Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Tuesday, September 23, 2008

Penyokong PM tunggu lampu hijau untuk bertindak


Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Hrkh) - Menggambarkan sama ada Umno akan berpadu atau berpecah kini terletak kepada keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, laman web berita Malaysian Insider (MI) melaporkan, para penyokong Abdullah hanya menanti lampu hijau darinya sahaja untuk menggerakkan kempen tanpa batasan di peringkat Umno bahagian-bahagian.

Kempen yang mempunyai masa hanya beberapa minggu sahaja itu bertujuan memastikan Abdullah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno.

Abdullah pula dilaporkan telah pun membatalkan hasrat untuk berundur seperti yang diucapkannya selepas dibelasah oleh rakan-rakannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) Khamis lalu.

Biar apa pun yang akan terjadi, laporan-laporan menyatakan Perdana Menteri akan tetap mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti Disember ini.
Keputusan itu dilaporkan telah dibuat setelah diyakinkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin dan para penyokong yang bergantung nasib kepada jawatan Perdana Menteri yang setakat ini masih lagi berada dalam cengkaman Abdullah.

Mereka dilaporkan telah berkejar ke Sri Perdana selepas mesyuarat MT Khamis lalu demi mententeramkan Abdullah yang dilanyak rakan-rakannya sendiri serta meyakinkan Presiden Umno yang dikatakan hampir menangis dalam mesyuarat MT itu bahawa beliau boleh mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya.

Ada laporan yang menyatakan bahawa penyokong-penyokong Abdullah itu memberi harapan bahawa tidak kurang dari 100 pencalonan akan diperolehi oleh tokoh yang menjadi tempat mereka bergantung hidup itu.

MI menggambarkan penyokong-penyokongnya bagaikan berkampung di kediaman Abdullah sepanjang hujung minggu lalu untuk berbincang dan menyusun strategi menyambung hayat kepimpinan Abdullah yang bukan sahaja tidak dikehendaki rakyat malah ahli-ahli Umno sendiri.
Antara yang hampir berkampung di kediaman Perdana Menteri itu termasuk beberapa Ahli MT, Ketua-Ketua Perhubungan Umno Negeri dan kaki-kaki makan upah yang berkerja untuk kepentingan politik Abdullah.

Antara persetujuan penyokong-penyokong Abdullah itu, yang termasuk Datuk Seri Adnan Mansor, ialah Abdullah mampu mendapatkan sekurang-kurang 58 pencalonan untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno.

Menurut MI lagi, sebaik sahaja mendapat lampu hijau dari Abdullah, para penyokongnya itu akan turun ke bahagian-bahagian dan akan berleluasa dengan kempen tak mengenal batasan dalam masa yang tinggal beberapa minggu sahaja lagi.

Apa sahaja akan dilakukan asalkan Abdullah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya.

Jika Abdullah berkeras untuk mempertahankan jawatannya, timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai akan menyokong hasrat Abdullah itu.

Walaupun beliau boleh mendapat pencalonan yang lebih banyak dari Abdullah untuk menjadi Presiden Umno, tetapi Najib dipercayai tidak sanggup menghadapi kemungkinan kedua-duanya akan cedera parah jika berlaku pertandingan antara mereka.

Apa pun, dengan nafsu menyala-nyala para penyokong Abdullah untuk berleluasa dengan kempen tak mengenal batas dalam masa beberapa minggu ini, rakyat Malaysia dan dunia mungkin akan menyaksikan pesta kincah-mengincah keburukan di antara sesama pemimpin Umno.

- Harakah

AR: Agak2nya.... penyokong Paklah nih yang seperti gambor kat atas nun ke??? yang duk jerit2 Kami Sayang Paklah!!! kehkehkeh... lawak giler siot!!!!

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats