Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, December 04, 2008

PRK Kuala Terengganu : Pas Pertimbang 2 Calon - malaysiakini

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, parti itu akan mempertimbangkan sekurang-kurang dua nama calon untuk bertanding bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

"PAS peringkat pusat kebiasaannya akan mempertimbangkan sekurang-kurangnya dua nama calon untuk bertanding," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Kamaruddin yang juga ahli Parlimen Tumpat berkata, kriteria calon yang diperlukan PAS untuk bertanding bagi pilihan raya kecil kali ini adalah kebolehan seseorang calon itu untuk meraih kemenangan.

Ditanya sama ada parti itu akan berbincang dengan Pakatan Rakyat berhubung calon yang akan diletakkan nanti, Kamaruddin berkata, perkara itu tidak perlu kerana Pakatan Rakyat telah memutuskan bahawa calon adalah daripada PAS.

Sementara itu, Kamaruddin berkata, PAS telah bersetuju melantik Timbalan Presidennya, Nasaruddin Mat Isa sebagai ketua jentera pilihan raya kecil kuala Terengganu sementara Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong dilantik menjadi pengarah pilihan raya di peringkat negeri.

"Pelantikan itu adalah sebagai persediaan menghadapi pilihan raya kecil tersebut yang mana tarikh-tarikh yang berkaitan dengan pilihan raya itu akan diumumkan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) esok," katanya.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong selepas penyandangnya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bermain bandminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

SPR dijadualkan akan mengadakan mesyuarat khas esok berhubung tarikh pilihan raya bagi kawasan itu.

Semalam, 'permainan nama' untuk pilihan raya kecil itu telah pun bermula apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyatakan pilihannya.

Nik Aziz berpendapat Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, yang kalah pada pertandingan bagi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum Mac adalah pelengkap terbaik untuk mendapatkan semula kerusi dan digambarkan sebagai seseorang yang “gift of the gap."

Sementara itu, Mohamad Sabu ketika dihubungi mStar Online semalam menyatakan kesediaannya untuk bertanding buat kali kedua pada pilihanraya kecil itu. - mStar

UMNO!!!, Berhenti Cemuh Saya - Zaid

Malaysiakini : Datuk Zaid Ibrahim yang dipecat daripada Umno kelmarin menempelak beberapa pemimpin Umno yang didakwanya menghabiskan masa dengan mencemuhnya ekoran tindakannya menghadiri program pembangkang.

zaid ibrahim pc umno sacking 041208 07"Saya haraplah pemimpin Umno, seperti Datuk Nazri Aziz, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan lain-lain itu, berhentilah mencemuh saya.

"Saya rasa mereka patut fokuskan kepada masalah negara, (sebaliknya) fokus kepada kerja masing-masing," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga naib presiden Umno, dilaporkan mengulas mengenai kehadiran Zaid di kongres PKR Sabtu lalu.

Menurutnya, ia bukan kali pertama Zaid menghadiri perhimpunan anjuran pembangkang dan tindakan itu membuktikan ketidaksetiaannya kepada Umno.

Beliau menyifatkan tindakan Zaid itu dilihat seperti memberi sokongan moral kepada pembangkang.

Isu hadir kongres PKR


Oleh itu, katanya, Zaid mesti memberi penjelasan kenapa beliau menghadiri kongres itu.

Manakala Nazri yang juga menteri di jabatan perdana menteri pula dilaporkan sebagai berkata, kerajaan dan Umno tidak akan rugi jika Zaid ingin menyertai parti pembangkang.

Beliau menyifatkan Zaid bukanlah individu yang berpengaruh dan penting hingga boleh menjejaskan kerajaan serta Umno jika menyertai pembangkang.

anwar ibrahim pkr congress 021208 04Malah, Nazri dilaporkan berkata, sewaktu Zaid dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai menteri, kebanyakan rakyat langsung tidak mengenali beliau.

Menurutnya lagi, itu sudah menunjukkan bahawa Zaid bukanlah individu yang berpengaruh dan akan menjejaskan kerajaan serta Umno jika beliau menyertai PKR.

Sementara itu, ketika ditanya apakah sebab beliau tidak menyertai parti-parti lain kerana masih sayangkan Umno, Zaid menjawab: "Tidak. Saya telah dipecat".

Firma guaman


Zaid bagaimanapun, mengucap terima kasih kepada PKR, DAP dan PAS yang mempelawanya menyertai parti-parti tersebut.

zaid ibrahim pc umno sacking 041208 08Ketiga-tiga parti itu, katanya, mempunyai kekuatan yang tersendiri.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Abdullah dan mantannya Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed.

Zaid juga ditanya sama ada firma guamannya Zaid Ibrahim & Co yang diasaskan beliau, berjaya selama ini, disebabkan penglibatan beliau dalam Umno.

Dalam jawapannya, Zaid berkata, beliau tidak berminat lagi dengan firma guaman sebaliknya memfokuskan usaha kepada kerja-kerja amal.

"Tetapi, kalau kerja keras, ambil peguam yang bagus, saya percaya mereka (firma guaman tersebut) akan bertahan," katanya.

Zaid Tidak Sertai Paktan, Isterinya Masih UMNO!!!

Malaysiakini : Datuk Zaid Ibrahim yang dipecat daripada Umno kelmarin berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik dalam masa terdekat ini.

Beliau juga mempertikaikan pemecatan mendadaknya daripada parti itu kerana tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan.

zaid ibrahim pc umno sacking 041208 02"Saya juga tidak tahu sebarang kesalahan yang saya telah lakukan.

"Saya tidak menghadiri majlis makan malam DAP atau Kongres PKR untuk memprovokasi sesiapa," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Saya sekadar hendak mendengar atas jemputan rakan-rakan, tapi itulah sikap Umno. Ia melihat provokasi dan musuh di mana-mana."

Zaid berkata, jika diberi amaran dan surat tunjuk sebab terlebih dahulu, beliau "tidaklah terkilan sangat".

Bagaimanapun, Zaid berkata, beliau tidak terperanjat dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno memecatnya.

Isteri tidak dipecat

Katanya, beliau tidak akan membuat sebarang rayuan di mahkamah berhubung kes pemecatannya kerana "kalau menangpun, ia adalah kemenangan tanpa makna kerana orang sudah tidak suka".

Bagaimanapun, kata Zaid, isteri beliau Shuliana Shamsuddin Alias yang turut hadir dalam sidang akhbar pagi ini, masih ahli Umno kerana "beliau tidak dipecat".

Menurutnya lagi, tindakan Umno memecatnya juga tidak mencalarkan imej beliau kerana hanya orang yang tidak suka kepadanya sahaja beranggapan begitu.

Katanya, selepas ini, beliau akan memberi keutamaan kepada Yayasan myFuture yang ditubuhkannya.

Yayasan itu bertujuan membantu generasi muda memahami kepentingan demokrasi, kedaulatan undang-undang, keburukan amalan rasuah dan pentingnya keharmonian kaum.

zaid ibrahim pc umno sacking 041208 04Zaid juga berkata, beliau tidak merasakan pemecatannya berpunca daripada kehadirannya dalam program parti pembangkang tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, Umno yang tidak menerima idea perubahan yang dibawanya.

"Saya ragu mereka boleh (melakukan perubahan)," kata beliau.

‘Pilih kasih'

Beliau turut menyifatkan pemecatannya itu sebagai pilih kasih kerana beliau "orang kerdil" dalam Umno yang tidak mempunyai pengaruh.

"Sedangkan ramai lagi mengkritik Datuk Seri Abdullah (Ahmad Badawi) dan mempersendakan parti., bahkan mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman, (tetapi) tiada tindakan diambil.

"Sebab mereka orang-orang besar. Mungkin ada pilih kasih. Saya pergi makan (hadiri majlis berkenaan), dipecat," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan kembali semula ke Umno jika dipelawa berbuat demikian, Zaid menjawab ringkas: "Bukan Umno sekarang".

Beliau juga ditanya sama ada beliau dimaklumkan secara rasmi mengenai pemecatannya itu.

Menurut Zaid, beliau tidak menerima sebarang surat dan beliau mengetahui mengenai pemecatannya melalui laporan akhbar.

Bagaimanapun, katanya, pada malam dia dipecat, beliau menerima SMS dari seorang temannya yang menyebut 'Zaid dipecat'.

Ditanya sama ada beliau akan terus menghadiri program anjuran pembangkang selepas ini, Zaid berkata:

"Kamu akan terus melihat saya dalam program pembangkang, NGO dan kalau Umno sekali pun, saya akan hadir".

Tetapi, secara berseloroh, Zaid menambah: "Orang yang jemput saya itupun akan dipecat".

Zaid turut ditanya siapakah yang menghalang idea-idea perubahan yang dibawanya dalam Umno.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu tertentu tetapi berkata: "Saya tidak ada sokongan".

Wahai Reformis..... Dipersilakan Berbogel !!!

Perisik Rakyat : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak gentar dengan ugutan Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang bertekad untuk meneruskan demonstrasi secara berbogel sekiranya tuntutan mereka supaya kadar kenaikan sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) tidak dikaji semula.

Ini kerana, beliau mendakwa mereka yang mahu berbuat demikian bukan penghuni PPR sebenar.
“Mereka (Reformis) tidak perlu jumpa saya untuk berunding mengenai kadar sewa kediaman PPR. Mereka yang membantah ini tidak duduk di rumah pangsa tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Aku pun cukup hairan pasai penduduk terlibat tak de pulak dok bising-bising, tiba-tiba ada pulak gerombolan yang mengaku "reformis" dok kecoh-kecoh pulak... apahal hangpa ni?

Apa yang hangpa dok sibuk2 nak bela? apa sebenarnya matlamat hangpa dan yang penting, berapa "orang tu" bayar dekat hangpa?

Balik pada hal sewa PPRT, kan dah dijelaskan beberapa kali bahawa kadar sewa tidak akan dinaikkan kepada penyewa-penyewa yang kurang berkemampuan iaitu mereka-mereka yang pendapatannya dibawah RM1500 sebulan dan juga mereka-mereka yang mempunyai ramai tanggungan.

Bagi yang berkenaan diatas tu pulak lagi, kerajaan dah sediakan satu bentuk bantuan untuk meringankan beban mereka iaitu berupa bantuan keatas sewa rumah.cuma perlu isi borang je... yang dok kecoh-kecoh ni bukan penduduk sebab penduduk dah paham... yang tak paham bahasa ni semuanya tak tau datang dari mana, hatta penduduk sendiri pun tak kenal sape mereka-mereka ni...

Siapa rajin, cuba pergi jenguk-henguk kawasan perumahan PPRT dan cuba tengok berapa ramai penduduk yang dikatakan "kurang berkemampuan".ada antara depa mengaku "kurang berkemampuan" untuk membayar sewa rumah tapi mampu pula memiliki kereta jenis toyota vios, waja, persona, gen2, myvi, toyota avanza dan macam-macam lagi...


Sebab tu penduduk tak bising, depa tau depa sebenarnya mampu, tapi depa dah ambik kemudahan yang sepatutnya diberi pada golongan yang lebih layak lagi dari depa...tu pasai depa tak bising... yang dok bising-bising pasai sewa PPRT ni hangpa tau apa?

Hangpa penah sampai ke dekat PPRT? kalau stakat dapat info dari utusan, berita harian, tv3suku & rtm tu hangpa tak yah ngaku reformis la... kalau dok depan aku aku ludah je hangpa ni... perjuangan yang tak dak nilai.perjuangan anak anjing baru beranak...


Akai ada tapi tak mau pakai... Bodoh berdouble-double, bangang bertubi-tubi... reformis kepala Babi..!


BERUK PUN RETI PAKAI BAJU!!!! ha3. bodoh punya reormis....



Wednesday, December 03, 2008

PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU : Mat Sabu Bersedia!!!

Sumber: Skuad Dun Batu Caves

PETALING JAYA: Bekas calon PAS, Mohamad Sabu menyatakan kesediaannya untuk bertanding buat kali kedua pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu selepas tewas di kerusi Parlimen yang sama dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.

"Saya sentiasa bersedia kalau dipilih oleh parti untuk bertanding, tapi keputusan untuk tentukan itu (calon), terletak pada parti," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi hari ini.

Walaubagaimanapun Beliau berkata hingga kini PAS masih belum menentukan calon yang akan bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya berkenaan.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu kosong ekoran kematian mengejut penyandangnya sebelum ini yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Allahyarham mengalahkan Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

Mohamad Sabu berkata beliau gembira kerana Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP bersetuju memberi laluan kepada PAS untuk meletakkan calonnya bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

"Yang penting ialah calon PAS, walau siapa pun yang menjadi calon nanti, kita akan beri sokongan padu untuk pastikan kemenangan," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS menjelaskan buat masa ini pengurusan parti menunggu signal yang akan diberikan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul hadi Awang untuk tindakan lanjut.

"Kita tunggu Presiden balik menunaikan haji dulu, lepas itu baru kita tau apa tindakan lanjut yang diambil," katanya.

Ditanya sejauhmana keyakinan PAS untuk menang dalam pilihanraya berkenaan, beliau berkata PAS bersama anggota Pakatan Rakyat yang lain akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan dalam pilihanraya berkenaan. - mStar

Zaid Ibrahim dipecat dari Umno


Malaysiakini : Datuk Zaid Ibrahim dipecat dari Umno ekoran tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menghadiri perhimpunan parti pembangkang.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemecatan Zaid itu berkuatkuasa serta merta.

zaid ibrahim interview 140308 04Menjawab soalan pemberita dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Abdullah berkata, Zaid juga tidak boleh merayu terhadap pemecatannya itu.

Sabtu lalu, Zaid menghadiri majlis perasmian kongres nasional PKR di Stadium Malawati, Shah Alam.

Zaid juga dilaporkan berkata, beliau datang sebagai tetamu selepas menerima undangan daripada pucuk pimpinan PKR.

Jelas Zaid lagi, kehadirannya adalah untuk mendengar apa yang diperkatakan pucuk pimpinan dan perwakilan PKR mengenai keadaan semasa dalam negara.

