Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Tuesday, September 23, 2008

Berdosa beli barangan seludup - Nik Aziz



KOTA BHARU 22 Sept. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan umat Islam di negeri ini agar jangan terlalu ghairah membeli barangan seludup sebagai persiapan menyambut Aidilfitri kerana ia juga suatu dosa.

Beliau berkata, orang yang membeli barangan seludup dikira bersuhabat dan seolah-olah menyokong kegiatan perniagaan yang mencari keuntungan dengan cara salah di sisi undang-undang.

"Orang yang menyeludup dan terima barang seludup ingin mendapat keuntungan dan keselesaan secara haram. Nak buat apa terima duit sehingga perut kenyang tetapi kemudian masuk neraka," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kuih raya kepada pasukan keselamatan di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, barangan seludup mungkin menarik perhatian orang ramai kerana ia lebih murah.

Bagaimanapun penjualannya jelas beliau, ditegah di negara ini kerana ia berbahaya, mengancam kesihatan dan ekonomi.

Mengenai sumbangan kuih raya oleh kerajaan negeri, beliau berkata, ia sebagai menghargai pengorbanan mereka yang sanggup bertugas ketika umat Islam menyambut Aidilfitri.

Katanya, dalam menjalankan apa sahaja tugas, nilai takwa dalam diri perlu ada sebagai salah satu cara untuk mengekalkan kesejahteraan.

Menurut beliau, dengan ketakwaan, manusia akan menunaikan tanggungjawab dan amanah, tidak mudah terjebak dalam jenayah dan salah laku yang mengancam keselamatan negara.

- Utusan Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats