KOTA BHARU : “Soal maruah sudah tidak timbul lagi di negara kita, Malaysia sudah tidak ada maruah,” kata Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan baru pada 16 September adalah suatu perbuatan yang tidak bermaruah kerana Ahli Parlimen Barisan Nasional akan lompat ke pakatan tersebut.
"Waktu BN kempen memburuk-burukkan Datuk Seri Anwar dengan isu liwat menunjukkan mereka sendiri tidak ada maruah. Hari-hari televisyen, radio, suratkhabar melaporkan, mana mereka ada maruah,
“Maruah Malaysia akan musnah kalau biar UMNO jaga (tadbir), Malaysia dah tak ada maruah. Ini sangat bahaya,” kata Nik Aziz pada satu sidang media di pejabatnya, pagi tadi.
Jelas beliau, sekiranya negara ini terus di perintah oleh UMNO maruah manusia akan tercalar disebabkan perbuatan pemimpin-pemimpinnya yang sememangnya tidak bermaruah.
Namun, katanya, adalah tidak salah jika ada Ahli Parlimen (BN) yang akan melompat parti dan ia bukanlah suatu tindakan yang tidak bermoral.
“Saya tak soal dari segi teknikal. Masalah 16 September ke, 17 September ke yang penting orang (ahli parlimen BN) tu nak pergi ke Taiwan berapa bulan pun, lepas ini mereka pulang dan berdepan dengan 13 haribulan pula,
“Duit pun habis, nampak sangat pengecut. Tak boleh menyerah tetapi panik sehingga larikan diri, takkan nak lari sampai hilang taraf kerakyatan?,” tegas Tuan Guru.
Sebaliknya beliau berpendapat, isu lompat melompat parti sudah lama di ajar oleh UMNO sendiri dan jika ia berlaku sekarang bukan suatu perkara yang pelik.
“UMNO beli rakyat Kelantan masa Ibrahim Fikri, lompat ke UMNO. Zaman Dato’ Asri pun rakyat di ajar lompat parti, mana ada maruah. UMNO yang ajar rakyat tidak bermaruah. Lompat-melompat ni memang tidak bermaruah. UMNO yang ajar manusia melompat,” jelasnya lagi.
- Kerabu Bersuara
Isu Zafrul: SELAMI MAKRIFATNYA
-
*PANDANGAN ISNIN*
*Zafrul jangan jadi masalah kepadakerajaan Perpaduan.*ISU yang berlegar
disekitar Menteri MITI, *Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz *sepert...
16 hours ago
0 comments:
Post a Comment