Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.
Friday, November 07, 2008
Jawatan Kosong : RTM MENCARI PENYAMPAI BERITA
Sila hantarkan resume dan gambar terbaru anda ke datukbeb@yahoo.com.
Semoga berjaya.
Tukang Sapu punya komen....
" yang paling ponting pandai putar bolitkan cerito... hik hik hik walaupun hangpa tau cita sebenarnya dan anda ada bukti dengan kukuh... tapi bilo skrip anda dapat lain dari apa yang sepatutnya... ando kena pandai meyakinkan penonton/pendengar percaya dengan berita yang anda sampaikan hik hik hik tak lupo juga... anda mesti berdaftar sebagai ahli umno.... untuk memudahkan temudugo..... erk sapo la datuk yang poyo pakai email datukbeb@yahoo.com nie.. tak profesional langsung...."
Aku punya komen.....
Ha3....... hantar aje resume korang dulu, jangan lupa sebelum hantor resume, daftar jadi ahli UMNO, kalau bukan ahli UMNO, mana nak dapek!!!! and then, kalau yang pompuan, mana ley pakai sopan2..... begitulah situasi Malaysia sekarang.... yang terdedah lebih disukai ramai!!!! Hantar, jangan tak hantar.... Tapi, takyahlah nak daftar jadi ahli UMNO, takyahlah nak bukak sana sinun, yang penting TAWAQQAL KEPADA ALLAH, sebab dah tak lama dah..... UMNO akan TUMBANG!!!! yeahhhhhhhhhh.
Hari-Hari Terakhir Sebelum Hukuman Mati ~ Malaysiakini
[DIKEMAS KINI] TENGGULUN: Keluarga kepada tiga pengebom Bali yang telah menyebabkan kematian 202 orang pada tahun 2002 diarahkan “bersiap-sedia” dengan hukuman mati yang bakal dijatuhkan kepada ketiga-tiga militan itu - ditembak oleh skuad khas, dalam waktu terdekat, bulan ini.
Menurut laporan AFP, para pendakwa dan polis hari ini telah melawat abang kepada dua pengebom, Amrozi, 47, dan Mukhlas, 48, di perkampungan Jawa Timur dan memberikan memberi amaran agar mereka bersedia untuk “berita buruk”.
“Kami datang ke sini hanya untuk memberitahu mereka (keluarga) agar bersedia dengan hukuman mati yang akan dilaksanakan terhadap militan itu,” kata Ketua Pendakwa Daerah Irnensis selepas bertemu dengan keluarga tersebut selama 30 minit.
Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut bila hukuman ke atas tiga pengebom tersebut - Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudra akan dilaksanakan.
Salah seorang ahli keluarga pengebom itu, Ali Fauzi berkata, keluarganya sudah bersedia dengan hukuman itu.
“Pihak pendakwa telah arahkan kami bersedia dan berkata agar tidak menantikan surat mengenai hukuman tersebut. Kami tidak ada masalah tentang hal ini,” katanya.
Media tempatan turut melaporkan bahawa kunjungan yang sama juga telah dibuat ke rumah keluarga Samudra di bandar Jawa Barat, Serang semalam.
Semua hukuman mati di Indonesia dilaksanakan oleh skuad penembak dan biasanya dilakukan di lokasi dan waktu yang tidak dinyatakan. Pesalah selalunya akan diberitahu tentang hari hukuman mereka tiga hari sebelumnya.
Helikopter juga telah disediakan untuk membawa mayat militan-militan itu kelak dari penjara Nusakambangan ke rumah keluarga masing-masing.
Tiga pengebom tersebut sebelum ini pernah berkata, mereka rela “mati syahid” untuk mencapai impian mereka mewujudkan utopia Islamik di Asia Tenggara.
Bastard: Tindakan tegas untuk Tajuddin
Malaysiakini : Pakatan Rakyat mendesak tindakan tegas diambil terhadap ahli parlimen BN Datuk Tajuddin Abdul Rahman kerana menggunakan perkataan biadap dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin."Untuk menjaga kemulian dan maruah parlimen, ahli-ahli parlimen DAP dan Pakatan akan mendesak tindakan paling keras diambil terhadap Tajuddin bagi perilaku kasarnya apabila menuturkan perkataan bastard (anak haram) dan bloody bastard di Parlimen terhadap seorang ahli parlimen lain.
