
Kumpulan itu menaikkan kain rentang "Rosmah Out" dan "Unisel gedung ilmu, bukan gedung beli-belah. Rosmah boleh blah" sewaktu menyerahkan surat itu kepada setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di bangunan SUK, Shah Alam jam 3 petang.
Dalam surat bantahan itu, mereka mendakwa Rosmah Mansor "tidak memiliki keunggulan keilmuan yang sewajibnya ada pada gedung ilmu."
Selain Khairul Anuar, yang juga ketua AMK Selangor, dan Lau, surat itu ditandatangani oleh ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mukhyi.
Universiti milik penuh kerajaan negeri itu melantik isteri Najib sebagai canselor pertamanya pada Ogos 2006.
Unisel, yang ditubuhkan pada 1999, diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) yang dipengerusikan oleh menteri besar.

Khairul Anuar pula berkata Pakatan Rakyat mempunyai tokoh-tokoh intelektual yang mampu mengetuai Unisel seperti timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy.
Mohd Sany menyifatkan pelantikan Rosmah oleh menteri besar waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo "satu kesilapan" kerana ia didasarkan pada penilaian bahawa Rosmah isteri timbalan perdana menteri.

Menurut Bernama, ia masih mengekalkan keputusan lembaga pengarah Unisel yang melantik isteri Najib sebagai canselor institusi pengajian tinggi berkenaan.
Menteri besar itu menambah, beliau akan mengumumkan jika ada sebarang perubahan mengenai pelantikan itu.
ARef : Apa nih, Khalid? kalau kekalkan, bagitahu sebab-sebanya, sebab kontrak ke? Sebab apa? Aku nak tahu....... Kalau ko sengaja nak bodek Najib, aku hentam gila2..... Lawak tahap cipanlah NEGERI SELANGOR camnih.... Yang lawak lagi, ROSMAH JADI CANSELOR, lawak gile!!!! Kerja Canselor hanya bagi IJAZAH pun... Tapi, ia mencerminkan UNIVERSITI TERSEBUT!!!! Aku Bantah sepenuhnya, Rosmah jadi Canselor UNISEL!!!!
0 comments:
Post a Comment