julai kepada 8.3 peratus. Ia sebelum ini meletakkan kadarnya pada 8.5 peratus.
Menurutnya, kos makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 11.7 peratus dalam bulan Ogos, berbanding dengan setahun yang lalu. Kadar inflasi yang tinggi sudahpun menjejaskan pengguna dan mendorong ramai rakyat Malaysia mengurangkan perbelanjaan mereka bagi makanan.
"Peningkatan (kadar inflasi bagi bulan Ogos) ditunjukkan dalam kumpulan-kumpulan terpilih utama, iaitu makanan dan minuman bukan alkohol," katanya dalam satu kenyataan.
Data bulan Ogos menunjukkan peningkatan harga bagi kebanyakan kategori, termasuk pengangkutan yang melonjak 21.8 peratus, dan restoran dan hotel yang meningkat 6.5 peratus.
Kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 41 peratus dalam bulan Jun, sebagai langkah untuk mengurangkan peningkatan kos subsidi, tetapi telah membayangkan bahawa kadar harga boleh diturunkan tidak lama lagi.
Inflasi kekal tinggi
Selepas mengumumkan Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Ogos, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beliau tidak menjangka CPI bagi bulan September akan lebih rendah.
"Walaupun, kesan sepenuhnya pengurangan harga petrol dalam bulan Ogos dan sekarang belum diambilkira sepenuhnya,
CPI bagi bulan September mungkin tidak lebih rendah.
"Harga petrol yang rendah dijangka dijangka akan diimbangi oleh peningkatan perbelanjaan semasa cuti hari raya dan 30 surcaj bagi pengangkutan awam," kata Shahrir.
Bagaimanapun, beliau tidak menjangka CPI telahpun sampai ke paras puncaknya.
Shahrir berkata, kadar inflasi nampak telah stabil ekoran peningkatan bulan ke bulan hanya 0.2 peratus.
Bagaimanapun, kadar purata inflasi bagi tahun ini dijangka di sekitar 4.8 peratus.
- Malaysiakini
AR: Tak tahulah Malaysia nih kalau dipimpin oleh PEROMPAK!!!!
Harga Minyak Turun Hanya 10 sen Aje... Jadi RM2.45
Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan sebanyak 10 sen lagi harga minyak berkuatkuasa esok.
Berikutan itu, harga minyak petrol jenis RON 97 kini turun kepada RM2.45 seliter manakala harga RON 92 pula turun kepada RM2.30 seliter.
Kerajaan juga mengumumkan pengurangan minyak diesel, juga sebanyak 10 sen, kepada RM2.40 seliter.
Ketika mengumumkan penurunan harga minyak tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ia diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini.
"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira harga purata minyak dunia untuk tempoh sebulan terakhir ini," katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Harga-harga berkenaan, tambah beliau, ditentukan dengan mengambil kira harga sebenar petrol daripada 1 September hingga 22 September lalu.
Abdullah berkata, untuk tempoh sebulan terakhir ini, harga minyak dunia telah mengalami turun naik yang ketara.
"Namun secara purata, ia telah menurun sedikit berbanding harga purata sebelumnya. Namun begitu, nilai ringgit berbanding dolar Amerika pula menyusut sepanjang tempoh yang sama.
"Oleh itu, mengaplikasikan formula yang digunapakai oleh kerajaan dalam menentukan harga runcit sebelum ini, pengurangan sebanyak 10 sen ini merupakan nilai pengurangan maksimum yang dapat diberikan oleh Kerajaan.
"Pelarasan harga minyak ini juga merupakan pelarasan harga yang kedua dilakukan oleh Kerajaan setelah pelarasan pertama dilakukan pada 23 Ogos yang lalu," katanya.
Sebelum ini, kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen.
Sehubungan, perdana berkata, kerajaan berharap penurunan harga minyak yang berkuatkuasa esok, akan dapat meringankan beban orang ramai, terutamanya dalam menyambut hari raya Aidilfitri.
- Malaysiakini
AR: Memang Dolah nih buta betul matematik!!!! Tang turun, memang kupit (Kalau tak paham maksud kupit nih, kena tanya orang kelantan)..... Buta ekonomi si Dolah nih.
Usah Terima Produk Susu Dari China Musim Perayaan Kali Ini
Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd. Othman berkata, pengguna yang masih ragu-ragu dengan keselamatan makanan di pasaran boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan.
Mereka boleh menelefon 03-88833655 atau 03-88833503 untuk mendapatkan maklumat lanjut, katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Beliau turut meminta penjual supaya menyemak inventori produk jualan bagi mengenal pasti produk makanan yang mempunyai susu sebagai salah satu ramuan yang diimport dari China supaya segera mengeluarkan produk makanan itu dari premis masing-masing.
Katanya, penjual dinasihati menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang berhampiran untuk tindakan selanjutnya.
Noraini berkata, pengimport atau ejen yang mengimport susu dan hasilan susu dari China diminta menghentikan pengimportan itu serta merta dan jika produk makanan itu masih dalam simpanan, mereka dilarang daripada menjualnya.
Melamine, bahan kimia industri yang digunakan untuk membuat plastik dan baja, kaya dengan nitrogen dan apabila dicampur ke dalam susu, boleh menjadikan tahap protein lebih tinggi daripada yang sepatutnya.
Kesan melamine mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata dan pengambilannya melalui makanan boleh merosakkan sistem pembiakan, pembentukan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing serta kegagalan ginjal terutama kepada bayi. BERNAMA
- mSTAR
Tengku Abdullah: Jangan Kaitkan Istana Dalam Pemilihan Umno
"Saya tidak nafikan terdapat pihak tertentu yang bertanding merebut jawatan dalam Umno bahagian datang bertemu dengan saya tetapi itu tidak bermakna saya merestui atau mereka mendapat sokongan dan perkenan saya untuk bertanding," titah baginda kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin tempatan, ahli politik, wakilwakil NGO dan kakitangan kerajaan Daerah Raub di sini hari ini.
Tengku Abdullah beritah tindakan mengheret istana boleh mengeruhkan keadaan dan membuat anggota Umno berada dalam keadaan serba salah untuk memilih pemimpin.
Menurut baginda, mereka yang menawarkan diri bertanding sepatutnya bertindak menampilkan kekuatan dan kewibawaan diri sendiri untuk meraih sokongan.
Dalam titahnya pada majlis itu, Tengku Abdullah menasihatkan rakyat Pahang supaya tidak bercakaran sesama sendiri sematamata kerana berlainan idealogi politik.
"Rakyat perlu kembali bersatu padu, bertolak ansur serta berkompromi dan bukannya terus berpecah belah kerana taksub dan ingin mempertahankan pemimpin tertentu," titah Tengku Abdullah. BERNAMA
AR: Kahkahakah, bukan kali nih aje Tengku, UMNO nih guna Istana, tapi dulu, kini dan selama-selamanya mereka bukan mempergunakan Istana, tapi memaki hamun istana pun ada Tunku.... geng2 derih jusoh!!!!
Anwar: Pakatan 'tidak tergesa-gesa' tukar k'jaan
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan "terus mengejar matlamat kami dengan berhati-hati" dan "tidak terpancing untuk bertindak tergesa-gesa" yang boleh membawa keadaan tidak stabil dan tidak menentu dalam negara.
Seperti perdana menteri, penasihat PKR itu turut menafikan wujudnya rundingan antara Pakatan Rakyat dengan kerajaan melalui pihak ketiga bagi proses penggantian kerajaan pusat.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengecam kenyataan ketua penerangan PKR Tian Chua yang dilaporkan berkata "orang tengah" kini sedang berbincang dalam langkah Pakatan Rakyat menumbangkan BN.
Abdullah menyifatkan kenyataan itu "paling gila" pernah didengarnya, Anwar pula berkata beliau "tidak tahu-menahu" tentang rundingan seumpama itu.
Anwar mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kota Bharu semalam berhubung projek penggantian kuasa yang digembar-gemburnya akan berlaku menjelang 16 September lalu.
Setelah gagal berbuat demikian, mantan timbalan perdana menteri itu menggesa Abdullah mengadakan sidang khas Parlimen semalam untuk membincangkan perkara itu tetapi permohonan itu ditolak mentah-mentah oleh perdana menteri.
- Malaysiakini
Kes Anwar Bersambung Hari Ini
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini berhubung tuduhan liwat terhadapnya.
Pagi ini, Hakim SM Komathy Suppiah akan mendengar hujah dari pihak pendakwa dan peguambela sama ada kes tersebut boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Dalam prosiding sebelum ini, pihak pendakwa memohon kebenaran untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, pihak peguambela membantah notis pemindahan kes tersebut yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Mereka membantah kerana Peguam Negara tidak seharusnya memainkan sebarang peranan dalam kes ini kerana beliau sendiri sedang disiasat berhubung aduan mereka bukti dalam kes-kes terhadap Anwar 10 tahun lalu.
Hakim Komathy kemudiannya menangguhkan prosiding hingga ke hari ini untuk membolehkan kedua-dua pihak membuat persiapan untuk berhujah.
Sementara ini, kawalan keselamatan ditingkatkan di kompleks mahkamah Jalan Duta di mana beberapa buah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bersiap sedia manakala anggota polis ditempatkan di pelbagai lokasi.
Mereka yang hendak memasuki bilik mahkamah juga perlu menjalani pemeriksaan polis.
Anwar tiba kira-kira jam 9.50 pagi dan masuk ke bilik mahkamah lapan minit kemudiannya. Kes ini dijadual didengar jam 10 pagi.
Pada 7 Ogos lalu, Anwar didakwa atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Jika didapati bersalah, beliau berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara. Anwar kini dibebaskan atas ikatjamin.
Bagaimanapun, para penyokongnya bimbang sekiranya ikatjamin tersebut dibatalkan, mengakibatkan Anwar ditahan di penjara sementara menunggu perbicaraannya - satu proses yang mungkin memakan masa berbulan-bulan.
Bagaimanapun, isu tersebut tidak dibangkitkan dalam prosiding sebelum ini dan ia juga dijangka tidak dibangkitkan hari ini.
- Malaysiakini
Apa akan jadi esok?
Dalam kita ingin menumpukan kepada mempertingkatkan amal ibadat di bulan Ramadhan yang mulia ini scenario politik tanah air semakin hangat.
[Itulah sebab utama IB kurang menulis – kerana tak mahu pembaca hilang tumpuan kepada ibadat sekali setahun ini. Juga IB sendiri pun hendak juga berusaha – tetapi yang ini IB terpaksa tulis jugalah serba sedikit].
Terbaru ialah pertemuan empat mata Najib dan Pak Lah. Dikatakan hasilnya ialah Najib akan membuat satu pengumuman penting yang bakal mengejutkan. Betul tidak wallahu ’alam.
Apakah tarikh 16 September ini akan berlaku seperti yang dijanjikan Anwar? Kalau mengikut urutan peristiwa yang sepatutnya berlaku sebelumnya untuk 16hb dijadikan tarikh perubahan kerajaan – maka ianya MUSTAHIL untuk berlaku esok.
Kalau Anwar kata semuanya ”on-track” itu tidak tahulah apa yang Anwar maksudkan. Walaubagaimanapun ketidaktentuan tidak banyak membantu negara, ekonomi, dan mengambil masa kita untuk beribadat di bulan yang mulia ini. Amat gelisah - untuk mana-mana pihak sekali pun. Ketidaktentuan ini biarlah berakhir dengan secepat mungkin – ”pi lah belah mana pun”.
Kemudian berbalik kepada cerita Arif Shah, ramai rakan-rakan yang rapat dengan beliau serta ahli keluarga beliau memaklumkan Arif Shah kini sendirian mengharungi pelbagai janji yang telah dibuat bukan oleh beliau tetapi oleh janji-janji manis pelbagai pemimpin parti yang datang berkempen. Pelbagai orang datang menagih. Dikatakan juga hutang kini di keliling dek kerana peruntukan kempen lesap di tengah jalan dan pelbagai bayaran tidak dilunaskan. Ada juga yang mengatakan sabotaj banyak yang berlaku.
Nampaknya budaya UMNO belum hendak berubah lagi.
Sekian, IB
- Ibrahim Baba
AR: Tulisan IB nih diambil pada 15 September yang lalu tatkala menjelangnya tarkh 16 September.... namun, esok masih ada... Sabaq aje!!! "Sekiranya Takut Menghadapi Risiko, Usah Berbicara Soal Perjuangan!!!"
Pemuda Sabah Sokong Khairy
Tuesday, September 23, 2008
24 September 2008 : Anwar Ke Mahkamah Untuk Filem Liwat 2
Semoga Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditangkap!!!
Pemuda Wilayah : Turunkan Harga Minyak Bawah RM 2
Memorandum tersebut menggesa kerajaan supaya menurunkan harga miinyak di bawah harga RM 2 sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Memorandum tersebut telah diterima oleh En. Zahari yang merupakan setiausaha sulit kanan kepada Y.B. Dato’ Shahrir Bin Abdul Samad.
Beberapa orang yang turut bersama menghantar memorandum ialah Kamarul Arif Ambak (Timbalan Ketua DPPWP), Herman Samsudeen (Ketua Penerangan DPPWP), Suhaimi Abd Aziz (exco DPPWP) dan Zulkarnain Borhan (exco DPPWP).
Berikut memorandum yang yang telah dihantar:
MEMORANDUM
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH
KEPADA
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
23 SEPTEMBER 2008
”TURUNKAN HARGA MINYAK DIBAWAH HARGA RM 2”
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) memandang serius kenyataan YB Menteri untuk menurunkan harga minyak sebelum hari raya ini.
Trend penurunan harga minyak kini sedang berlaku diseluruh dunia maka menjadi suatu kewajaran untuk pihak Kerajaan menurunkan harga yang sedia ada.
Ketika Kerajaan menaikkan harga minyak pada 5 Jun 2008 yang lalu, harga minyak bagi negara-negara OPEC adalah USD 118.75 setong. Justeru Kerajaan mengambil langkah drastik dengan menaikkan harga minyak petrol sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1.00 setiap liter, sekaligus menyebabkan harga baru petrol dan diesel meningkat RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.
Kenaikkan itu diikuti oleh kenaikkan kos pengeluaran dikilang dan akhirnya mendesak harga barangan pengguna di dalam pasaran melambung tinggi. Aliran ini menyebabkan kos hidup rakyat meningkat khususnya bagi mereka yang berpendapatan kurang dari RM 2000 sebulan dan juga bagi mereka yang tingagal dibandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Pada 23 Ogos 2008, Kerajaan menurunkan harga minyak petrol sebanyak 15 sen dan diesel sebanyak 8 sen. Penurunan itu menjadikan harga baru petrol sebanyak RM2.55 seliter dan diesel RM2.50. Walaubagaimana pun kesan penurunan itu tidak begitu dirasai kerana harga barangan pengguna tidak menampakkan perubahan besar.
Rakyat mengharapkan agar kadar penurunan itu ditingkatkan dan mendesak para pengeluar dan peniaga turut menurunkan harga barang dagangan mereka dipasaran.
Jika dilihat pada rekod yang lalu, pada 28 Februari 2006, Kerajaan menaikkan harga petrol kepada RM 1.92 dimana pada ketika itu harga minyak bagi negara OPEC adalah USD 93.49 setong. Harga berkenaan lebih tinggi berbanding harga terbaru pada 19 September iaitu USD 88.53 setong, oleh itu sewajarnya harga yang baru diberikan akan oleh Kerajaan adalah lebih rendah dari itu atau tidak melebihi dari RM 2 seliter.
JADUAL 1 : Statistik Semasa Harga Minyak DiPasaran OPEC dan Seluruh Dunia
Sumber : *Organization of Petroleum Exporting Countries (OPEC)
** Energy Information Administration (EIA), USA
Kami memahami beban kewangan yang ditanggung oleh Kerajaan kerana sebarang perubahan harga minyak boleh memberikan kesan kepada kadar subsidi dan projek-projek lain Kerajaan. Walaubagaimana pun, bebanan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah juga haruslah diambil kira.
Harga minyak dipasaran dunia boleh berubah setiap hari tetapi di Malaysia, sebuah negara kecil perubahan harga minyak mengambil masa yang terlalu lama!
Kecekapan pengurusan diperingkat Kerajaan adalah dituntut agar trend turun naik harga minyak dunia dapat diselaraskan dengan harga bagi pasaran tempatan tanpa menunggu masa yang terlalu lama untuk penilaian harga baru.
Sekurang-kurangnya Kerajaan boleh membuat semakan harga pada setiap minggu. Perubahan harga tidak akan menjejaskan operasi semasa syarikat penjual Minyak dan Gas sekiranya semakan mingguan dibuat. Minyak adalah komoditi yang bergerak pantas dan kadar penjualannya juga tinggi sesuai dengan kadar permintaan yang sentiasa melebihi.
Kerajaan wajar menyediakan jadual anggaran harga masa hadapan sebagai panduan. Anggaran boleh dibuat berdasarkan rekod harga pada minggu yang sebelumnya dan ini akan memudahkan penentuan harga pasaran dan agihan subsidi.
Dicadangkan juga, agar pihak Kementerian mewujudkan satu Unit Khas yang berfungsi untuk mengkaji dan mengawal harga minyak ini setiap minggu.
Menjelang syawal tahun ini, rakyat begitu terasa dengan bebanan kenaikkan harga minyak yang mempengaruhi harga minyak. Oleh itu Pemudawilayah sekali mengesa akan pihak Kerajaan dapat menimbangkan kadar yang lebih kompetatif untuk harga minyak baru iaitu dibawah RM2.
Sekian. Terima Kasih.
Kamaruzaman MohamadKetuaDewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
http://dppwp.wordpress.com/
SUMBER DIAMBIL : rusly_islam
Hottt!!!! : Anwar Bertemu Nik Aziz dan Abdul Hadi Di Kota Bharu
Pertemuan itu bermula jam 12.05 tengahari tadi di rumah rasmi MB Kelantan, JKR 10.
Presiden PAS, Abdul Hadi kelihatan mula-mula sampai di situ iaitu kira-kira jam 11.50 pagi diikuti Nik Aziz yang sampai kira-kira jam 11.55 pagi.
Anwar pula tiba kira-kira jam 12.05 tengahari.Hanya mereka bertiga sahaja terlibat dalam pertemuan tertutup itu.
Turut mengiringi Anwar ke JKR 10 adalah anggota Parlimen dari PKR Saifuddin Nasution Ismail, Amran Abdul Ghani dan Abdul Aziz Abdul Kadir.
- Siasah
AR: Nampaknya, hubungan makin cemerlang antara Pakatan Rakyat nih, cuma UMNO aje tak habis2 lontarkan bom2 C4 fitnah terhadap Pakatan Rakyat!!! Semoga pertemuan ini membangkitkan lagi kegemilangan perubahan negara dan juga kegimalangan Islam.
Penyokong PM tunggu lampu hijau untuk bertindak
Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Hrkh) - Menggambarkan sama ada Umno akan berpadu atau berpecah kini terletak kepada keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, laman web berita Malaysian Insider (MI) melaporkan, para penyokong Abdullah hanya menanti lampu hijau darinya sahaja untuk menggerakkan kempen tanpa batasan di peringkat Umno bahagian-bahagian.
Kempen yang mempunyai masa hanya beberapa minggu sahaja itu bertujuan memastikan Abdullah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno.
Abdullah pula dilaporkan telah pun membatalkan hasrat untuk berundur seperti yang diucapkannya selepas dibelasah oleh rakan-rakannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) Khamis lalu.
Biar apa pun yang akan terjadi, laporan-laporan menyatakan Perdana Menteri akan tetap mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti Disember ini.
Keputusan itu dilaporkan telah dibuat setelah diyakinkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin dan para penyokong yang bergantung nasib kepada jawatan Perdana Menteri yang setakat ini masih lagi berada dalam cengkaman Abdullah.
Mereka dilaporkan telah berkejar ke Sri Perdana selepas mesyuarat MT Khamis lalu demi mententeramkan Abdullah yang dilanyak rakan-rakannya sendiri serta meyakinkan Presiden Umno yang dikatakan hampir menangis dalam mesyuarat MT itu bahawa beliau boleh mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya.
Ada laporan yang menyatakan bahawa penyokong-penyokong Abdullah itu memberi harapan bahawa tidak kurang dari 100 pencalonan akan diperolehi oleh tokoh yang menjadi tempat mereka bergantung hidup itu.
MI menggambarkan penyokong-penyokongnya bagaikan berkampung di kediaman Abdullah sepanjang hujung minggu lalu untuk berbincang dan menyusun strategi menyambung hayat kepimpinan Abdullah yang bukan sahaja tidak dikehendaki rakyat malah ahli-ahli Umno sendiri.
Antara yang hampir berkampung di kediaman Perdana Menteri itu termasuk beberapa Ahli MT, Ketua-Ketua Perhubungan Umno Negeri dan kaki-kaki makan upah yang berkerja untuk kepentingan politik Abdullah.
Antara persetujuan penyokong-penyokong Abdullah itu, yang termasuk Datuk Seri Adnan Mansor, ialah Abdullah mampu mendapatkan sekurang-kurang 58 pencalonan untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno.
Menurut MI lagi, sebaik sahaja mendapat lampu hijau dari Abdullah, para penyokongnya itu akan turun ke bahagian-bahagian dan akan berleluasa dengan kempen tak mengenal batasan dalam masa yang tinggal beberapa minggu sahaja lagi.
Apa sahaja akan dilakukan asalkan Abdullah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya.
Jika Abdullah berkeras untuk mempertahankan jawatannya, timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai akan menyokong hasrat Abdullah itu.
Walaupun beliau boleh mendapat pencalonan yang lebih banyak dari Abdullah untuk menjadi Presiden Umno, tetapi Najib dipercayai tidak sanggup menghadapi kemungkinan kedua-duanya akan cedera parah jika berlaku pertandingan antara mereka.
Apa pun, dengan nafsu menyala-nyala para penyokong Abdullah untuk berleluasa dengan kempen tak mengenal batas dalam masa beberapa minggu ini, rakyat Malaysia dan dunia mungkin akan menyaksikan pesta kincah-mengincah keburukan di antara sesama pemimpin Umno.
- Harakah
AR: Agak2nya.... penyokong Paklah nih yang seperti gambor kat atas nun ke??? yang duk jerit2 Kami Sayang Paklah!!! kehkehkeh... lawak giler siot!!!!
Pakatan Belum Utus Surat Kepada Agong
Pakatan Rakyat belum mengutus surat kepada Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan senarai nama ahli parlimen BN yang menyokong gabungan pembangkang sebelum membentuk kerajaan baru.
Anggota sekretariat Pakatan Rakyat, Johari Abdul yang diberi tanggungjawab menyerahkan surat itu berkata, beliau sedang menunggu arahan untuk berbuat demikian.
Beliau yang juga ahli parlimen Sungai Petani menambah, apabila ketiga-tiga pemimpin tertinggi PKR, DAP dan PAS memberikan arahan, beliau akan menghantarnya.
Johari berkata, beliau bagaimanapun tidak mengetahui isu kandungan surat itu.
“Saya cuma tukang hantar, orang suruh hantar saya hantar,” kata bekas ketua perhubungan PKR Kedah kepada Malaysiakini hari ini.
Mengulas sama ada surat kepada baginda menjadi sebahagian starategi Pakatan untuk mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan BN, Johari berkata:
“Ada sebab kita letakkan 23 September (sebagai tarikh akhir untuk panggil sidang khas parlimen).
"Kalau (perdana menteri) Datuk Seri Abdullah (Ahmad Badawi) gagal – hari ini sudah berakhir – kita ada strategi selepas 23 September. Kita ada rancangan.”
Ketua penerangan PKR Tian Chua ketika dihubungi enggan mengulas lanjut perkara itu.
Tambahnya, tidak ada pemimpin Pakatan yang bercakap tentang perkara itu dan "persoalan ini tidak wujud."
Mereka diminta mengesahkan kenyataan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Mujahid Yusof Rawa yang dilaporkan menyebut Pakatan Rakyat telah mengutuskan surat rasmi bagi memohon mengadap Seri Paduka minggu lepas.
Beliau yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata, Pakatan Rakyat bergantung kepada Istana Negara untuk menasihatkan perdana menteri supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh pembangkang.
Malaysiakini hari ini difahamkan surat kepada baginda telah disediakan.
- Malaysiakini
Pak Lah nafi sudah ada pertemuan dengan Pakatan
PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan sehingga kini tiada sebarang pertemuan berlangsung antara Pakatan Rakyat dengan pihaknya bagi membincangkan masa depan politik dan pembentukan kerajaan baru oleh pembangkang.
"Tidak ada sebarang mesyuarat dengan orang-orang Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi 2008 yang kedua di sini.
Beliau mengulas laporan agensi berita AFP hari ini bahawa pertemuan sudah mula diadakan di antara wakil Perdana Menteri dan Pakatan Rakyat berhubung perkara berkenaan.
Laporan itu memetik Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bahawa sudah ada usaha awal ke arah itu.
"Itu adalah laporan paling gila yang pernah saya dengar. Kamu perlu fikir dahulu sebelum membuat laporan sedemikian," katanya.
Pagi ini ketika dihubungi mStar Online Tian berkata, pihaknya akan menggerakkan usaha sedemikian dalam waktu terdekat sama ada untuk membentuk kerajaan baru atau mewujudkan persefahaman di antara kedua-dua pihak berkenaan.
- mSTAR
AR: Bila ya???? Dah tak sabaq cheq duk nunggu..... kehkehkeh.
1 Oktober Sasaran Baru Pakatan, Kes Anwar Esok
PETALING JAYA: Selepas dua permintaan Pakatan Rakyat ditolak Perdana Menteri minggu lalu, kini perikatan pembangkang itu meletakkan tarikh sasaran yang baru - 1 Oktober ini - cuba merealisasikan pelan menukar kerajaan.
Pada 16 September lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun menolak permintaan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar diadakan pertemuan bagi membincangkan keadaan politik semasa negara dan membincangkan proses peralihan kerajaan secara aman, dan syor diadakan sidang khas Parlimen hari ini, yang dikemukakan dua hari kemudian.
Sasaran 16 September dan 23 September sudah pun berlalu.
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua ketika dihubungi berkata, Pakatan Rakyat akan terus memastikan peralihan kuasa akan berlaku pada tarikh tersebut walaupun sidang Parlimen tergempar bagi membolehkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri ditolak.
"Kita sasarkan peralihan kuasa secara aman akan berlaku sebelum hari raya nanti.
"Ataupun satu persefahaman ke arah itu (peralihan kuasa) akan dapat dicapai pada 1 Oktober nanti," katanya.
Sehubungan itu, kata beliau, Pakatan Rakyat sedang mengatur satu rundingan dengan wakil Perdana Menteri bagi membincangkan mengenai perlihan kuasa antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.
"Perdana Menteri enggan menemui kita, jadi kita akan berusaha untuk berurusan dengan pegawai-pegawainya untuk berbincang.
"Kami percaya melalui perbincangan kita dapat membentuk kerajaan dalam keadaan aman," katanya.
Ditanya sama ada Pakatan Rakyat mempunyai perancangan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agung bagi memohon perkenan membentuk kerajaan baru, beliau berkata, perkara itu perlu diuruskan dengan cara terbaik.
"Sebelum kita mengadap Yang di-Pertuan Agung, lebih baik kita selesaikan dengan rakyat biasa dahulu," katanya.
Anwar mengumumkan saran Pakatan Rakyat membentuk kerajaan menjelang 16 September pada 1 April lalu.
Esok, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan mendengar hujah berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi.
"Esok mahkamah akan mendengar hujah kedua-dua pihak untuk mementukan permintaan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi," kata salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair ketika dihubungi.
Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada mahkamah akan membuat keputusan esok ataupun sebaliknya kerana ia bergantung kepada mahkamah selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak.
"Sukar untuk dikatakan sekarang... kami ada banyak perkara untuk dihujah," katanya.
Pada 10 September lalu, Hakim S.M. Komathy Suppiah menetapkan esok ekoran bantahan terhadap permohonan itu oleh peguam Anwar, Sulaiman Abdullah.
Anwar, 60, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos lepas terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.
Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Anwar kini dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000.
- mSTAR
Beranikah Abdullah Isytihar Pilihan Raya Mengejut?
Shirzat Lifeboat
Secara tradisinya, dua pihak yang sering beradu kuasa dalam politik Malaysia adalah Umno dan PAS.
Namun, di sebalik apa jua manifesto kedua-dua parti itu dalam 12 pilihan raya umum lalu, mengenai siapa yang lebih mampu mempertahankan hak dan kekuasaan politik Melayu dan kedaulatan Islam, penyokong, pengundi dan ahli-ahli parti berkenaan akan merasa kehilangan besar jika Umno atau PAS yang berkuasa di sesebuah negeri.
Bagi rakyat, khususnya orang Melayu, sama ada PAS atau Umno yang menang, ia tetap merupakan kerajaan Melayu. Siapapun yang menang dan memerintah, ia tetap situasi menang-menang dan mencerminkan kuasa dominan politik Melayu.
Pemimpin parti mungkin melihat kuasa politik dari sudut berbeza. Namun bagi rakyat yang waras, ia berkaitan dengan siapakah yang patut diberikan amanah dan prestasi pula diukur sejauh mana mereka yang dipilih boleh memberikan keselesaan buat rakyat.
Peningkatan asas sokongan PAS dan penghijrahan pengundi dan penyokong dari Umno ke PAS dari masa ke masa berlaku atas pelbagai faktor � yang terbesar ialah kemampuan Umno dalam menggalas tanggungjawab terhadap orang Melayu dan Islam semakin dilihat tidak lagi berkesan dan kemampuannya kian dipertikaikan.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-12, lanskap politik Malaysia terubah dengan kejayaan KeADILan yang relatifnya baru dalam senario proses pemilihan elektoral memperolehi 31 kerusi Parlimen (20 daripadanya dimenangi calon Melayu). PAS mendapat 23 kerusi, DAP 28.
Dengan kemungkinan setidak-tidak 30 Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan, menjadikan jumlah kerusi Pakatan 112 berbanding BN 110, maka BN tidak lagi berkuasa di peringat Persekutan.
Perkiraan inilah yang menguatkan hasrat Dato' Seri Anwar Inrahim mengambil alih kerajaan.
Walaupun ia tidak berlaku pada 16 September lalu, namun tidak mustahil ia akan berlaku pada satu tarikh lain memadangkan ada Ahli Parlimen BN yang dikatakan berada di ambang meninggalkan parti masing-masing kerana tidak berpuas hati dengan kelemahan kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Mendahului proses menterjemahkan protes rasa tidak puas hati ini sehingga mengucapkan selamat tinggal kepada BN ialah Parti Maju Sabah (SAPP) yang keluar dari BN pada 17 September 2008.
Juga di sebalik semua penafian Abdullah dan pemimpin kanan Umno-BN mengenai peralihan kuasa itu, ramai melihat keputusan SAPP sebagai bermulanya satu chain-reaction yang bakal menyaksikan lebih banyak komponen BN atau Ahli Parlimennya yang menuruti jejak langkah parti itu.
Ramai menanggap rancangan peralihan kuasa tajaan Anwar ini satu ancaman sahih yang diyakini oleh BN sendiri di sebalik pelbagai penafian, bermula saat pengumuman 49 Ahli Parlimen Backbenchers BN membuat lawatan ke Taiwan menjelang 16 September.
Tentu sekali ramai yang tidak mempercayai bahawa tujuan mereka ke negara tersebut adalah semata kerana mempelajari pertanian. Malah ramai berkongsi pandangan bahawa penahanan beberapa individu termasuk seorang Ahli Parlimen DAP ada kaitan dengan rancangan Anwar itu.
Walaupun perkaitan sedemikian tidak begitu jelas, yang pasti beberapa pemimpin Umno termasuk yang berjawatan menteri tidak bersetuju dengan penahanan wartawan Sin Chew Daily. Keadaan ini sudah tentu menambahkan lagi luka kesatuan pemikiran, pandangan dan keputusan dalam Umno yang amat utuh satu ketika dulu.
Yang Razali Kassim, felo kanan di S. Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Techonological University, Singapura berpendapat: "Keadaan darurat boleh diisytiharkan, atas sebab bahawa negara (Malaysia) sedang memasuki satu tempoh ketidak-stabilan berpanjangan. Kerajaan telah mengkaji opsyen darurat sejak kemelut pilihanraya 8 Mac. Ketua Turus Angkatan Tentera telah membangkitkan � dua kali � mengenai keadaan huru-hara ini dan meminta kerajaan supaya bertindak. Adalah sesuatu luar biasa bagi seorang jenderal tinggi untuk berkata demikian."
Keputusan Abdullah bertukar portfolio dengan timbalannya Dato� Seri Najib Abdul Razak yang menyaksikan beliau menjadi Menteri Pertahanan mengundang spekulasi selanjutnya kepada pandangan di atas.
Tulisan tersebut turut juga menyentuh tentang kemungkinan sebuah pilihan raya umum mengejut, "... Sekiranya BN akan kehilangan kuasa mengapa tidak sahaja mengadakan pilihan raya sekali lagi untuk cuba mengubah gelombang? Itu, bagaimanapun, mungkin akan membuktikan satu strategi berisiko bagi BN. Lagipun, kali ini BN mungkin akan tersingkir terus."
Kebarangkalian BN kehilangan kuasa jika satu pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat adalah tinggi memandangkan ramalam kemenangan moralnya pada pilihan raya kecil Permatang Pauh lalu tidak menjadi, malah Anwar menang lebih besar.
Walaupun ketika menjawab soalan media pada 16 September lalu Abdullah mendakwa masak dengan cara dan strategi politik Anwar, namun beliau mungkin terlupa betapa menerusi semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang pernah disandang bekas TPM itu ketika dan sebagai pemimpin yang amat popular, Anwar dapat memahami mindset pemimpin Umno dan budaya yang melahirkan mindset sedemikian serta insight kepada cara Umno dan kerajaan BN bergerak dan bertindak dalam menghadapi krisis.
