1) Eksperimen ini akan dilakukan pada ke dalaman 100 meter di bawah tanah dan ianya menggunakan sebuah terowong sepanjang 27 kilometer yang terletak dicsempadan Perancis dan Switzerland.
2) Projek ini dibiayai oleh Pertubuhan Eropah Bagi Penyelidikan Nuklear (CERN), dengan kos yang bernilai USD10 billion (RM34.3 billion).
3) Para saintis telah membina sebuah Kompleks Pemecut Jirim yang paling terbesar di dunia dengan kos USD5 billion yang dikenali dengan nama, Large Hadron Collider (LHC).
4) Eksperimen ini adalah percubaan untuk mengulangi teori Letupan Besar atau "Big Bang" yang menurut sains, proses yang membentuk alam semesta ini.
5) Projek ini adalah bermatlamatkan untuk menerobos kewujudan dimensi lain dan mengesahkan teori Hawking bahawa Lohong Hitam atau Black Hole di angkasa lepas mengeluarkan pancaran radiasi.6) Hawking merupakan pensyarah di Universiti Cambrigde, London DAN dilahirkan pada tahun 1942.
7) Beliau dikatakan ahli fizik terhebat selepas zaman Albert Einstein dan bertanggungjawab mengutarakan teori bahawa Lohong Hitam memancarkan sinaran radiasi atom sehingga kehabisan tenaga sebelum meletup.
8) Walau bagaimanapun,teori Hawking itu mendapat tentangan ahli-ahli fizik masa kini kerana menurut mereka, apabila fenomena Lohong Hitam berlaku semua jirim atau atom yang membentuk bintang itu ranap lalu mengeluarkan tarikan graviti amat kuat sehingga berupaya menyedut semua benda termasuk cahaya.
9) Apa yang menarik mengenai eksperimen bersejarah ini adalah mereka pernah menerima ugutan bunuh dari aktivis aktivis dunia.Mereka bimbang eksperimen ini akan menamatkan riwayat bumi kerana dikatakan tenaga yang terhasil dari pemecahan proton melebihi tenaga nuklear yang mampu meletupkan bumi.
AR: Apa yang menariknya, dari sudut lain, AR merasakan, orang-orang Barat juga ada perancangan lain dalam eksperimen Big Bang terbesar ini....... mungkin mereka ingin mencari Mole People yang telah lama diperkatakan di Barat, dan ianya menjadi tanda tanya dan rahsia untuk mengkaji Makhluk asing bawah tanah ini.......
- Anak Reformasi.
0 comments:
Post a Comment