"Perkataan sebegitu tidak patut didengar sekali lagi dalam dewan Parlimen Malaysia," kata ahli parlimen popular DAP Lim Kit Siang.
Kelmarin, Tajuddin menyerang seorang wakil DAP M Kulasegaran denga kata-kata kesat itu selepas wakil Ipoh Barat mendakwa penduduk India di kawasan pemimpin Umno itu membencinya.
Setelah ditegur yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, beliau menarik balik kata-kata itu.
Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, Tajuddin patut digantung sekurang-kurangnya setahun kerana menggunakan perkataan tersebut, memandang beberapa wakil pembangkang dikenakan tindakan keluar dewan atas kesalahan kecil.
Semalam dua wakil rakyat DAP Fong Po Kuan (Batu Gajah) dan Chong Chieng Jen (Bandar Kuching) digantung sehari daripada menghadiri sidang dewan kerana membantah keputusan Pandikar Amin berhubung kata-kata Tajuddin.
Selasa lalu, Tian Chua (PKR-Batu) digantung kehadirannya kerana membantah langkah pembentangan pakej rangsangan ekonomi RM7 bilion, yang didakwa melanggar peraturan tetap Dewan Rakyat, oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak.
Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) digantung dua hari kehadirannya kerana menuduh yang dipertua dewan membuat keputusan "main-main" berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang didakwanya menghina orang buta.
Lim menambah, jika Tajuddin dibiarkan lepas daripada sebarang tindakan, kata-kata carutan akan lebih sedang dilontarkan di dalam Parlimen.
Ahli parlimen Ipoh Timur berkata, penarikan balik kata-kata Tajuddin tidak dapat menghilangkan kerosakan yang ditimbulkan.
ARef: Ha3...... Pandikar Amin pun dah bias!!!! Gantung aje!!! Awat??? Kalau Pandikar Amin nih gantung, kena tindakan disiplin UMNO pulak ke???? Kahkahkah!!!! BONEKA!!!! kahkahkaha.
SOROS dan Bill Gated Tipu 10,000 Orang!!!!
Malaysiakini : Dianggarkan 10,000 orang diperdaya oleh sindiket penipuan tanah yang memperalatkan nama manusia terkaya Bill Gates dan spekulator mata wang George Soros sejak dua tahun lalu.Sebuah syarikat yang berpangkalan di Tawau melantik ketua dan ejen-ejen di setiap negeri untuk mempengaruhi pemilik tanah agar terlibat dalam kerjasama projek pembangunan dengan dua tokoh jutawan dari Amerika Syarikat itu.
Gates dan Soros dikatakan telah menyediakan sejumlah dana awal USD20 juta (RM71 juta).
Mereka akan dipujuk untuk menyertai seminar dengan bayaran RM50 atau RM100 seorang oleh ketua dan ejen terbabit, sebahagian mereka orang-orang berpengaruh.
Seminar itu, sebelum mereka diperdaya agar membuka akaun bank, disampaikan oleh dua ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.
Menurut Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (Cash), kerugian akibat penipuan itu dipercayai bernilai berjuta-juta ringgit wang pemilik tanah, ejen dan ketua rangkaian syarikat tersebut.
Setiausaha agungnya Hashima Hasbullah Yahya bagaimanapun enggan mengumumkan nama syarikat atau dalang di sebalik kegiatan ini.
"Biar polis menjalankan tugas mereka dan mengumumkan siasatan mereka.
"Kami mengetahui perkara ini setelah sembilan mangsa penipuan itu membuat laporan polis terhadap syarikat terbabit," katanya.
Rafiah terkilan kontrak di UM tamat
Beliau berkata, dalam masa dua tahun lagi, beliau "sangat yakin" sasarannya untuk meletakkan UM dalam senarai 200 universiti terbaik di dunia akan dicapai.
"Sekarang ia mula menampakkan hasil," katanya kepada Malaysiakini, mengulas pemberhentian mendadak beliau selepas kontraknya, tamat hari ini, tidak disambung.
"UM sekarang ini ibarat benih yang ditanam sudah mula berakar."Menurutnya lagi, perkara ini dapat dilihat melalui peningkatan jumlah pelajar asing ke universiti.
Rafiah berkata, sasaran menjadikan UM antara 200 universiti terbaik di dunia boleh dicapai sebelum 2010 dan ia merancang muncul sebagai "universiti lima bintang" menjelang 2020.
"Saya sudah 61 tahun, sekurang-kurangnya hendak habiskan fasa kedua," katanya hari ini.
Tambahnya, beliau menyertai UM ketika prestasi universiti itu sedang jatuh sehingga kalah kepada universiti lain dalam negara seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Bagaimanapun beliau menerima keputusan Kementerian Pengajian Tinggi tidak melanjutkan kontraknya.
Rafiah berkata, beliau hanya dimaklumkan penamatan kontraknya kelmarin - 48 jam sebelum tarikh akhir perkhidmatannya - melalui panggilan telefon daripada ketua setiausaha kementerian Datuk Dr Zulkefli A Hassan.
Sebab-sebab penamatan itu tidak dimaklumkan, tambah wanita pertama yang dilantik sebagai naib canselor pada 1 Mei 2006.
"Saya tidak tahu apa salah, apa kekurangan saya," katanya.
Rafiah juga berkata beliau tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak tentang prestasi beliau selama lebih dua tahun di UM.
"Menteri ada cakap, ada kakitangan buat aduan. Saya kata, tengok prestasi orang itu, beliau sendiri jalankan tugas atau tidak. Orang yang jalankan tugas tidak mengadu," katanya.
Aduan itu, tambahnya, berkaitan dengan kepimpinan akadamik atas alasan beliau tidak mempunyai kelayakan doktor falsafah dan "bukan seorang profesor".
Menjelaskan lanjut perkara itu, Rafiah berkata, pemilihannya dulu berdasarkan kehendak jawatankuasa pemilihan yang mahu calon-calon yang berpengalaman bagi membangunkan dan mentranformasi universiti tertua itu.
"Itu apa yang dicari," katanya, yang berpengalaman berkhidmat dengan organisasi besar seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Bank Negara.
Ditanya perancangannya selepas ini, Rafiah berkata, sudah menerima beberapa tawaran tetapi belum membuat apa-apa keputusan.
"Saya ingin berehat dulu. Tahun depan insya Allah saya buat keputusan jika tertarik," katanya.
Pagi tadi sekumpulan aktivis pelajar yang sedih dengan pemergiannya itu bertemu beliau di pejabatnya.
Waktu dihubungi tadi, beliau sedang memindahkan barang-barangnya di pejabatnya di bangunan Canselori.
"Saya tidak boleh berada di pejabat. Saya jumpa semua orang, semua menangis," katanya.
Mantan presiden Universiti Multimedia (MMU), Profesor Datuk Dr. Gauth Jasmon (kanan) dilaporkan akan mengambil alih tugas Rafiah.Khidmat Rafiah disambung enam bulan sehingga hari ini apabila kontrak dua tahunnya tamat Mei lalu.
Ketika mengumumkan lanjutan khidmat wanita itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata jawatankuasa pilihan akan meneliti calon yang layak memegang jawatan itu.
Rafiah dilantik menggantikan Datuk Profesor Dr Hashim Yaacob untuk menangani masalah kemerosotan kualiti dan kedudukan UM dalam pemeringkatan dunia.
Bagaimanapun, kedudukan universiti itu terus merosot dalam pemeringkatan Times Higher Education Supplement (THES) - dari tangga 169 pada 2005 kepada 192 pada 2006 dan tangga ke-245 tahun lalu.
Tahun ini kedudukannya naik sedikit kepada tangga 230.
Terkini : Kes Liwat Anwar Kekal Di Mahkamah Sesyen
Hakim kemudian menetapkan 14 Nov ini untuk sebutan.
sila saksikan berita penuh di [SINI].
BEBAS !!! RAJA PETRA DI BEBASKAN - TERKINI

Sumber : Tukar Tiub
Mahkamah Shah Alam telah memerintahkan Raja Petra Kamaruddin di bebaskan seta merta.
Penahanan Raja Petra tidak sah di segi Perlembagaan.
Raja Petra dalam laman Malysia Today telah menulis bagaimana Rosmah Mansor Cancelor Unisel telah berada ditempat malam pembunuhan Altantuya Shaaribu dan melihat pembunuhan itu.
Raja Petra kini ditahan dibawah ISA di Kamunting.
Sebelum jam 4 petang ini Raja Petra akan di bawa dari Kamunting ke Shah Alam.




