Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Wednesday, December 24, 2008

Cucu Mat Kilau Bakal menyaman POLIS...

Makin banyak agensi2 kerajaan akan disaman, semalam Teressa Kok yang menyaman Khir Toyo dan Utusan sebanyak 30 Juta dan Mahfuz telah menang dalam samannya terhadap utusan dengan memperoleh RM120,000.


Hari ini, berita terbaru dari Pahang Daily Online (PDO) menyatakan Cucumatkilau yang merupakan seorang blogger akan menyaman POLIS.... saman jangan tak saman, aku gerenti, Cucumatkilau akan menang!!!!!!! berikut adalah berita daripada PDO:-

PDO : KUALA LUMPUR - Hari ini 24 Disember 2008, maka genaplah setahun Blogger Cucumatkilau iaitu salah seorang Exclusive Editor dan Journalist Pahang Daily Online ditangkap di rumahnya dulu. Menurut laporan, setakat ini tidak nampak satu pun kertas siasatan dibuka atas isu tersebut, walhal laporan polis telah dibuat terhadap insiden tangkapan berkenaan. Justeru itu, menurut blogger terbabit beliau berkemungkinan akan menfailkan saman terhadap semua anggota polis yang terlibat menceroboh, menggeledah, menahan, menampar serta memalukan dirinya setahun yang lalu. "Saya amat kecewa dengan perkembangan ini, ternyata laporan polis yang dibuat terhadap isu itu sengaja ditutup oleh mereka. Biarpun perkara ini telah terdedah kepada umum. Saya terpaksa menanggung kerugian akibat memperbaiki segala kerosakan dan menanggung malu akibat kejadian itu" kata Cucumatkilau. Pihak polis dipercayai telah memecahkan pintu rumahnya serta menceroboh tanpa waran yang sah. Beliau juga telah dituduh mengedar dadah dan dibawa ke IPD Kuantan untuk "urine test" walhal beliau tidak pernah terbabit dengan kes berkenaan.

Polis juga dipercayainya telah menahan beliau secara membabi buta dengan menggari serta memeriksa seluruh rumah dan tubuhnya. Susulan daripada kejadian tersebut Cucumatkilau telah membuat satu laporan polis dan menamakan pegawai terbabit dalam kes tersebut. "Inspektor wanita yang mengambil laporan tersebut telah menyatakan bahawa beliau akan melakukan siasatan secara telus dan adil. Namun setelah genap setahun berlalu tiada apa-apa perkembangan yang dilihat setakat ini. Hanya sekali saya dihubungi oleh pihak IPK yang bertanyakan bagaimana saya boleh nampak nombor baju anggota polis yang terlibat, walhal mereka memakai pakaian preman ketika operasi tersebut dijalankan" kata Cucumatkilau lagi. Polis seolah-olah merasa terlalu hairan dengan "magic' yang berlaku, kerana beliau boleh nampak nombor anggota polis terbabit biarpun mereka berpakaian preman. Dalam laporannya juga dipercayai beliau turut menyatakan nombor anggota yang melakukan kekasaran ketika beliau ditahan dulu. Kami difahamkan, Cucumatkilau akan mengenakan tindakan saman terhadap anggota polis terbabit dalam masa terdekat ini. Justeru itu, tunggu laporan seterusnya tentang perkara ini nanti. Untuk mengikuti kisah tangkapan beliau sila klik blog, video dan keratan akhbar berkenaan. Sokongan daripada rakyat Pahang untuk membantu Cucumatkilau dalam mendapatkan kos bagi mendapatkan peguam amatlah dialu-alukan. Sila SMS sokongan dan bantuan anda kepada Cucumatkilau ditalian 018-231 8800.


Keratan akhbar Suara Keadilan berkaitan isu tangkapan Cucumatkilau

Laporan polis dibuat, tapi sudah hampir setahun tiada apa-apa tindakan



[Kami amat bersimpati atas nasib yang berlaku kepada beliau. Bahkan sebenarnya ramai lagi krew-krew Pahang Daily Online yang terpaksa mengharungi berbagai detik dan ranjau berduri. Cucumatkilau juga adalah salah seorang Blogger yang paling lama berada di alam siber. Detik 5 Disember 2008 yang lalu genal 10 tahun beliau menguruskan blog www.cucumatkilau.co.cc. Kini beliau bertugas dengan sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur dan masih menulis hingga ke hari ini. Beliau juga mula menulis artikel secara online kepada PDO dan kami amatlah berharap beliau akan terus berkarya dan menjadi salah seorang editor dan journalist yang berjaya suatu hari nanti. Sokongan padu daripada semua pihak amatlah diharapkan bagi membantu blogger terbabit. Kami juga akan melancarkan kutipan derma tabung Cucumatkilau bagi menampung kos operasi yang berkaitan dengan kes berkenaan dalam masa terdekat ini].

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats