Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Tuesday, September 23, 2008

Pak Lah nafi sudah ada pertemuan dengan Pakatan

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan sehingga kini tiada sebarang pertemuan berlangsung antara Pakatan Rakyat dengan pihaknya bagi membincangkan masa depan politik dan pembentukan kerajaan baru oleh pembangkang.

"Tidak ada sebarang mesyuarat dengan orang-orang Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi 2008 yang kedua di sini.

Beliau mengulas laporan agensi berita AFP hari ini bahawa pertemuan sudah mula diadakan di antara wakil Perdana Menteri dan Pakatan Rakyat berhubung perkara berkenaan.

Laporan itu memetik Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bahawa sudah ada usaha awal ke arah itu.

"Itu adalah laporan paling gila yang pernah saya dengar. Kamu perlu fikir dahulu sebelum membuat laporan sedemikian," katanya.

Pagi ini ketika dihubungi mStar Online Tian berkata, pihaknya akan menggerakkan usaha sedemikian dalam waktu terdekat sama ada untuk membentuk kerajaan baru atau mewujudkan persefahaman di antara kedua-dua pihak berkenaan.

- mSTAR



AR:
Bila ya???? Dah tak sabaq cheq duk nunggu..... kehkehkeh.

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats