Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, November 06, 2008

SURAT TERBUKA KEPADA PELAJAR-PELAJAR UNISEL - Malaysiakini


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya merupakan rakyat Malaysia amat rasa terkilan denan perlantikan "Rosmah Mansor" sebagai Canselor di Universiti Industri Selangor (UNISEL).

Walaupun UNISEL tidak diiktiraf sebagai "Universiti APEX", "Research University" atau tidak tersenarai antara 200 Universiti terbaik di dunia, namun, UNISEL tetap Pusat Menara Gading yang diiktiraf kerajaan Malaysia dengan nama "UNIVERSITI".

Saya bukannya ingin mendiskriminasikan antara individu yang berpolitikkan kepada Barisan Nasional ataupun daripada Pakatan Rakyat, namun, sebagai sebuah Universiti, eloklah kiranya, UNISEL lebih diiktiraf dengan Canselor yang lebih tingi daripada segi ilmunya, akhlaknya bahkan dari segi KETOKOHANnya.

Sekiranya pelajar-pelajar UiTM seluruh Malaysia boleh membantah berkenaan cadangan MB Selangor, Khalid Ibrahim berkenaan 30% kuota di UiTM diberikan kepada pelajar non-Bumiputra, saya rasa amat munasabah sekali sekiranya, pelajar-pelajar UNISEL bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL membuat bantahan tersebut di pejabat Menteri Besar Selangor dan juga Pentadbiran UNISEL.

Akhir kata, berfikirlah sebagai MAHASISWA yang berada di menara gading yang bernama UNIVERSITI.

Sekian, terima kasih.

- Anak Reformasi.

1 comments:

Anonymous said...

betol la....sy skong 100000% dgna pe y dckap kn tu...even sy bwu sem 2 kt unisel,tp dr segi pengurusan dier ni memg terok..pling terok pasl pembayaran yuran pengajian...bukan sume student y msuk sni org y kaye,y ble sediakn duit y ckup n sharp tuk byer yuran on time...pkir la same...ptot x pyah la buat sem pendek ni...nyushkn je...duit y ptptn tu memg ckup2 mkan jer...dh 2 kalo byar dr tempoh dei,kena denda rm100..100 tuuuu..dgan duit tu student ble wt duit blnje slame smgu or mybe lbih...knape ngurusan dier teruk smpai mcm tu skali...mcm ni ke nk tlong org melayu...ckap unisel half2...kerajaan sel pun x ble ke nk amik pe2 tindakn...?jgan esok unisel kena BAKAR bwu nk tekial-kial...fikir2kn la...

Post a Comment

Blog Stats