Anwar sesungguhnya memiliki kemampuan mempengaruhi keadaan. Kehadiran semula beliau dalam senario politik Malaysia menghantui Umno dan sedikit sebanyak memberikan impak perpaduan dalam PAS sendiri.
Politik Malaysia berada dalam keadaan paling kelam-kabut dan tidak stabil. Debu politik pilihan raya umum masih belum mendak walaupun sudah berlalu hampir lapan bulan.
Sementara semua ini berlaku, golongan yang menyandarkan harapan berlakunya peralihan kuasa terus meyakini Anwar boleh melakukan satu keajaiban politik dan seterusnya urus-tadbir kerajaan yang serba-sempurna dalam keadaan majoriti mudah yang paling minima.
- Harakah
PM Dijangka Mampu Dapat 40 Pencalonan Sahaja
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Hrkh) - Pelbagai jangkaan dibuat tentang jumlah pencalonan yang akan diperolehi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno.
Ada penyokongnya yang menjangka beliau boleh mendapat antara 70 hingga 80 pencalonan jika mereka berusaha.
Bagaimanapun, seorang pemimpin Umno pula berkata, Abdullah hanya mampu mendapat kira-kira 40 pencalonan sahaja.
Telah muktamad Abdullah akan mempertahankan jawatannya dan beliau telahpun membatalkan keputusannya untuk berundur selepas dibelasah teruk dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) 18 September lalu.
Laporan-laporan menyatakan anaknya, Datuk Kamaluddin serta menantunya, Khairy Jamaluddin menentang keras keputusan Abdullah untuk berundur.
Begitu juga segerombolan penyokongnya yang bergantung hidup dan harapan kepada jawatan Perdana Menteri yang masih berada dalam cengkaman Abdullah.
"OK, kami memang tidak akan mendapat pencalonan yang banyak," seorang penyokong Abdullah memberitahu Business Times Singapura (BT). "Tetapi saya rasa kami mampu mendapat 70 hingga 80 dengan sedikit usaha".
Menurut Malaysian Insider (MI), sebaik sahaja mendapat lampu hijau dari Abdullah, para penyokongnya akan turun ke bahagian-bahagian dan akan berleluasa dengan kempen tak mengenal batasan dalam masa yang tinggal beberapa minggu sahaja lagi.
Apa sahaja akan dilakukan asalkan Abdullah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya.
Malah, para penyokongnya dilaporkan telah pun menghunus keris (MI menyebut unsheathed their knives) untuk bertindak demi meneruskan kekuasaan Abdullah yang menjadi harapan hidup mereka.
Anak, menantu, para penyokong dan pengampu Abdullah tahu, jika beliau berundur, mereka dan kepentingan mereka pasti terancam dan tenggelam.
Namun, apa pun keputusan Abdullah dan setajam mana pun keris yang dihunus oleh pengampu-pengampunya, tidak semua pemimpin Umno yakin Abdullah akan dapat mempertahankan jawatannya.
Sekurang-kurangnya dua Menteri Besar menyatakan bahawa mereka tidak lagi mampu mengawal Umno bahagian-bahagian dalam negeri mereka - yang dijangka tidak akan mencalonkan Abdullah.
Mereka ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Johor mempunyai 26 bahagian manakala Pahang mempunyai 14 bahagian.
Malah, dalam mesyuarat MT Khamis lalu yang menyaksikan Abdullah menangis atau hampir menangis, empat pemimpin kanan Umno dilaporkan telah mengingatkan Abdullah dengan keras supaya berundur atau akan dimalukan dengan pencalonan yang tidak mencukupi untuk mempertahankan jawatannya.
Nasib baiklah mesyuarat itu ditamatkan secara tiba-tiba lebih awal apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meyakinkan mesyuarat bahawa beliau akan menyelesaikan pelan peralihan kuasa yang dibantah itu dalam perbincangan empat mata dengan Abdullah.
Beberapa pemimpin Umno membayangkan, risiko Abdullah akan dihambat dengan penuh kehinaan dari jawatannya bukanlah jangkaan semata-mata.
Umno bahagian-bahagian akan memulakan mesyuarat untuk menghadapi pemilihan parti Disember ini pada 9 Oktober akan datang. Dijangkakan, sekurang-kurangnya 20 bahagian mungkin akan memutuskan calon pilihan mereka dalam masa beberapa hari.
Minggu seterusnya, mungkin 50 bahagian lagi akan bermesyuarat dan pada masa itu arah aliran pencalonan akan semakin jelas.
"Jangkaannya, Perdana Menteri akan mendapat kira-kira 40 pencalonan sahaja," BT memetik seorang pemimpin Umno. "Sebab itulah kami tidak mahu beliau bertanding untuk dipilih semula".
Pada masa yang sama, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam yang sebelum ini dilihat penyokong kuat Abdullah dilaporkan oleh BT sebagai berkempen di belakang tabir untuk memastikan gandingan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih kepimpinan Umno tanpa dicabar.
- Harakah
Pakatan Kata Sedang Runding Dengan Kerajaan
Pakatan Rakyat berkata, pihaknya telah mula berunding dengan kerajaan berhubung peralihan kuasa, selepas ia mendakwa telah mendapat sokongan yang mencukupi dari ahli-ahli Parlimen untuk menumbangkan kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi enggan bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi para pegawai berkata, kontak dibuat melalui orang tengah.
"Terdapat kontak awal antara orang tengah kita denga orang tengah Abdullah," kata Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.
"Niat kita mengadakannya ialah untuk peralihan kuasa kepada pembangkang, tetapi saya tidak boleh bercakap bagi pihak sana," kata Tian kepada AFP.
"Setakat ini ia nampak baik dan kita akan tungguh dan lihat apa yang berlaku," tambahnya.
Pertemuan telah diadakan
Tian berkata, kontak awal dibuat pada hujung minggu dan lebih daripada satu pertemuan telah diadakan.
