Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Friday, September 12, 2008

16 September : Perundangan Acuan Al-Qur'an dan Al-Sunnah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Tragedi 16 September akan dirasai oleh rakyat Malaysia dalam
 beberapa hari lagi..... Tragedi ini bukanlah satu tragedi ngeri bagi rakyat Malaysia, namun ianya pasti menjadi ngeri kepada UMNO dan Barisan Nasional dan tidak lupa kepada Dolah and Co. serta Che Det and Co.

Namun, disebalik penantian ini, banyak suara-suara sumbang bertanya, mengapa PAS bersama PKR dan tidak UMNO? AR memang pelik bin ajaib dengan suara sumbang 
tersebut, namun hanya AR mampu jawab berdasarkan fakta dan sejarah bahawa UMNO sanggup mengenepikan perundangan AL-Qur'an dan Al-Sunnah untuk menjaga nafsu mereka dan juga demi kepentingan duniawi semata-mata.

Apabila ada juga yang menyatakan kebimbangan
 berkenaan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mampu melaksanakan Perundangan Acuan Al-Qur'an dan Al-Sunnah ini, AR akui bahawa persoalan ini menjadi satu tanda tanya kepada mereka kerana provokasi daripada UMNO, namun AR hanya ingin menyampaikan tentang berita gembira kepada Ummat Islam bahawa kita akan merasai Sistem Perundangan Al-Qur'an dan Al-Sunnah tidak lama selepas PAKATAN RAKYAT mentadbir negara.


MACAM MANA? DAP SETUJU KE?

Berkenaan parti DAP yang kebanyakan daripada rakyat Malaysia bimbang bahawa DAP akan membangkang usaha untuk dilakukan perundangan Al-Qur'an dan Al-Sunnah ini, AR ingin memberi penerangan dan membuka minda kepada masyarakat bahawa, DAP tidak sekali-kali membangkang sekiranya Perundangan Acuan Al-Qur'an dan Al-Sunnah ini hanya untuk Ummat Islam sahaja dan tidak akan dikenakan ke atas non-Muslim.

Namun begitu, usaha ke arah itu tidak diberitakan secara umum kerana UMNO akan membuat provokasi demi provokasi walaupun si alif, min, nun, wau ini pun seorang Islam. Perundangan Acuan Al-Qur'an dan Al-Sunnah akan dilaksanakan tidak lama lagi dan kajian-kajian dalam membawa sistem ini telah dilakukan oleh pihak PAS dan ianya akan dilakukan kajian lanjutan tatkala PAKATAN RAKYAT memerintah Malaysia nanti. InsyaALLAH.

Katakanlah: “Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku.” 
(al-Kaafiruun [109]: 1-6)


AR : Jangan pula ada suara-suara sumbang daripada pencacai-pencacai UMNO yang terang-terangan ISLAM menolak Perundangan Acuan Al-Qur'an dan Al-Sunnah ini kerana kepentingan duniawi.....

Harga minyak mungkin turun

PUTRAJAYA 11 Sept. – Harga minyak kemungkinan boleh diturunkan sebanyak 10 sen hingga 15 sen jika harga minyak global jatuh ke paras AS$99 setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kerajaan mempunyai kemahuan yang tinggi untuk menurunkan harga bahan api itu tetapi ia masih bergantung kepada keputusan Kabinet.

‘‘Harga minyak mentah telah menurun dan stabil di bawah AS$110 setong dan semalam ia berada di antara AS$103 dan AS$104 setong. Saya rasa ia akan kekal rendah walaupun Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) turunkan pengeluaran

‘‘Kita harapkan berita gembira (semasa raya) dan lazimnya kita berkemahuan tinggi untuk maklumkan berita gembira tetapi ia bergantung kepada rakan di Kabinet sama ada penurunan harga minyak diumumkan sebelum raya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasc

-Utusan


AR: Mungkin, mungkin!!!!! AR cuma nak cakap, harga minyak PASTI TURUN SEKIRANYA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH!!!! hahahahaha.

Rampas kapal: ATM sedia bertindak

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya rundingan untuk membebaskan anak kapal MT Bunga Melati 2 dan MT Bunga Melati 5, milik MISC, yang dirampas lanun di Teluk Aden tidak mencapai kata sepakat.

Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, ATM hanya akan bertindak sekiranya diberi arahan atau atas permintaan MISC.

“Kapal-kapal TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) yang dihantar adalah untuk melindungi dua buah kapal yang dirampas lanun dan tiga buah kapal MISC yang sedang berlayar. ATM tidak akan campur tangan dalam rundingan yang sedang dilakukan oleh MISC dengan pihak lanun.

“ATM menghantar kapal-kapal milik TLDM atas permintaan daripada Majlis Keselamatan Negara dan kapal-kapal kita tidak boleh mengambil sebarang tindakan ke atas pihak perampas,” katanya kepada pemberita semasa wawancara sempena ulang tahun ke-75 ATM di sini hari ini.

Beliau berkata kapal-kapal TLDM iaitu KD Lekiu, KD Inderapura dan KD Mahawangsa, yang dihantar ke perairan terbabit, mempunyai bilangan anggota dan aset yang mencukupi untuk bertindak, sekiranya diberi arahan.

