Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Wednesday, September 10, 2008

920 Diganti 916..... Rasional atau tidak???

Assalamualaikum, dalam penantian rakyat Malaysia menanti kerajaan baru Malaysia........ desas-desus begitu kencang di sana sini dan sms bertubi-tubi masuk, berita-berita di media menunjukkan versi yang pelbagai.... namun yang pasti media-media UMNO seperti Utusan, Berita Harian, TV3, RTM dan seangkatan dengannya tanpa malu dan segan menafikan berita PERTUKARAN FEDERAL GOVERNMENT ini.........

Namun, dalam situasi pertukaran kerajaan, pertukaran tarikh pertukaran Kerajaan Persekutuan Malaysia dipinda tarikh dari 16 September kepada 20 September.... di sini, AR ada membuat sedikit catitan berkenaan rasional atau tidak pertukaran tarikh ini.....




RASIONAL

1) Manurut DSAI, "Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah,"..... AR dapat merasakan keutuhan dan kepentingan bersama pimpinan PAKATAN RAKYAT dalam menggantikan Kerajaan Persekutuan perlu di bincangkan secara lebih lagi antara PARTI2 Sepakatan..... Musyawarah tuh penting.....
chop.... sebenarnya sejarah 20 September ini adalah kaitan dengan "Hari bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas alasan mendatangkan kemudaratan kepada negara".

2) Disebabkan kerana perundangan dan juga pemastautinan MP2 Barisan Nasional di Taiwan yang kononnya untuk belajar Pertanian, jadi, masalah teknikal ini memberikan satu lagi point untuk meminda tarikh ini kerana SIDANG PARLIMEN tergempar perlu dilakukan sekiranya terdapat AHLI-AHLI PARLIMEN yang melompat dan ianya perlu dihadiri oleh kesemua AHLI PARLIMEN untuk bersidang dan di bawa USUL INI kepada MAJLIS RAJA-RAJA atau Yang Di Pertuan Agong.

3) Disebabkan kerana PAKATAN RAKYAT mempunyai 3 komponen utama iaitu PAS, PKR, dan DAP, jadi persetujuan dalam setiap parti bagi meneruskan agenda perubahan ini perlu, dan PAS secara terang-terangan menyatakan satu MESYUARAT MAJLIS SYURA TERGEMPAR akan di adakan dalam membincangkan perihal ini, jadi, ianya perlu untuk menjaga kestabilan PAKATAN RAKYAT dan Kerajaan Baru Malaysia.


TIDAK RASIONAL

1) Suara-suara sumbang daripada pencacai-pencacai UMNO dan Barisan Nasional akan terus berkumandang di media-media UMNO menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menipu, dan ada juga suara-suara sumbang daripada AHLI PARLIMEN UMNO yang menyatakan tahun untuk mengubah kerajaan persekutuan tidak disebut, hanya tarikh sahaja disebut......

2) Rakyat sudah bersabar selama 50 tahun dengan kerajaan alif, min, nun, wau ini..... yang kata si sudin... "Sarkis"...... Jadi, rakyat Malaysia ingin mempercepatkan perubahan ini, dan kalau boleh hari ini juga...... rakyat Malaysia sudah tidak tahan dengan rompakan harta Malaysia dilakukan oleh Pemimpin BN di depan mata. Rakyat sudah tidak tahan lagi PENJENAYAH2 di dalam Pemimpin2 BN dilepaskan tanpa MAHKAMAH seperti kes cabul dan lain2. Rakyat sudah tidak tahan lagi dengan AKTA ISA, AUKU yang semata-mata berkepentingan untuk kuasa UMNO semata-mata. Rakyat Malaysia sudah tidak tahan lagi dengan PILIHANRAYA YANG TIDAK ADIL..........

3) Ekonomi Malaysia merundum jatuh, tiket bas sudah meningkat, ramai pekerja daripada rakyat Malaysia sudah dibuang kerja dan menjadi penganggur, rakyat Malaysia mahukan satu kerajaan baru yang lebih prihatin dengan nasib RAKYAT MALAYSIA dan bukannya NASIB MENANTU DAN KRONI-KRONI JUTAWAN MEREKA!!!!


AR: Rasional atau tidak pertukaran tarikh 916 kepada 920..... AR pasti, Kerajaan Malaysia akan bertukar tanpa DARURAT seperti 13 Mei 1969, kerana apa??? Rakyat Malaysia sekarang sudah pandai menilai dan bukannya seperti di tahun 1969, kebanyakan rakyat Malaysia buta huruf dan kurang ilmu dan sewenang-wenangnya diperbodohkan oleh si alif, min, nun, wau ini.......
- Anak Reformasi.

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats