Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara.
Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan. PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.
PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan. Pembubaran DUN akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihanraya yang menyeluruh di negeri Perak.
Saya juga ingin meminta kepadaseluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.
Presiden PAS
Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
2 days ago
1 comments:
assalamualaikum..
70000 atau 100000 yang datang di perhimpunan MB yang menentang sultan tu ialah melayu bodoh yang datang dari luar perak yang tidak tau tentang perak..ni orang perak tulin nak bagitau...
sebelum pilihanraya PRU12, PR menang di perak..kami semua xde masalah sebab kami andaikan melayu memerintah, MB nizar..tapi bila kami tengok bilangan exco majoriti cina, melayu hanya 3 ( Pas 2, pkr 1 ) kami melayu perak tidak suka bumi melayu tergadai..ni ke dikatakan adil??? kenapa tidak letak bilangan exco sama banyak??? yang menyokong semua kena bodoh oleh MB nizar dan DAP..itu yang membuat kami melayu perak tulin mula meragui kerajaan perak dahulu ( MB nizar )..guna akal le..jangan cakap diri melayu kalo bangsa melayu sendiri tak dapat dipertahankan. kuasa melayu tidak dipertahankan..yang dilaungkan sekarang,. pemimpin islam ( MB Nizar )..tapi apa guna??andai berlaku undian...majoriti le menang..so alhamdulillah skrg BN memerintah yang kalo korang tgk dalam tu majoriti melayu, 1 dap...kenapa selama ni..masa DAP menguasai exco..PAS dan PKR tidak membantah dan melaungkan ALLAHUAKBAR sambil berarak??...tu namanya bodoh n buta tuli dalam menyokong. Menyokong MB nizar umpama menyokong cina. MB nizar bukan taknak turun tapi...keliling dia geng DAP yang tak benarkan dia berbuat demikian demi...secara logik??...mesti ada yang disembunyikan..hanya MB nizar dan DAP je yang tau.....ORANG MELAYU BESUT, KELANTAN, KEDAH, PENANG YANG IKUT BERARAK TU..BUKA MATA...JANGAN JADI MACAM LEMBU...IKUT JE..GUNA AKAL YANG ALLAH SWT BERIKAN PADA KITA TENGOK...
Post a Comment