Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, September 11, 2008

PAS Negeri dan Kawasan Di Minta Kemaskini Data Ahli

Assalamualaikum dan Salam sejahtera....

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa menyeru semua pesuruhjaya negeri termasuk pengerusi lajnah tersebut di negeri dan kawasan yang mempunyai Kelab Penyokong PAS agar mengemaskini data kelab tersebut bagi mempercepatkan proses transformasi kelab tersebut menjadi sayap PAS.


"Membangun Bersama Islam"

AR: Cepat-cepatlah kemaskini, sebab dah makin ramai berpusu-pusu nak masuk PAS nih...... tapi, kalau ada golongan yang gila jawatan..... sila masuk United Malay National Organization.... sebab, ramai dah keluar daripada Parti tuh, jadi, kalau nak pangkat, masuk UMNO ajerlah... Hidup Perjuangan Islam... Allahuakbar!!!!!

- Anak Reformasi

Wednesday, September 10, 2008

920 Diganti 916..... Rasional atau tidak???

Assalamualaikum, dalam penantian rakyat Malaysia menanti kerajaan baru Malaysia........ desas-desus begitu kencang di sana sini dan sms bertubi-tubi masuk, berita-berita di media menunjukkan versi yang pelbagai.... namun yang pasti media-media UMNO seperti Utusan, Berita Harian, TV3, RTM dan seangkatan dengannya tanpa malu dan segan menafikan berita PERTUKARAN FEDERAL GOVERNMENT ini.........

Namun, dalam situasi pertukaran kerajaan, pertukaran tarikh pertukaran Kerajaan Persekutuan Malaysia dipinda tarikh dari 16 September kepada 20 September.... di sini, AR ada membuat sedikit catitan berkenaan rasional atau tidak pertukaran tarikh ini.....




RASIONAL

1) Manurut DSAI, "Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah,"..... AR dapat merasakan keutuhan dan kepentingan bersama pimpinan PAKATAN RAKYAT dalam menggantikan Kerajaan Persekutuan perlu di bincangkan secara lebih lagi antara PARTI2 Sepakatan..... Musyawarah tuh penting.....
chop.... sebenarnya sejarah 20 September ini adalah kaitan dengan "Hari bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas alasan mendatangkan kemudaratan kepada negara".

2) Disebabkan kerana perundangan dan juga pemastautinan MP2 Barisan Nasional di Taiwan yang kononnya untuk belajar Pertanian, jadi, masalah teknikal ini memberikan satu lagi point untuk meminda tarikh ini kerana SIDANG PARLIMEN tergempar perlu dilakukan sekiranya terdapat AHLI-AHLI PARLIMEN yang melompat dan ianya perlu dihadiri oleh kesemua AHLI PARLIMEN untuk bersidang dan di bawa USUL INI kepada MAJLIS RAJA-RAJA atau Yang Di Pertuan Agong.

3) Disebabkan kerana PAKATAN RAKYAT mempunyai 3 komponen utama iaitu PAS, PKR, dan DAP, jadi persetujuan dalam setiap parti bagi meneruskan agenda perubahan ini perlu, dan PAS secara terang-terangan menyatakan satu MESYUARAT MAJLIS SYURA TERGEMPAR akan di adakan dalam membincangkan perihal ini, jadi, ianya perlu untuk menjaga kestabilan PAKATAN RAKYAT dan Kerajaan Baru Malaysia.


TIDAK RASIONAL

1) Suara-suara sumbang daripada pencacai-pencacai UMNO dan Barisan Nasional akan terus berkumandang di media-media UMNO menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menipu, dan ada juga suara-suara sumbang daripada AHLI PARLIMEN UMNO yang menyatakan tahun untuk mengubah kerajaan persekutuan tidak disebut, hanya tarikh sahaja disebut......

