
Kecoh dan kecoh dan memang kecoh lah Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Bukit Mertajam ini menyatakan warna kulit itu sudah menjadi satu perkara yang tak mustahil lagi.

Sekiranya di jenguk dan diimbas PERLEMBAGAAN MALAYSIA, Perdana Menteri Malaysia akan dipilih atas restu Majlis Raja-Raja Melayu dan Malaysia telah menetapkan hanya Orang Melayu yang boleh memegang jawatan Perdana Menteri.
Selain itu, ingin sekali aku nak bagitahu, mungkinlah, berita nih jadi hangat, tak malam nih dalam TV3 atau besok di dalam Utusan Malaysia atau Berita Harian..... Apa nak bimbang, penerangan yang jelas perlu diberikan, bukannya berbalah sesama sendiri.
Bagi akulah, perjuangan bangsa sama ada Melayu, Cina dan India memang wujud di Malaysia. Kita kena terima hakikat sebenar, cuma Melayu beruntung di Malaysia kerana Melayu adalah bangsa pribumi di Malaysia.
Akan tetapi, Cina lebih untung di negeri CHINA dan India lebih untung di INDIA kerana di INDIA dan CHINA, bangsa Melayu tidak menjadi ahli parlimen di sana.
Akhir kata, Tidaklah perlu bimbang dan usahlah kusutkan kepala, PERLEMBAGAAN MALAYSIA masih menjaga HAK MUTLAK BANGSA MELAYU dan AGAMA ISLAM sebagai AGAMA RASMI.
0 comments:
Post a Comment