Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Saturday, September 27, 2008

Rumah Ibu Bapa Teresa Dilontar Bom Petrol

Kediaman ibu bapa anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok di Jalan Ipoh di ibunegara dilontar bom petrol awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan mengesahkan kejadian itu berlaku pada kira-kira 2.55 pagi.

Teresa dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 19 September lalu setelah ditahan selama tujuh hari.

Katanya, tiada penghuni rumah itu yang cedera dalam kejadian itu kerana bom petrol itu tidak meletup.

Waktu kejadian, terdapat tiga orang yang menghuni di rumah itu iaitu ibu, bapa dan adik Teresa.

Bercakap dalam sidang akhbar tengahari tadi, Teresa berkata anggota keluarganya kini bimbangkan keselamatan mereka.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai keji dan satu jenayah untuk menakut-nakutkan beliau untuk menghalangnya daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Beliau juga mendakwa kejadian itu mungkin berpunca daripada tindakan kumpulan media dan blog-blog tertentu yang didakwanya dengan sengaja menggambar dirinya sebagai seorang yang anti-Melayu dan anti-Islam.

Sekeping kertas turut ditemui di tempat kejadian yang mengandungi mesej ugutan terhadap Teresa.

Teresa, yang juga ahli exco kanan kerajaan Selangor menjadi sasaran kecaman beberapa pihak selepas mendakwa beliau diberi makanan seperti makanan anjing ketika ditahan di bawah ISA.

Kok, 43, ditangkap di bawah ISA pada 12 September kerana didakwa membangkitkan isu-isu mengenai agama Islam, dan dibebaskan seminggu kemudiannya.

Turut menziarahi rumah keluarga Teresa ialah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Lim Lip Eng serta peguam Sankara Nair.

- Malaysiakini

AR: Inilah Malaysia hari ini...... Nak jadi Y.B. bukannya senang. Kalau ada yang berangan nak jadi Y.B., jangan sibuk nak jadik Y.B. kalau gila kuasa dan glemer..... Setiap perkataan yang keluar daripada mulut Y.B. akan dinilai oleh semua rakyat Malaysia.... Jadi, berhati-hatilah apabila berbicara dan berhati-hatilah dalam menegur agama dan kaum lain.... Berbincang lebih baik!!!!

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats