Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Wednesday, December 24, 2008

Pemecah Berita : Sah, Datuk Abu Zahar Sertai Pas

Mkini : Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Abu Zahar Hashim - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - menyertai PAS hari ini.

abu zahar hashim umno pasBeliau telah menyerahkan keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini.

Abu Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Abu Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.

Cucu Mat Kilau Bakal menyaman POLIS...

Makin banyak agensi2 kerajaan akan disaman, semalam Teressa Kok yang menyaman Khir Toyo dan Utusan sebanyak 30 Juta dan Mahfuz telah menang dalam samannya terhadap utusan dengan memperoleh RM120,000.


Hari ini, berita terbaru dari Pahang Daily Online (PDO) menyatakan Cucumatkilau yang merupakan seorang blogger akan menyaman POLIS.... saman jangan tak saman, aku gerenti, Cucumatkilau akan menang!!!!!!! berikut adalah berita daripada PDO:-

PDO : KUALA LUMPUR - Hari ini 24 Disember 2008, maka genaplah setahun Blogger Cucumatkilau iaitu salah seorang Exclusive Editor dan Journalist Pahang Daily Online ditangkap di rumahnya dulu. Menurut laporan, setakat ini tidak nampak satu pun kertas siasatan dibuka atas isu tersebut, walhal laporan polis telah dibuat terhadap insiden tangkapan berkenaan. Justeru itu, menurut blogger terbabit beliau berkemungkinan akan menfailkan saman terhadap semua anggota polis yang terlibat menceroboh, menggeledah, menahan, menampar serta memalukan dirinya setahun yang lalu. "Saya amat kecewa dengan perkembangan ini, ternyata laporan polis yang dibuat terhadap isu itu sengaja ditutup oleh mereka. Biarpun perkara ini telah terdedah kepada umum. Saya terpaksa menanggung kerugian akibat memperbaiki segala kerosakan dan menanggung malu akibat kejadian itu" kata Cucumatkilau. Pihak polis dipercayai telah memecahkan pintu rumahnya serta menceroboh tanpa waran yang sah. Beliau juga telah dituduh mengedar dadah dan dibawa ke IPD Kuantan untuk "urine test" walhal beliau tidak pernah terbabit dengan kes berkenaan.

Polis juga dipercayainya telah menahan beliau secara membabi buta dengan menggari serta memeriksa seluruh rumah dan tubuhnya. Susulan daripada kejadian tersebut Cucumatkilau telah membuat satu laporan polis dan menamakan pegawai terbabit dalam kes tersebut. "Inspektor wanita yang mengambil laporan tersebut telah menyatakan bahawa beliau akan melakukan siasatan secara telus dan adil. Namun setelah genap setahun berlalu tiada apa-apa perkembangan yang dilihat setakat ini. Hanya sekali saya dihubungi oleh pihak IPK yang bertanyakan bagaimana saya boleh nampak nombor baju anggota polis yang terlibat, walhal mereka memakai pakaian preman ketika operasi tersebut dijalankan" kata Cucumatkilau lagi. Polis seolah-olah merasa terlalu hairan dengan "magic' yang berlaku, kerana beliau boleh nampak nombor anggota polis terbabit biarpun mereka berpakaian preman. Dalam laporannya juga dipercayai beliau turut menyatakan nombor anggota yang melakukan kekasaran ketika beliau ditahan dulu. Kami difahamkan, Cucumatkilau akan mengenakan tindakan saman terhadap anggota polis terbabit dalam masa terdekat ini. Justeru itu, tunggu laporan seterusnya tentang perkara ini nanti. Untuk mengikuti kisah tangkapan beliau sila klik blog, video dan keratan akhbar berkenaan. Sokongan daripada rakyat Pahang untuk membantu Cucumatkilau dalam mendapatkan kos bagi mendapatkan peguam amatlah dialu-alukan. Sila SMS sokongan dan bantuan anda kepada Cucumatkilau ditalian 018-231 8800.


Keratan akhbar Suara Keadilan berkaitan isu tangkapan Cucumatkilau

Laporan polis dibuat, tapi sudah hampir setahun tiada apa-apa tindakan



[Kami amat bersimpati atas nasib yang berlaku kepada beliau. Bahkan sebenarnya ramai lagi krew-krew Pahang Daily Online yang terpaksa mengharungi berbagai detik dan ranjau berduri. Cucumatkilau juga adalah salah seorang Blogger yang paling lama berada di alam siber. Detik 5 Disember 2008 yang lalu genal 10 tahun beliau menguruskan blog www.cucumatkilau.co.cc. Kini beliau bertugas dengan sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur dan masih menulis hingga ke hari ini. Beliau juga mula menulis artikel secara online kepada PDO dan kami amatlah berharap beliau akan terus berkarya dan menjadi salah seorang editor dan journalist yang berjaya suatu hari nanti. Sokongan padu daripada semua pihak amatlah diharapkan bagi membantu blogger terbabit. Kami juga akan melancarkan kutipan derma tabung Cucumatkilau bagi menampung kos operasi yang berkaitan dengan kes berkenaan dalam masa terdekat ini].

UMNO Terus Jahil Tentang HUDUD - malaysiakini


Setelah berbicara tentang Transformasi Politik Malaysia hari itu antara Datuk Paduka Hussam, Prof Aziz Bari dan Khairy Jamaluddin yang dipengerusikan oleh Dr Agus, UMNO seolah-olah menghentam PAS dengan pelbagai herdikan berkenaan HUKUM HUDUD.

"Mungkin UMNO nih tak pernah Baca Al-Qur'an kut, sebab tuh tak pernah tahu, adanya suruhan Allah terhadap kita Ummat Islam dan juga Ummat Muhammad untuk mengadakan HUKUM HUDUD ini"


Setelah bertalu-talu hentaman diberi kepada PAS, UMNO seolah-olah bercakap dengan nada yang bukan Islam kerana tidak menganggap perlaksanaan HUKUM HUDUD itu juga wajib untuk UMNO laksanakan dan Allah tidak menyebut pun di dalam Al-Qur'an bahawa PAS yang perlu laksanakan..... Namun, sebagai seorang Islam kita berpegang kepada Al-Qur'an dan Al-Sunnah, InsyaALLAH kita tidak akan tersesat buat selama-lamanya selagi kita berpegang kepada 2 tinggalan Nabi Muhammad ini!!!!

Kalau DAP yang menghentam HUDUD, aku tak kisah, sebab depa non-Muslim, memang depa tidak paham dengan hukum HUDUD nih, tapi, bila UMNO yang selama ini mengaku Islam dan terus menghentam PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD ini, ini yang menjadi peliknya!!!!!


Oklah, aku nak share berita UMNO daripada Utusan nih yang terus-terusan langsung tidak menggambarkan bahawa UMNO nih tahu tentang HUDUD, nampak gayanya, UMNO nih kena banyak baca Al-Qur'an, baru dia tahu, Hukum Untuk penzina dan lain2 yang terkandung dalam Al-qur'an!!!!, setiap patah kata utusan, aku jawab.....

Pas politikkan hukum hudud

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Pas dicabar supaya membentangkan rang undang-undang hudud di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang sekiranya benar parti itu komited dalam melaksanakan hukum tersebut.

ARef: Kalau kami bentang, apa UMNO mahu buat??? bentang di Parlimen??? silakan!!!!

Beberapa pemimpin UMNO ketika memberikan pendapat mereka berkata, jika Pas gagal membentangkannya khususnya di negeri Perak yang wakil parti itu menjadi Menteri Besar, ia membuktikan parti berkenaan hanya menggunakan isu agama untuk tujuan politik.

