ANAK REFORMASI
Aku anak Reformasi
Menentang segala korupsi
Menyanggah kolusi
Sehingga aku mati
Bila ahli korporat
Menjadi anjing keparat
Maka, di situlah aku
Membuang segala yang karat
Aku anak Reformasi
Menjunjung keadilan
Menjulang ketelusan
Tapi apa rupa padah
Bila pejuang berpaling tadah
Bila semuanya adil
Tetapi, ada yang lebih adil
Kemana kan ku bawa diri
Bila kroni silih berganti
Sedang nasib rakyat tidak berubah
Apabila diktator menukar jubah
Tentunya ku teruskan
Membuka jalan untuk keadilan
Untuk perjuangan yang takkan basi
Kerana aku Anak Reformasi
Nukilan: Anak
Seorang Guru Maut Selepas Kenderaan Yang Dipandu Rempuh Belakang Treler Di
Kampung Pandan, Kuantan Bypass Tengahari Tadi
-
*KUANTAN*: Seorang guru maut selepas kereta dipandu melanggar belakang
treler di Jalan Kuantan Bypass berhampiran Kampung Pandan di sini, hari ini.
Ketu...
4 days ago
0 comments:
Post a Comment