2) Rakyat sudah bersabar selama 50 tahun dengan kerajaan alif, min, nun, wau ini..... yang kata si sudin... "Sarkis"...... Jadi, rakyat Malaysia ingin mempercepatkan perubahan ini, dan kalau boleh hari ini juga...... rakyat Malaysia sudah tidak tahan dengan rompakan harta Malaysia dilakukan oleh Pemimpin BN di depan mata. Rakyat sudah tidak tahan lagi PENJENAYAH2 di dalam Pemimpin2 BN dilepaskan tanpa MAHKAMAH seperti kes cabul dan lain2. Rakyat sudah tidak tahan lagi dengan AKTA ISA, AUKU yang semata-mata berkepentingan untuk kuasa UMNO semata-mata. Rakyat Malaysia sudah tidak tahan lagi dengan PILIHANRAYA YANG TIDAK ADIL..........

3) Ekonomi Malaysia merundum jatuh, tiket bas sudah meningkat, ramai pekerja daripada rakyat Malaysia sudah dibuang kerja dan menjadi penganggur, rakyat Malaysia mahukan satu kerajaan baru yang lebih prihatin dengan nasib RAKYAT MALAYSIA dan bukannya NASIB MENANTU DAN KRONI-KRONI JUTAWAN MEREKA!!!!


AR: Rasional atau tidak pertukaran tarikh 916 kepada 920..... AR pasti, Kerajaan Malaysia akan bertukar tanpa DARURAT seperti 13 Mei 1969, kerana apa??? Rakyat Malaysia sekarang sudah pandai menilai dan bukannya seperti di tahun 1969, kebanyakan rakyat Malaysia buta huruf dan kurang ilmu dan sewenang-wenangnya diperbodohkan oleh si alif, min, nun, wau ini.......
- Anak Reformasi.

Anwar Main "Police entry" dengan Paklah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, AR rasa nak tergelak dengan situasi politik Malaysia nih...... Anwar dan start main "Police entry" dengan Paklah, begitulah..... Dolah nih pun, buat lari MP2 ke Taiwan nih kononnya nak belajar ILMU PERTANIAN, padahal nak sorok MP2 yang nak lompat.... namun, permainan "Police entry" nih baru saja bermula....



AR nak kongsikan berita terkini yang disajikan oleh MStar Online....


AR: "Cepat-cepatlah tangkap, lepas nih, tak payahlah Anwar dan Paklah main "Police entry" lagi...... busuk, sangat busuk permainan nih, sebab, Paklah sebagai Pencuri dan Anwar sebagai Polis......... Selepas Anwar tangkap MP2 nak lompat nih.... Malaysia akan ada kerajaan baru..... insyaALLAH..... kita main permainan baru pulak.... pencuri-pencuri nih terlalu busuklah......




- Anak Reformasi.

Adik Sharlinie dan Bala.... Di Manakah Mereka???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, AR berasa cukup sedih mengenangkan nasib adik Sharlinie yang hilang pada 9 Januari 2008 di Taman Medan, PJ yang sudah 8 bulan tidak ditemui sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia...... Namun, AR merasa agak kesal dengan kecekapan PDRM yang belum menemui bayangan Sharlinie ini.... namun, AR tidak menyalahkan 100% kepada pihak PDRM, namun usaha mencari adik Sharlinie seolah-oleh lemau dek kerana kekacauan politik yang dihadapai oleh United Malay National Organization......
Namun, di bulan Ramadhan ini, AR berdoa agar diberi kecekalan hidup kepada keluarga adik Sharlinie ini dalam menghadapi suasana Hari Raya dan Ramadhan tanpa kelibat adik Sharlinie ini....




Namun begitu, apa yang AR lagi kesalkan, nasib seorang Penyiasat Persendirian iaitu P. Balasubramaniam yang terpaksa menghilangkan diri kerana kebimbangan yang dihadapi beliau berkenaan keselamatan peribadi dan keluarga beliau...... Adakah Malaysia ini tidak aman sekiranya menyentuh kesalahan atau jenayah PEMIMPIN UMNO???


AR pun ada jugak terpikir tentang nasib Ezam Kotak yang dulunya terpaksa meringkuk dalam penjara kerana melaporkan rasuah yang dilakukan oleh PEMIMPIN UMNO.... namun, berkenaan Ezam Kotak itu, AR tak rasa kesal dan kesian sedikitpun, kerana Ezam Kotak ini sendiri bangga apabila beliau di sumbat ke dalam pintu besi.... Hal ini dapat disaksikan di ceramah-ceramah SUMPAH KERAMAT Ezam Kotak ini dan dalam Rancangan HujahTV9 baru-baru ini pun, Ezam Kotak ini telah sekali lagi bangga dengan pencapaian beliau meringkuk di dalam penjara....... Alahai...... Sesumpah... itulah nasibnya, main-main dengan Sumpah nama Allah, nasibnya, beliau tidak sedar, kebanggan beliau itu ditertawakan orang ramai......


AR: Jangan main-main dengan sumpah, plakss tuh sumpah dengan nama ALLAH...... ALLAH itu Maha Berkuasa, Allah itu Maha Adil, Allah itu Maha Pemurah, Allah itu Maha Penyayang...... Harap, di bulan Raadhan yang mulia nih, AR berharap sangat kepada pemimpin-pemimpin Malaysia yang dah banyak buat salah-silap terutamanya Dolah minta maaf dengan rakyat!!!!


- Anak Reformasi.

Ahmadinejad Diculik???

Assalamualaikum, AR terkejut dengan berita Utusan Online yang baru sahaja di post pada pukul 8:12 tadi, AR ingatkan Ahmadinejad dah diculik.... Alhamdulillah, bukan diculik, cuma ISRAEL meminta Ahmadinejad diculik untuk di bawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)..... kirernya nak buat cam Saddam ajerlah....



AR: Pelik, tapi benar..... Kalau di dunia, Dunia Islam dikecam oleh Negara-negara kejam yang berkuasa seperti Amerika dan Israel, namun, di Malaysia, Islam dikecam oleh saudara seIslam sendiri iaitu UMNO...... apa nak jadilah dengan UMNO nih..... harap2 cepat2lah tukar Kerajaan Baru........ 916 Countdown!!!!


- Anak Reformasi.

LIWAT 2 - Tangguh 24 Sept pulak dah...


AR: Ditangguhkan lagi....... 24 September 2008, apalah FILEM nih...... PENGARAH pun bodohlah.... Syukur, Alhamdulillah, tak jadik apa-apa pada DSAI.


- Anak Reformasi.

Y.B. Fairuz Timbalan Ketua Menteri Buka PUSAT KHIDMAT RAKYAT



Assalamualaikum, tak lama dulu, di Permatang Pauh, DSAI secara terbuka menegur Y.B. Fairuz yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk bertemu penduduk di kawasan beliau iaitu di Dewan Undangan Penanti setelah ditegur oleh beberapa penduduk di Penanti di ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh berjalan rancak.






Semalam, iaitu pada 9 September 20o8, YB Mohd Fairus Khairuddin merasmikan Pusat Khidmat Rakyat PKR di ADUN Penanti bagi memudahkan rakyat menyuarakan masalah penduduk di Penanti. Perasmian itu juga turut dihadiri oleh Ustaz Mutholib yang merupakan guru agama di pusat pengajian An Nahdoh Kubang Semang.





Di samping itu, MAJLIS BERBUKA PUASA diadakan dan pemberian sedikit sumbangan kepada golongan-golongan yang memerlukan.


AR: Inilah baru dinamakan PEMIMPIN RAKYAT, ada teguran, diterima secara postif dan terbuka...... dan ada usaha untuk penamah baikkan atas keluhan rakyat.... Tahniah Y.B. Fairus di atas usaha anda.... hehehehehehe...... terasa gaks nak mengadu kat Penanti nih.... hehehehe, kat Penanti nih ada tempat belajar agama..... hak tuh pun ley gaks mengadu, mengadu kurang ILMU AGAMA..... saper2 yang rasa nak belajar agama tuh.... leylah pi ke Penanti..
P/S: Untuk tidak dilupakan, kredit diberikan http://wrlr.blogspot.com/ dengan gambar dan berita, AR sekadar melaporkan juga..... edit sikit2..... hehehhe.
- Anak Reformasi.

Blog Stats