skip to main |
skip to sidebar
SHAH ALAM: Koperal Sirul Azhar Umar, tertuduh kedua dalam kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dalam nada sebak sambil menangis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, dia adalah 'kambing hitam' dalam kes itu.
Sirul mendakwa dia dijadikan 'kambing hitam' yang harus dikorbankan untuk menutup rancangan 'mereka' yang tidak berada dalam mahkamah.
Tanpa menjelaskan siapa 'mereka', Sirul berkata dia harus dikorbankan untuk melindungi rancangan dan niat jahat 'mereka' untuk menghadapi natijah daripada perlakuan dan perancangan mereka.
Ini lah sebenarnya Perak, emas dan dolar , inilah sebenranya kenapa Perak, emas. ringgit, dolar telah berjaya menghuru harakan kita. Perak telah mengalihkan pandangan orang ramai terhadap tangisan seorang insan.
Susuk ini bukan Datuk, Bukan Tan Seri dan bukan belajar di Imperial College. Dia anak kampong yang hanya sanggup menjadi polis. Dia tidak berpangat. Dia tidak berijazah. Susuk ini hanya seorang Koperal.
Lihatlah bagaimana Perak dan emas telah mematikan sikap kemanusiaan kita semua. Mata dan hati kita berkalih kepada kuasa. Mata dan hati kita tertambat untuk melihat perebutan kuasa. Mata dan hati kita berkobar-kobar melihat kuasa. Berahi kita naik keras melihat kuasa. Nafsu kita senang terpancut melihat mereka yang memiliki kuasa.
Seharusnya mata dan hati kita bukan untuk kuasa tetapi untuk kebenaran dan keadilan.
Mata dan hati manusia ialah untuk kebenaran dan keadilan.
Lihatlah betapa jauhnya terpelencong nilai kita sebagai manusia. Kita tidak lagi dapat menilai apa yang benar dengan apa yang salah. Kita tidak dapat lagi membezakan keadilan dengan kebatilan. Semuanya telah bercampur aduk. Kita tenggelam dalam kuasa. Kita tenggelam dalam ribut kuasa yang akan menjanjikan harta dan kekayaan.
Berhenti sebentar: Sila tanya diri - Siapakah dia si Sirul ini. Kenapa tangisan susuk ini tidak menusuk kalbu aku. Kenapa? Kenapa aku tidak ingin tahu lebih dalam lagi tentang susuk ini. Dimana rumahnya? Asalnya orang mana? Isterinya di mana? Anaknya bersekolah lagi atau tidak?
Jika soalan ini tidak pernah terlintas di dalam hati, maka – tanyalah diri. Kenapa aku bagini? Di mana perginya nilai aku?
Sebenarnya kita semua memiliki nilai-nilai kemanusiaan. Tidak ada sesiapa yang memiliki lebih dan tidak ada sesiapa yang memilikinya kurang. Hanya keadaan telah memaksa kita untuk menumpulkan mata hati kita. Hanya keadaan yang telah memadamkan naluri asal kita sebagai manusia.
Kembalilah menilai diri. Tajamilah nilai kemanusiaan kita. Pada saat kita semua sedang di duga. Kita diduga samaada untuk memilih kuasa atau memilih kebenaran dan keadilan.
Kuasa akan menjanjikan Perak dan emas. Perak dan emas akan menjanjikan lebih banyak lagi kuasa dan harta kekayaan.
Keadilan dan kebenaran tidak akan dapat membelikan sebatang keretek. Tetapi kebenaran dan keadilan akan hidup untuk selama-lamanya. Yang Adil dan Yang Benar akan terus wujud walaupun ditenggelami oleh Perak dan emas.(TT)
- Tukar Tiub
1 comments:
Percayalah dengan rampasan kuasa yang tidak
bertamadun ini, saya percaya Tuhan akan melaknati
hidup mereka yang melakukannya dan semoga bala
serta api neraka menjilat seluruh tubuh dan
jasad mereka.Semoga Datuk Seri dan keluarga serta
ahli Exco kerajaan negeri mendapat keberkatan dan
perlindungan Allah S.w.A. Amin.
Post a Comment