ARef: isu agama untuk politik ke??? atau PAS sedang menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang ISLAM???? Betoi ke UMNO nih..... Pi banyak2 baca Al-Qur'an!!!

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, soal hudud jelas sengaja dibangkitkan kembali atas keperluan Pas untuk berhadapan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kerana pengundinya majoriti orang Melayu.

ARef: Haknih lagi bengong!!!! ingat tak ko bawak duit 2 juta aritu..... takut kena potong tangan ke???? ko main2 dengan ayat Al-Qur'an, nayalah ko, ALLAH BAGI CASH aje!!!!

Bagaimanapun, kata beliau, sekiranya kawasan itu tidak ramai pengundi Melayu, Pas bukan sahaja sunyi sepi dalam isu hudud, malah sanggup pula menyokong calon DAP yang terang-terang tidak mahu menerima dasar mereka.

ARef: Apa nak takutnya..... DAP dah tahu lama dah.... DAP pun cakap ISLAM NIH BAGUS.... tapi, korang yang membuatkan ramai orang ISLAM nih tak bagus dengan undang2 sekular korang!!! pi baca balik Al-Qur'an..... "Untukmu Agamamu, Untukku, Agamaku" - tak paham2 lagi ka????

''Ini menandakan bahawa pakatan pembangkang ada masalah. Kalau pengundi faham dilema yang ada, saya percaya mereka tidak akan mengundi pembangkang kerana mereka tidak konsisten.

ARef: kah3.... lawak betoilah ko Mat Tyson, biasalah, nihlah dinamakan DEMOKRASI!!!! Kami Islam mahu ikut Al-Qur'an dan Al-Sunnah, yang Cina nak makan babi, itu perkara biasa.....

''Cara mereka, kalau di kawasan Melayu cakap lain di kawasan Cina cakap lain,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

ARef: Cara korang pulak...... duk bawak Saiful bersumpah laknat menyatakan DUBORNYA DAH TAK DARA!!!!

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa baru-baru ini menegaskan bahawa pakatan pembangkang akan tetap melaksanakan hukum hudud sekiranya berpeluang memerintah di peringkat Pusat.

ARef: Yups, betoi, kami akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan HUKUM HUDUD nih melalui prinsip MUSYAWARAH.... UMNO plaks, tak pernah pulak nak berbunyi untuk melaksanakan kan kan???? Nanti, kalau Rang Undang-undang untuk HUDUD di bawa ke Parlimen, jangan lupa pulak UMNO oi supaya menyokong, kata kamu nih ISLAM!!!!

Kenyataan Husam itu dikritik hebat oleh sekutu Pas dalam pakatan pembangkang khususnya DAP yang menolak keras perkara tersebut dan menyifatkan hudud tiada dalam manifesto pakatan pembangkang.

ARef: DAP tak setuju tuh perkara biasalah beb!!!! wei UMNO, DAP tuh ISLAM ke tak??? UMNO tuh ISLAM ke tak??? aku tak kata UMNO tuh Tak Islam..... kalau dah ISLAM, sokonglah PERUDANGAN ACUAN AL-QUR'AN dan AL-SUNNAH untuk ORANG ISLAM!!!!

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Noh Omar berkata, kredibiliti Pas dalam menegakkan hukum hudud jelas boleh dipersoalkan kerana mereka tidak konsisten mengenai perkara itu.

ARef: Dipersoalkan??? aku nak tanya, kalau pengedar dadah kena hukuman 39B, gantung mandatori kan???? tuh lebih kejam daripada HUDUD tuh.... tapi, ada jugak ORANG MELEPASKAN ADIK DIA DARIPADA HUKUMAN 39B nih!!!! kah3.

Menurutnya, parti itu hanya mempolitikkan hukum Allah kerana bercakap mengenainya apabila ada keperluan.

ARef: Politik ke TANGGUNGJAWAB TERHADAP ALLAH??? Apa punya turrrr pemikiran orang UMNO nih.... konpem boleh bawak modal kat Kuala Terengganu nih!!!! JAHILIYYAH betoi!!!!

Beliau menambah, jika dilihat di negeri Selangor dan Perak yang pembangkang berkuasa, soal hudud langsung tidak menjadi agenda mereka.

ARef: Dahtuh, HUDUD nih dah lama diperjuangkan semenjak PAS memerintah Kelantan!!!! Nak buat kat kelantan, Che Det tak bagi, katanya kena selaras dengan PERSEKUTUAN.... sekarang, UMNO PUNYA TANGGUNGJAWABLAH untuk buat!!!! Lepas nih, kita gemparkan PARLIMEN UNTUK MENGEMUKAKAN RANG UNDANG2 HUKUM HUDUD!!!!

''Bila nak pilihan raya kecil (Kuala Terengganu) yang majoriti kawasan Melayu, mulalah nyanyi lagu lama (hudud), tetapi bila tanya di Selangor atau Perak, dia kata matlamat untuk negeri kebajikan.

ARef: Siapa yang mula, bukan ke MENANTU DOLAH BADAWI YANG POLITIKKAN????? bodoh bin bahallol..... tuhler, dulu orang suruh belajar, ponteng, besar2 menyusahkan orang, KAKI BELIT!!!! Saman kang!!!! ha3.....

'Sebenarnya, macam mana Pas nak tegakkan hudud, kalau di Pulau Pinang pasal program tarian i-Dance itu pun mereka diminta tidak bersuara, ini kan pula hudud.

ARef: Apa punya TURRRlah!!!!! pasai i-Dance tuh lari terus........ APA KATA UMNO PULAK PI KAT BUKIT BINTANG DAN PUSAT2 DISKO BUAT DEMONSTRASI???? Jahiliyyah betoi UMNO nih, Tak paham ISLAM!!!!

''Sebab itu, DAP cakap macam-macam pasal hudud, tetapi Exco agama pakatan pembangkang yang terdiri daripada orang Pas, senyap saja. Kalau betul mereka pejuang hudud, saya cabar Exco agama mereka letak jawatan,'' tegasnya.

ARef: senyap????? UMNO tuh terus tak bersuara.... bukan takut kat non-Muslim, tapi takutkan TENTANG KEJAHILAN DIRI YANG AKAN CACAT KALAU MELAKSANAKANNYA, TAKPUN KENA REJAM!!!!

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Razali Ibrahim berkata, kenyataan terbaru Husam itu sebenarnya membenarkan dakwaan selama ini bahawa Pas menggunakan agama untuk tujuan politik.

ARef: Aku dah habaq tadi...... TANGGUNGJAWAB SEORANG ISLAM ADALAH MEMPERJUANGKAN APA YANG TERKANDUNG DALAM AL-QUR'AN DAN AL-SUNNAH!!!! shioh, shioh..... pi mengaji balik nun, dah khatam Al-Qur'an belom zali!!!!

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor berkata, ini dapat dilihat bagaimana masa pilihan raya umum lalu, isu hudud tidak kedengaran, tetapi untuk Kuala Terengganu ia dibuka semula kerana mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan soal agama.

ARef: Pilah ko tanya Khairy Jamaluddin, ko bertanding atas tiket Naib Ketua Pemuda UMNO kan???? Tuh, bakal KETUA PEMUDA UMNO tuh...... siapa yang mulakan.... JAHILLIYYAH BETOILAH ko!!!!

''Jadi, ini bukan cara berpolitik yang bertanggungjawab. Sebab itu, saya amat dukacita dengan cara ini yang menggunakan agama sebagai alat bagi mencapai kemenangan.

ARef: Kita HIDUP KERANA ALLAH dan MATI KERANA ALLAH. Slah ke nak perjuangkan APA YANG ALLAH MINTAK ORANG ISLAM BUAT????? Jahilliyyah betoilah kamu nih!!!!

''Dari dulu lagi orang bercakap pasal ini, tetapi sekarang nampak lebih jelas kerana tiba-tiba sahaja ia dibangkitkan, tetapi lepas berakhir pilihan raya kecil ini, saya yakin hudud akan kembali senyap,'' jelasnya.

ARef: Putar belit punya pemimpin UMNO, putar belit punya UTUSAN...... ada nak kena saman nih..... kalau saman tuh, jangan saman sikit2, saman banyak sikit!!!! UMNO memang JAHILIYYAH bab2 ISI AL-QUR'AN!!!!

Tuesday, December 23, 2008

Mahfuz Menang Lawan Utusan - Dapat Bayaran RM120,000

Malaysiakini : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS tersebut.

Mahfuz, selaku plaintif, menfailkan saman itu pada 2001 dengan menamakan ketua pengarang kumpulan akhbar berpengaruh Utusan Malaysia (ketika itu) dan penerbitnya sebagai defendan-defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa defendan pertama telah dengan sengaja dan niat jahat membenarkan penerbitan dan percetakan kata-kata yang mengandungi unsur fitnah terhadap plaintif yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001.
Plaintif mendakwa penerbitan perkataan-perkataan itu menyebabkan dia menanggung malu dan menjejaskan kredibiliti di kalangan masyarakat.

Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan mengarahkan defendan meminta maaf serta menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya.

Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada Mac 2002 pula menyatakan artikel "Demonstrasi Mahfuz isytihar bersama Keadilan" yang disiarkan itu adalah benar dari segi kandungan dan fakta dan menafikan bahawa ia bersifat fitnah.

Wan Farid Tewas Sebelum Bertanding



Rizal : Wan Farid akan ditentang atau dengan lain perkataan tradisi Peteh UMNO Peteh kini sudah bermula sebelum hari penamaan calon. Wan Ahmad Farid adik kepada Wan Hisham Dato' Wan Salleh akan dipeteh hebat dan akan ditamatkan riwayat politiknya bukan oleh Pas tetapi oleh penyokong UMNO/BN sendiri .

Ini adalah kerana:

1. Penyokong UMNO masih lagi marah dan terasa hati angkara sikap Wan Farid yang langsung tidak membantu semasa PRU12 baru-baru ini. Sama seperti Dato' Man Bakar yang telah pun dihukum penyokong dalam pemilihan baru-baru ini.

2. Penyokong Senator Nordiana juga berdendam kesumat dengan Wan Farid yang dipercayai dalang atau penyebab kepada tamatnya jawatan senator Nordiana.

3. Wan Farid bakal berhadapan dengan penyokong bekas ketua lamanya Roslan Haji Awang Chik yang sedang sabar menunggu permainan untuk peteh Wan Farid nanti.

4.Team Dato' Che Mat Jusoh juga sedang menunggu wisel permainan untuk peteh Wan Farid kerana menaja Mohd Sabri Alwi da;l;am pertandingan jawatan dalam Umno Bahagian Kuala Terengganu.

5. Peringkat tertinggi dan proses pemutihan pimpinan Ahmad Said hanya menunggu masa sahaja untuk putihkan Terengganu daripada anasir Idris Jusoh sebagaimana berlakunya nasib malang terhadap Wan hisham abangnya yang berkubur di Ladang.

6. Mohad Sabri Alwi tidak terpilih untuk menjadi calon DUN dan P36 dan melihat dirinya lebih berpengaruh daripada Wan Farid kini sedang mengatur langkah untuk membantu menamatkan jangkahayat politik Wan Farid sebelum wisel permainan bermula.

Tradisi "Peteh UMNO Peteh" kini bermula.

Isu hudud kukuhkan PAS hadapi 17 Januari

Muta Ligat : Isu hudud tercetus lagi. Media perkakas Barisan Nasional dengan segera cuba mengambil kesempatan dari kenyataan Dato' Husam Musa di majlis forum di Kota Bharu 21 Disember lalu.
Banyak pihak temasuk dari kalangan penyokong PAS kelihatan panik. Ramai beranggapan isu ini akan memalapkan PAS dalam menghadapi pilihanraya kecil Kuala Terengganu bulan depan.

Saya berpendapat kemunculan isu ini merupakan bonus besar kepada PAS. Kini PAS menjadi fokus. Sekali lagi semua mata tertumpu untuk mengenali parti ini dari dekat. Ada yang datang dengan wajah garang dan mata yang berapi untuk marahkan parti itu. Tidak kurang berduyun-duyun akan menampilkan pembelaan.

Benarkah PAS tiba-tiba jadi parti jahat, tidak toleran dan harus dijauhi oleh orang lain semata-mata janji untuk laksanakan hudud jika ditakdirkan berkuasa mentadbir negara ini.
PAS diasaskan oleh mereka yang mahukan kebaikan dan sentiasa berusaha menolak segala bentuk kejahatan dan penyelewengan. Realiti semasa menunjukkan para pendokong PAS dari ahli biasa hingga pimpinan tertingginya adalah daripada orang yang baik-baik. Mereka taati perintah Allah sekadar termampu dan sentiasa berjuang menolak kejahatan dan kemungkaran.
Dengan tercetus isu seperti ini sekali lagi sesiapa saja boleh menghampiri orang-orang PAS. Dengan perkenalan rapat mereka tentu akan bertemu untuk memahami perbezaan PAS dengan penentangnya. Sesiapa pun yang tidak keliru tentu akan lebih yakin dengan PAS yang berjuang untuk kebaikan sejagat berbanding para penentangnya yang bergelumang segala macam durjana dan penyelewengan.

Hudud merupakan salah satu arahan tetap agama Islam seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ia bukan ideologi atau manifesto PAS tetapi kewajipan setiap muslim bila mereka berkuasa untuk melaksankannya. Malangnya ada pihak yang cuba mengelirukan keadaan dengan sangkaan mereka dapat beroleh keuntungan politik dengan melabel hudud adalah agenda PAS. Sebagai muslim yang taat PAS tidak akan ragu untuk terus berbuat segala yang telah diperintah.

Yakinlah bahawa mereka yang cuba mempermainkan-mainkan perintah Allah akan menghadapi akibat yang buruk. PAS harus bersyukur dengan kemunculan isu ini menjelang pilihanraya di Terengganu kerana dengan perbicangan meluas akan jelaslah kepada pengundi siapa yang berusaha membela mereka dengan kebaikan dan siapa pula yang sebenarnya mempermain-mainkan agama untuk kepentingan politik sempit.

Anak menteri mungkin menyorok

Sumber : Lagi Berita

SABAK BERNAM - Anak seorang menteri yang didakwa mengugut seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam, Khamis lalu dipercayai menyembunyikan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sedang mengesan dan mencari anak kenamaan itu bagi diambil keterangan berhubung dakwaan pelajar berkenaan.

"Kita menerima laporan berhubung dakwaan pelajar terbabit yang kononnya dia diugut seorang anak menteri yang dikatakan datang bersama seorang polis bantuan yang lengkap membawa senjata ke restoran tersebut

"Tetapi setakat ini kita belum mendapat keterangan daripada anak menteri itu dan kita percaya mungkin dia sedang menyorok atau sedang bersembunyi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam di sini semalam.

Khalid berkata demikian bagi mengulas dakwaan Mohd. Radzi Razali, 21, yang mendakwa dia diugut anak lelaki kepada seorang menteri di sebuah restoran.

Insiden tersebut bermula setelah tiga rakan pelajar tersebut diikatakan bertengkar dengan seorang lelaki yang dipercayai rakan kepada anak menteri itu.

* Menteri apa ya?

Blog Stats