Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Tuesday, February 17, 2009

CONFIRM!!!! : Elizabeth, ADUN Bukit Lanjan Letak Jawatan - ref Malaysiakini

HUHH...DAH JADIK 3 BUKIT NIE...

Elizabeth Wong letak jawatan Exco, Adun


KUALA LUMPUR: Elizabeth Wong Keat Ping yang dikaitkan dengan penyebaran gambar bogelnya di internet, mengumumkan meletakkan jawatan Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar pagi ini di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini.

KING OF THE HILLS..KITA TENGOK SAPA YANG KENAAAAA..WKAHAKHAKAHA


SUMBER : Web Panas

Adakah Raja Petra Dihantar ke Kamunting??? - ref Malaysiakini

Bersumberkan daripada penulis tersohor, Tukar Tiub memberitakan.....

Pada ketika ini Raja Petra Kamaruddin (PRK ) sedang menunggu keputusan Mahkamah Perseketuan sama ada pembebasan Raja Petra dari tahanan ISA akan di terus atau RPK akan di hantar semula ke Kamunting.

Ketika ini 3 orang hakim sedang mendengar hujjah dari peguma bela Raja Petra.

Mahkamah Perseketuan terletak di Putrajaya.

ARef : Berdoalan agar Keadilan tertegak di Malaysia, dan yang bersalah harus dihukum dan BEBASKANlah RAJA PETRA........ Dan jangan lupa berdoa AGAR ALLAH memberi keizinan agar NAJIB DAN ROSMAH di siasat dalam PEMBUNUHAN ALTANTUYA!!!!! Dan sekiranya Najib dan Rosmah bersalah, Semoga ALLAH memberi undang-undang yang adil lagi semasa di dunia.

MALAYSIA DALAM BAHAYA - ref Malaysiakini

Semenjak 2 menjak nih, selepas tragedi 8 Mac lepas yang menyebabkan UMNO dan sekutunya kalah teruk dalam Pilihanraya Umum Malaysia ke-12, strategi jahat UMNO semakin menjadi-jadi.

Sekiranya diimbas kembali peristiwa demi peristiwa, rakyat Malaysia seharusnya membuka mata dan menyedarkan seluruh rakyat Malaysia yang masih mengantuk atau terlena dek kerana habuan duniawi UMNO.

Peristiwa LIWAT 2 yang direka cipta oleh UMNO dengan tetiba dipersetujui oleh EZAM yang kini menyertai UMNO dan yang dahulunya kononnya bermati-matian memperjuangkan REFORMASI kerana perbuatan UMNO yang terang-terangan TIPU!!!!

Setelah itu, peristiwa penangkapan EXCO NEGERI PERAK terhadap KES RASUAH yang akhirnya menyebabkan 3 EXCO daripada Pakatan Rakyat keluar dan menyokong agenda UMNO dan menyebabkan Kerajaan Perak beralih kuasa kepada UMNO.

Dan kini, EXCO NEGERI SELANGOR, Elizabeth Wong yang sedang digoyahkan UMNO dengan penyebaran gambar separuh bogelnya menyebabkan kemungkinan besar beliau akan meletak jawatan sebagai EXCO dan juga ADUN Bukit Lenjan.

Apa yang dapat disimpulkan, UMNO akan mengHALALKAN sahaja perbuatan Orang-orang UMNO meskipun Orang UMNO membunuh manusia, melakukan RASUAH, MEROGOL ANAK GADIS orang, MENCABUL kehormatan GADIS ( terutama di Havana Club), dan segala maksiat yang dilakukan oleh orang-orang UMNO kerana yang penting bagi mereka ialah, anda menjadi AHLI UMNO atau MENYOKONG UMNO, anda akan selamat di dunia MALAYSIA ini!!!!!

Apa yang pasti, kita semua dalam PAKATAN RAKYAT jangan gentar dan khuatir dengan tindak tanduk UMNO yang jahat ini, apa yang paling penting, kuatkan IMAN kita, persiapkan diri kita dengan IMAN dan AMAL YANG SOLEH demi perjuangan yang BENAR, kita jangan gentar dengan beberapa pejuang kita yang telah tewas dan melarikan diri daripada peperangan dan ada juga menjadi BARUA kepada MUSUH iaitu UMNO, apa yang paling penting, PERJUANGAN WAJIB DITERUSKAN dan KITA BERTAWAQQAL PADA ALLAH dengan setiap ketentuanNYA.

Friday, February 06, 2009

Kenyataan Media Terkini Presiden PAS

 Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara.

Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan. PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan. Pembubaran DUN akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihanraya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepadaseluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.

Presiden PAS
Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang



Surat Nizar pada Sultan, sebab tidak letak jawatan MB

Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengutus surat kepada Sultan Azlan Shah menjelaskan sebab-sebab mengapa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai menteri besar Perak.

Surat tersebut adalah reaksi kepada titah baginda yang tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Manakala Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Mohamad Nizar dan semua anggota exconya mengosongkan pejabat mereka dengan segera.

Berikut adalah kandungan penuh surat Mohammad Nizar kepada baginda Sultan:

5 Februari 2009

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum
Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,

MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan

Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,

Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat.

YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan



Thursday, February 05, 2009

Peruntusan Muryidur Am PAS - Raja dan Demokrasi

Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz

 1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.

2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”

3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Bertarikh : 9 Safar 1430
5 Februari 2009.

Sidang Media di Kediaman MB PERAK

pakatan-pc-feb5

DS Nizar:

- Beliau diperintah mengadap Sultan tengahari tadi dan dimaklumkan oleh Sultan untuk meletak jawatan. Nizar bagaimanapun meminta Sultan untuk memahami peruntukan perlembagaan supaya membubarkan dewan kerana kerusi Dewan undang negeri sekarang ialah BN 28, PR 28 dan bebas 3. Tiada pihak yang mempunyai majoriti.

- majoriti yang diperkatakan oleh Umno tidak tepat kerana 3 ADUN yang terlibat sedang menghadapi proses mahkamah. Sekiranya mahkamah melucutkan jawatan mereka, maka DUN Perak akan ‘tergantung’. Maka dengan itu, beliau memohon supaya DUN Perak dibubarkan.
- selepas menimbangkan semua peruntukan perlembagaan, maka dS Nizar memaklumkan bahawa beliau tidak akan meletak jawatan, sehinggalah proses perundangan diselesaaikan.

- DS nizar juga memohon supaya hak rakyat dikembalikan.

DS Anwar Ibrahim:

- Meminta supaya perlembagaan dipatuhi dan Satu delegasi Pakatan rakyat akan memohon untuk menemui Sultan.

- cara najib merampas kuasa membahayakan amalan demokrasi dimana polis digunakan untuk mengepung SUK.

- Meminta rakyat bertenang dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

DS Hj.Hadi.

- Pas menyokong apa-apa tindakan Pakatan Rakyat untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat.

- Pas berpendapat, Nizar masih lagi Menteri Besar sehinggalah segala proses undang-undang terlaksana.

- Apa yang berlaku hari ini amat mengecewakan, terutamanya apabila pencabulan undang-undang telah dihalalkan. Sekiranya pencabulan ini dibenarkan, ia mencipta satu perkara yang boleh membahayakan negara.

YB. Lim kit Siang.

- Apa yang berlaku hari ini menunjukkan sikap yang akan ditunjukkan oleh Najib apabila menjadi Perdana Menteri kelak.

- Kecewa kerana polis telah digunakan dan MB dan EXCO dilarang memasuki SUK, walaupun beliau masih lagi belum menerima surat samada dipecat, disingkir ataupun sudah tidak diperlukan lagi.

- Apa yang berlaku hari ini, dimana Setiausaha Kerajaan Negeri mengambil alih kuasa amat memalukan.

- Najib perlu membuat satu pilihanraya Dewan undangan negeri, bagi memastikan hak rakyat dikembalikan.