Surat tunjuk sebab

Awal bulan lalu, Zaid Ibrahim menerima surat tunjuk sebab dari Umno berkaitan dengan surat terbukanya kepada perdana menteri dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan ISA.

Parti itu meminta penjelasannya kerana turut sama menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen.

Zaid meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet kerana membantah tindakan kerajaan menggunakan ISA terhadap ahli Parlimen Teresa Kok, penulis blog Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng, September lalu.

Beliau juga turut melepaskan jawatan senator.

Pada 29 September lalu, Zaid menulis sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menggesa beliau supaya memansuhkan ISA.

Zaid turut menjadi sasaran apabila beliau, dalam ucapannya, telah mempersoalkan status orang Melayu.

Berikutan itu, beberapa pemimpin Umno mendesak parti itu mengambil tindakan terhadap Zaid.

'Tiada pilih kasih'

Abdullah berkata, tindakan dikenakan ke atas Zaid dibuat kerana Umno perlu konsisten dalam tindakannya dan memastikan tidak wujudnya pilih kasih dalam mengambil tindakan displin terhadap anggotanya yang didapati bersalah.

Ada tindakan-tindakan Zaid yang dilihat sebagai perkara yang menyalahi (peraturan) parti," katanya.

Mengikut perlembagaan parti, anggota yang telah dipecat tidak boleh membuat rayuan.

Sementara itu, Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar Hashim pula digantung keanggotaannya selama tiga tahun kerana membuat beberapa kenyataan mengkritik parti.

Zahar sebelum ini telah membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Abdullah yang didakwa telah menyalahguna kedudukannya sebagai presiden Umno menjelang pemilihan parti dan pencalonan.

Beliau juga mendakwa berlaku penyelewengan dalam proses tender kerajaan untuk membeli helikopter baru bagi Angkatan Tentera Udara Malaysia (TUDM).

Isu-isu sensitif

Menyentuh mengenai isu-isu sensitif yang ditimbulkan anggota parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), Abdullah berkata perkara itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang dan akan dibincangkan dalam suasana yang terkawal.

Bagaimanapun beliau menasihatkan mereka yang hendak menimbulkan sesuatu perkara atau reaksi yang tidak disenangi oleh kaum lain, perlu bertanggungjawab di atas tindakan yang dibuat.

"Kita semua kena berhati-hati tanpa mengira kaum dan agama. Negara ini mempunyai penduduk pelbagai kaum dan agama. Jadi isu agama dan bangsa boleh menimbulkan reaksi tidak menyenangkan, perlu latih diri supaya dikawal. Tidak bawa apa-apa keuntungan dan kebaikan pada rakyat," katanya.

Ditanya mengenai pendirian Umno yang dikatakan terlalu bertolak ansur terhadap tindakan-tindakan parti komponen BN yang lain, Abdullah berkata: "Itu bukan bermakna kita diam langsung. Kita juga cakap dengan pemimpin-pemimpin berkenaan."

Pilihanraya kecil

Mengenai pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Abdullah berkata, mesyuarat MT memutuskan supaya persiapan disegerakan.

MT juga, tambah beliau, mengarahkan bahagian-bahagian Umno lain, membantu Umno Terengganu dalam menghadapi pilihanraya kecil tersebut.

Kerusi parlimen tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu.

Razali yang juga timbalan menteri pelajaran, meninggal dunia ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands sewaktu menghadiri permukiman anjuran Umno Terengganu.

Abdullah juga berkata, soal pemilihan calon bagi pilihanraya kecil tersebut, belum lagi diputuskan.

Bagaimanapun, katanya, Jawatankuasa Pengurusan Umno boleh mencadangkan calon yang layak dan tidak perlu diadakan mesyuarat MT untuk membuat keputusan mengenainya.

TV3: MB Perlis Bertanding di Parlimen Kuala Terengganu

IbrahimBaba :  Memang terkejut bila kita baca atau tonton berita seperti itu. Mana mungkin. Lebih menghairankan lagi beliau bertanding atas tiket PAS. Lagilah mustahil.

Namun begitu, mungkin ramai yang tidak perasan apabila Buletin Utama TV3 29 Nov 2008, menyiarkan laporan berhubung kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Razali Ismail, disusuli dengan ulasan PRU2008 yang dimenangi Razali, TV3 menyiarkan gambar Razali, Md Isa Sabu dan Maimun Ali.

mb-perlis-tanding-kuala-terengganu

Suatu kesilapan yang tidak professional dengan menyiarkan gambar orang Md Isa Sabu untuk Md Sabu.


mdsabu-pas MAD ISA SABU /MENTERI BESAR PERLIS

isk isk … kan lain tu.

Sekian, IB

Blog Stats