Dunia sudah terbalik, kenapa pada zamannya paling ramai dihantar ke Kamunting, seperti ketika Operasi Lalang, tiba – tiba saja, Anwar yang telah dicop dengan berbagai tuduhan, seperti Amerika pergunanya, ancaman kepada ekonomi dan keselamatan dan sebagainya, beliau pulak yang tidak setuju supaya Anwar ditahan ISA?
Sukar untuk memikirkannya , kerana dalam keadaan yang kononnya kerajaan umno/bn sudah ada cukup bukti penglibatan Anwar dalam semua tuduhan , tetapi tidak pula dikenakan tindakan – tindakan yang sewajarnya , termasuk juga ISA
Muslihat
Dalam keadaan Pak Lah sudah memberikan petunjuk – petunjuk tertentu , bagi mewajarkan Anwar ditahan ISA , mengapa dia beliau tidak bersetuju , yang memungkinkan rakyat menyesyaki adanya muslihat dan strategi tertentu.
Dengan menahan
Pak Lah , at least tidak akan jatuh , yakni akan mampu bertahan , kerana sekurang – kurangnya musuh utama beliau di luar sudah diikat, walaupun nanti akan banyak kutukan , cacian , makian dan sebagainya kedengaran
Dengan Tidak Menahan
Anwar akan terus menekan Pak Lah , samada untuk parlimen mengadakan sidang tergempar dalam masa terdekat , supaya boleh dibuat usul tidak percaya dan hal – hal seumpamannya. Ini akan menyebabkan kedudukan Pak Lah tergugat
Sekiranya terjadi , ini bermakna sudah pasti , insyaallah akan berlaku peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Anwar dan bukan kepada Najib dan diikuti dengan perubahan kerajaan.
Ini kerana , pak lah memang tidak mempercayai najib dari dulu lagi , kerana najib adalah proxy mahathir dalam umno. Najib juga tidak diyakini akan mampu menjaga KJ.
Sebab itu dipaksakan ke atas najib supaya pelan peralihan kuasa dilanjutkan hingga jun 2010 , suatu tempoh masa yang sangat panjang bagi seorang ahli politik , serba mungkin terjadi apa – apa dari sekarang hingga masa tersebut.
Sangat besar kemungkinan nya , dalam keadaan politik yang serba mungkin , pak lah akan menyerahkan kepada anwar pada 13hb okt nanti , seperti katanya
Anwar telah membuat dan menghantar permohonan rasmi kepada pak lah supaya diadakan persidangan tergempar parlimen pada 23hb september.
Mengapa pak lah tidak bersetuju untuk mengadakan persidangan tergempar parlimen pada 23hb september ?
Sekiranya dipersetujui , maka anwar yang sudah yakin dan pasti mempunyai bilangan ahli parlimen yang mencukupi , akan membuktikan nya , dan risikonya ialah kerajaan umno/bn sudah pasti akan tumbang.
Pak Lah tidak mahu beliau dipersalahkan , kelak sejarah akan mencatatkan kerana kesilapan nya membenarkan parlimen bersidang , yang telah menyebabkan kerajaan umno/bn hilang kuasa.
Jadi , hanya dengan memberikan peluang dan ruang kepada anwar pada 13hb oktober , iaitu tarikh bermulanya persidangan parlimen selepas bercuti sebulan bulan ramadhan , dan sekiranya benar dakwaan anwar , maka sudah jelas Putrajaya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Ianya berlaku bukan kerana kesalahan dan kesilapan pak lah , tetapi mengikut peraturan dan prosidur yang dibenarkan
Walaubagaimanapun , ini bertentangan dengan hasrat mahathir , kerana dia mengharapkan dengan tidak menahan anwar di Kamunting , pak lah akan ditekan berterusan , makan dengan itu diharapkan ia akan menyerahkan jawatan kepada najib. Itulah perkiraan mahathir.
Bagaimana nasib pak lah dan KJ serta yang lain – lain ?
- ulitmayang
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
3 days ago
0 comments:
Post a Comment