TERKINI - Berita dari Perak

Terkini...

Menteri Besar Perak kelihatan Ceria dan sempat mengatakan satu sidang Media bersama dengan Dato Seri Anwar akan diadakan di Kediaman Rasmi beliau.

Pelbagai Rumusan telah tersebar apapun sya mohon semua bersabar.....

Note : Majlis malam ini yang sepatutnya diadakan di Kediaman Menteri Besar telah berpindah ke Stadium Indera Mulia...Program akan bermula seawal jam 8.00 malam....

- Perisik Rakyat

TANGISAN SEORANG SIRUL


SHAH ALAM: Koperal Sirul Azhar Umar, tertuduh kedua dalam kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dalam nada sebak sambil menangis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, dia adalah 'kambing hitam' dalam kes itu.

Sirul mendakwa dia dijadikan 'kambing hitam' yang harus dikorbankan untuk menutup rancangan 'mereka' yang tidak berada dalam mahkamah.

Tanpa menjelaskan siapa 'mereka', Sirul berkata dia harus dikorbankan untuk melindungi rancangan dan niat jahat 'mereka' untuk menghadapi natijah daripada perlakuan dan perancangan mereka.




Ini lah sebenarnya Perak, emas dan dolar , inilah sebenranya kenapa Perak, emas. ringgit, dolar telah berjaya menghuru harakan kita. Perak telah mengalihkan pandangan orang ramai terhadap tangisan seorang insan.

Susuk ini bukan Datuk, Bukan Tan Seri dan bukan belajar di Imperial College. Dia anak kampong yang hanya sanggup menjadi polis. Dia tidak berpangat. Dia tidak berijazah. Susuk ini hanya seorang Koperal.

Lihatlah bagaimana Perak dan emas telah mematikan sikap kemanusiaan kita semua. Mata dan hati kita berkalih kepada kuasa. Mata dan hati kita tertambat untuk melihat perebutan kuasa. Mata dan hati kita berkobar-kobar melihat kuasa. Berahi kita naik keras melihat kuasa. Nafsu kita senang terpancut melihat mereka yang memiliki kuasa.

Seharusnya mata dan hati kita bukan untuk kuasa tetapi untuk kebenaran dan keadilan.

Mata dan hati manusia ialah untuk kebenaran dan keadilan.

Lihatlah betapa jauhnya terpelencong nilai kita sebagai manusia. Kita tidak lagi dapat menilai apa yang benar dengan apa yang salah. Kita tidak dapat lagi membezakan keadilan dengan kebatilan. Semuanya telah bercampur aduk. Kita tenggelam dalam kuasa. Kita tenggelam dalam ribut kuasa yang akan menjanjikan harta dan kekayaan.

Berhenti sebentar: Sila tanya diri - Siapakah dia si Sirul ini. Kenapa tangisan susuk ini tidak menusuk kalbu aku. Kenapa? Kenapa aku tidak ingin tahu lebih dalam lagi tentang susuk ini. Dimana rumahnya? Asalnya orang mana? Isterinya di mana? Anaknya bersekolah lagi atau tidak?

Jika soalan ini tidak pernah terlintas di dalam hati, maka – tanyalah diri. Kenapa aku bagini? Di mana perginya nilai aku?

Sebenarnya kita semua memiliki nilai-nilai kemanusiaan. Tidak ada sesiapa yang memiliki lebih dan tidak ada sesiapa yang memilikinya kurang. Hanya keadaan telah memaksa kita untuk menumpulkan mata hati kita. Hanya keadaan yang telah memadamkan naluri asal kita sebagai manusia.

Kembalilah menilai diri. Tajamilah nilai kemanusiaan kita. Pada saat kita semua sedang di duga. Kita diduga samaada untuk memilih kuasa atau memilih kebenaran dan keadilan.

Kuasa akan menjanjikan Perak dan emas. Perak dan emas akan menjanjikan lebih banyak lagi kuasa dan harta kekayaan.

Keadilan dan kebenaran tidak akan dapat membelikan sebatang keretek. Tetapi kebenaran dan keadilan akan hidup untuk selama-lamanya. Yang Adil dan Yang Benar akan terus wujud walaupun ditenggelami oleh Perak dan emas.(TT)


- Tukar Tiub

Eksklusif: Info Terkini Dari Perak Darul Ridzuan


IPOH [12.45 pm] - Barisan Nasional (BN) kini menunggu keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung peluang bagi perikatan itu untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga diminta mengadap Sultan Perak selepas baginda menerima kunjungan Najib. Nizar tiba di Istana Kinta pukul 12.45 tengah hari tadi. Perkembangan ini berlaku sehari selepas empat ADUN menyatakan sokongan kepada BN. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, Sultan Perak akan memberikan keputusan tersebut bila-bila masa dari sekarang selepas kesemua 31 ADUN termasuk tiga wakil Bebas menghadap Sultan Perak pagi tadi. Najib mengumumkan demikian pada sidang media di Bangunan Umno di Ipoh sebentar tadi. Sidang media 10 minit itu diadakan susulan dua kunjungan Najib ke Istana Kinta untuk mengadap Sultan Perak. Najib tiba di Istana Kinta pada pukul 9.55 pagi dan kali kedua pukul 10.55 pagi.


- Pahang Daily Online

Apakah Yang Di Bualkan di Istana Perak - Malaysiakini



Memang suspen juga adegan drama politik negeri Perak yang masih masuk babak klimaks.

Apakah agaknya yang dibualkan oleh Sultan Perak dengan Najib. Dengan isu yang amat serius, yakni rompakan siang hari oleh penyamun tarbus United Malays National Organisation, untuk menculik pemerintahan negeri melalui pintu belakang yang tidak demokratik ini, mungkin ada perbualan santai.

Dengan kes pembunuhan Altantuya juga sudah masuk klimaks, maka strategi Najib ini berjaya menenggelamkan kata-kata Sirul bahawa dia sekadar kambing hitam pada seseorang yang berada di luar mahkamah.

Sultan Perak adalah mantan ketua hakim negara dan seorang yang dihormati dengan ketegasan. Mungkinkah Sultan bertanya mengenai lompat-melompat. "Tiada bayaran apa-apa kah?"
Ketiga-tiga ADUN dari PR yang pernah berikrar depan Sultan juga mungkin berpeluh-peluh mahu kelihatan tiada siapa yang dirasuah untuk menggulingkan kerajaan negeri.

Semuga DYMM Sultan Perak membuat keputusan tepat, yakni memihak kepada Pakatan Rakyat, bukan penyamun yang menang judi dan mabuk dengan pembohongan serta khianat.

- Fudzail

BERITA TAK RASMI DARI PERAK : PILIHANRAYA KILAT DI SELURUH PERAK


BERITA TAK RASMI DARI PERAK : PILIHANRAYA KILAT DI SELURUH PERAK
DUN PERAK BUBAR DAN SATU PILIHANRAYA DI SELURUH PERAK.
INI BEITA TAK RASMI
KAMI ON THE WAY KE PRESS CONFERENCE MB PERAK

--
Asrol Affandi
BLOGGERS NETWORK MALAYSIA

Najib dua kali mengadap, Sultan belum perkenan - Malaysiakini

Maklumat yang saya baru terima dari pihak yang boleh dipercayai , Najib telah dua kali mengadap DYMM Tuanku Sultan Perak pada pagi ini namun dia masih belum mengumumkan apa-apa keputusan yang dibincang dengan pihak Istana.

Ada kemungkinan besar DUN Perak dibubarkan atau sekurang-kurangnya 4 DUN yang bermasalah di serahkan hak kepada pengundi untuk memilih kembali wakil rakyat nya ?

Mohon semua doakan keselamatan dan kekuatan kepada YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin tabah menghadapi ujian ini

SUMBER : Thinking Of Life




Blog Stats