Utusan



AR: Dah berapa lama daaaa........ awat lambat sangat nih???? nih, mesti kes bijan mintak korang bersedia untuk kawal Malaysia daripada bertukar....... Apa-apa pun, Welcome our soldier to a new hope and new goverment. 916 Coutdown!!!!

Salam Ramadhan - 12 Hari dahhhh.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, sudah 12 hari ummat Islam berpuasa Ramadhan..... Namun begitu, dalam usaha pembersihan diri dan juga reformasi terhadap diri sendiri, AR menasihatkan diri AR sendiri dan juga anda semua memperbanyakkan amalan ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini.  Di sini, AR ingin berkongsi cara untuk membuat kebajikan di bulan Ramadhan ini:-

1) Korang beli satu kotak besar kurma, dalam lebih kurang RM100 sahaja, korang dermakan di Masjid-masjid dan surau-surau yang ada membuat Majlis berbuka puasa di setiap hari
 bulan Ramadhan, InsyaALLAH dapat pahala percuma......

2) Bacalah ayat Al-Qur'an dan cuba fahami dengan bacaan Tafsir-tafsir. Tak apa kalau tak khatam dalam bulan Ramadhan ini, amalkan setiap hari walau satu ayat.

3) Jimatkan wang dan makan sekadar ala kadar, jangan ikut sangat nafsu semasa di bazar-bazar Ramadhan.  Masak di rumah lebih baik dan dijamin bersih dan halal.......


Akhir kata, AR ucapkan Salam Ramadhan dan jangan lupa puasa penuh.... hehehehe.... jangan ponteng, ponteng!!!!

Perubahan Tak Selesai Masalah - Khairy

Oleh SUFFIAN ABU BAKAR

SEGAMAT 11 Sept. - Saranan supaya perubahan dilakukan di peringkat pucuk pimpinan UMNO tidak akan menyelesaikan segala masalah yang berlaku dalam parti itu, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, beliau menegaskan, perubahan pucuk pimpinan parti memerlukan pendekatan menyeluruh termasuk mengkaji bagaimana kaedah memenangi semula hati rakyat dan keseluruhan ahli parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, pihak yang mencadangkan dilakukan perubahan dalam pucuk pimpinan UMNO perlu mengemukakan perancangan yang jelas bagi memastikan parti itu terus mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat.

"Kalau hendak bercakap tentang perubahan (pucuk pimpinan), janganlah dengan retorik kosong semata-mata. Sebaliknya, ia mestilah perubahan yang ada perancangan termasuk pendekatan yang ingin diambil dari segi struktur dan akar umbi.

"Janganlah kita hanya meminta perubahan kepimpinan kerana jika kepimpinan diubah sekalipun, ia tidak akan menyelesaikan segala masalah kita," katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang, di sini malam tadi.

Majlis yang diadakan di kediaman Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sekijang, Ayob Rahmat itu turut dihadiri Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Razali Ibrahim dan ketua-ketua Pemuda bahagian seluruh Johor.

Sebelum majlis itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menyampaikan bantuan Nur Ramadan kepada 162 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya di Balai Raya Kampung Melayu Raya, di sini.

Khairy berkata, kenyataannya itu tidak merujuk kepada mana-mana kes atau individu, sebaliknya ia adalah pandangan umum.

Katanya, apa yang penting adalah semua ahli UMNO perlu menerima hakikat bahawa BN menjadi kuat hasil daripada sokongan yang diberikan oleh rakyat pelbagai kaum dalam parti komponen BN.

Untuk itu, kata beliau, perjuangan yang dibawa oleh UMNO juga perlu diterima oleh semua pihak tanpa mengira kaum.

"Dalam konteks keutuhan BN, kita perlu menjaga semua parti komponen yang berada dalam parti ini supaya UMNO bukan sahaja boleh diterima di kalangan orang Melayu malah kaum- kaum lain," ujarnya.



AR: Dah bukak dah mulut tuh...... budak KJ nih kononnya nak jadi Perdana Menteri sebelum umur 40 Tahun, sudahlah...... kami tak mahu...... gunakanlah duit ko yang berjuta-juta tuh dan binalah istana kat Pulau Batu Putih nun...... syoh....syoh!!!!

Tiada Tapisan Ke Atas Internet - Dolah

PUTRAJAYA 11 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, kerajaan akan tetap dengan dasar tidak mengenakan sekatan dan penapisan ke atas kandungan Internet.

1) Perdana Menteri berkata, kerajaan hanya akan mengambil tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan Internet atau perbuatan yang menyalahi undang-undang negara.

''Kita tidak akan sekat Intenet tetapi sekiranya ada yang salah guna dan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang, kita akan mengambil tindakan," katanya. 


2) Mengenai tindakan menyekat akses laman web Malaysia Today baru-baru ini, Abdullah berkata, kerajaan tidak melakukan perkara itu sebaliknya terdapat sebab lain yang menyebabkan tindakan tersebut.

''Sebabnya adalah di tangan Menteri Dalam Negeri yang mengetahui dan apakah yang menyebabkan tindakan itu dilakukan.

''Anda boleh tanya beliau secara terperinci, segalanya adalah di bawah tanggungjawab menteri berkenaan," katanya.


Disunting daripada SINI.


AR: Begitulah suara Perdana Menteri Malaysia ini, cam bangau oh bangau aje........ penipu kuat.....

Eksperimen LHC Bermula....








Blog Stats