Awal bulan ini, Anwar berkata, beliau mempunyai sokongan dari lebih 31 ahli Parlimen BN tetapi enggan mendedahkan senarai nama mereka sehinggalah beliau bertemu Abdullah.
Anwar juga telah meminta Abdullah memanggil sidang khas Parlimen - yang tidak bersidang sekarang - untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap perdana menteri.
Anwar memberi tempoh sehingga hari ini - 23 September - kepada Abdullah untuk memanggil sidang khas tersebut.
Perdana menteri bagaimanapun enggan berbuat demikian dan menolak dakwaan Anwar itu sebagai satu pembohongan.
Sehingga ini, tiada tanda-tanda yang Abdullah akan meletak jawatan walaupun ada desakan daripada menteri-menteri kabinet yang mau beliau berbuat demikian lebih awal daripada pelan peralihan kuasa 2010.
Abdullah berdepan dengan tekanan terhadap masa depan politiknya selepas BN kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu di mana ia gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen dan hilang lima negeri kepada pembangkang.
Menurut sumber-sumber parti, beliau berdepan dengan tekanan supaya meletakkan jawatan hujung tahun ini.
- Malaysiakini
Blog Stats
MENU
"Demi Masa"
About Me
- Anak Reformasi
- Bumi Reformasi, Indrapura, Malaysia
- Sekiranya ada apa-apa komen, pengiklanan atau cadangan, hubungi editor Anak Reformasi di " anakreformis@gmail.com "
Blog Archive
-
▼
2008
(748)
-
▼
September
(363)
-
►
24 Sep
(11)
- Makanan Anjing: Teresa Akui Tersilap
- Barua UMNO Buat Laporan Polis Terhadap Anwar
- Najib Batal Ke AS Demi 'Ekonomi Negara'
- Kadar Inflasi Tertinggi Dalam Masa 27 Tahun
- Harga Minyak Turun Hanya 10 sen Aje... Jadi RM2.45
- Usah Terima Produk Susu Dari China Musim Perayaan ...
- Tengku Abdullah: Jangan Kaitkan Istana Dalam Pemil...
- Anwar: Pakatan 'tidak tergesa-gesa' tukar k'jaan
- Kes Anwar Bersambung Hari Ini
- Apa akan jadi esok?
- Pemuda Sabah Sokong Khairy
-
►
23 Sep
(17)
- 24 September 2008 : Anwar Ke Mahkamah Untuk Filem ...
- Pemuda Wilayah : Turunkan Harga Minyak Bawah RM 2
- Hottt!!!! : Anwar Bertemu Nik Aziz dan Abdul Hadi ...
- Penyokong PM tunggu lampu hijau untuk bertindak
- Pakatan Belum Utus Surat Kepada Agong
- Pak Lah nafi sudah ada pertemuan dengan Pakatan
- 1 Oktober Sasaran Baru Pakatan, Kes Anwar Esok
- Beranikah Abdullah Isytihar Pilihan Raya Mengejut?
- PM Dijangka Mampu Dapat 40 Pencalonan Sahaja
- Pakatan Kata Sedang Runding Dengan Kerajaan
-
►
24 Sep
(11)
-
▼
September
(363)
My Blog List
-
Polis Bentong Nafi Hantaran Tular Konon Enggan Terima Laporan Pengantar Barang Ditikam Pada Mata - *BENTONG:* Polis Bentong menafikan dakwaan kononnya enggan menerima laporan dibuat penghantar barang yang didakwa ditikam pada mata. Ketua Polis Daerah B...3 hours ago
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...1 week ago
-
Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia - Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.10 months ago
-
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan - Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik yang and...1 year ago
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online - Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini tak ...1 year ago
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS2 years ago
-
-
Each currency has up to three key-value pairs: 24h, 7d and 30d. - API Overview Bitcoincharts provides a ordinary API to most of its gegevens. You can use this API to include markets[...] The post Each currency has up to...6 years ago
-
BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL - Iqaluit ialah sebuah bandar dalam wilayah Nuvanut yang terletak di utara Kanada, Pada bulan paling panas iaitu Julai, suhunya setakat 9 darjah Celcius, ma...8 years ago
-
AL-AQSA MENANGIS DARAH! - *Bersama Syeikh Yusuf Abu Sunainah - Imam Masjid Al-Aqsa As-Syarief, Baitula-Maqdis* *AL-AQSA MENANGIS DARAH!!!** *Al-Aqsa* *Bumi para anbiya* *Kelahir...9 years ago
-
GST - Goverment Service Tax 6% vs Good and Service Tax 4% - SAYA AMBIL ARTIKEL NI DARI BLOG PAKDI.NET Ini sumbernya. Artikel ini diambil dari sebuah laman blog – oskortos dengan keizinan penulis asal. Semoga ...11 years ago
-
SAHIH - Ustaz Fathul Bari Kahwin di Thailand - Assalamualaikum W.B.T. Minggu ini kita dikejutkan tentang berita berkenaan Ustaz Fathul Bari berkahwin dengan gadis Filipina di Thailand..... Surat nikah d...11 years ago
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia - Berita TV9 : Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengesahkan Kapal Israel memasuki pelabuhan Malaysia untuk tujuan pedagangan.12 years ago
-
Video & Gambar : Aktiviti Bermotor Sempena Santai Pemuda Bersama ARC Besut - Pendaftaran peserta Saf pimpinan Aktiviti bermotor Acara tarik tali Antara sebahagian hadirin Penyampaian hadiah oleh Ketua Pemuda Pas Pusat Ust Nasaruddi...13 years ago
-
Apa itu Perjuangan ikhlas? - Sampai hari ni aku masih pelik dengan ungkapan "Perjuangan ikhlas". Adakah masih ada perjuang ikhlas?Pada aku mudah, berjuang untuk sesuatu. Dalam soal ini...16 years ago
-
-
-
-
-
-
-