Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Wednesday, September 24, 2008

Apa akan jadi esok?

SMS demi SMS yang diterima. Baik dari gurauan bahawa orang Terengganu sekadar dapat menikmati bubur lambuk sahaja petang ini untuk berbuka puasa dengan Pak Lah, dan Zaid letak jawatan hingga kepada SMS keluhan Arif Shah selepas tewas di Permatang Pauh baru-baru ini (di hujung nanti IB selitkan serba sedikit keluhan beliau).

Dalam kita ingin menumpukan kepada mempertingkatkan amal ibadat di bulan Ramadhan yang mulia ini scenario politik tanah air semakin hangat.

[Itulah sebab utama IB kurang menulis – kerana tak mahu pembaca hilang tumpuan kepada ibadat sekali setahun ini. Juga IB sendiri pun hendak juga berusaha – tetapi yang ini IB terpaksa tulis jugalah serba sedikit].

Terbaru ialah pertemuan empat mata Najib dan Pak Lah. Dikatakan hasilnya ialah Najib akan membuat satu pengumuman penting yang bakal mengejutkan. Betul tidak wallahu ’alam.

Apakah tarikh 16 September ini akan berlaku seperti yang dijanjikan Anwar? Kalau mengikut urutan peristiwa yang sepatutnya berlaku sebelumnya untuk 16hb dijadikan tarikh perubahan kerajaan – maka ianya MUSTAHIL untuk berlaku esok.

Kalau Anwar kata semuanya ”on-track” itu tidak tahulah apa yang Anwar maksudkan. Walaubagaimanapun ketidaktentuan tidak banyak membantu negara, ekonomi, dan mengambil masa kita untuk beribadat di bulan yang mulia ini. Amat gelisah - untuk mana-mana pihak sekali pun. Ketidaktentuan ini biarlah berakhir dengan secepat mungkin – ”pi lah belah mana pun”.

Kemudian berbalik kepada cerita Arif Shah, ramai rakan-rakan yang rapat dengan beliau serta ahli keluarga beliau memaklumkan Arif Shah kini sendirian mengharungi pelbagai janji yang telah dibuat bukan oleh beliau tetapi oleh janji-janji manis pelbagai pemimpin parti yang datang berkempen. Pelbagai orang datang menagih. Dikatakan juga hutang kini di keliling dek kerana peruntukan kempen lesap di tengah jalan dan pelbagai bayaran tidak dilunaskan. Ada juga yang mengatakan sabotaj banyak yang berlaku.

Nampaknya budaya UMNO belum hendak berubah lagi.

Sekian, IB

- Ibrahim Baba

AR: Tulisan IB nih diambil pada 15 September yang lalu tatkala menjelangnya tarkh 16 September.... namun, esok masih ada... Sabaq aje!!! "Sekiranya Takut Menghadapi Risiko, Usah Berbicara Soal Perjuangan!!!"

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats