
"Saya rasa mereka patut fokuskan kepada masalah negara, (sebaliknya) fokus kepada kerja masing-masing," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.
Sebelum ini, Muhyiddin yang juga naib presiden Umno, dilaporkan mengulas mengenai kehadiran Zaid di kongres PKR Sabtu lalu.
Menurutnya, ia bukan kali pertama Zaid menghadiri perhimpunan anjuran pembangkang dan tindakan itu membuktikan ketidaksetiaannya kepada Umno.
Beliau menyifatkan tindakan Zaid itu dilihat seperti memberi sokongan moral kepada pembangkang.
Isu hadir kongres PKR
Oleh itu, katanya, Zaid mesti memberi penjelasan kenapa beliau menghadiri kongres itu.
Manakala Nazri yang juga menteri di jabatan perdana menteri pula dilaporkan sebagai berkata, kerajaan dan Umno tidak akan rugi jika Zaid ingin menyertai parti pembangkang.
Beliau menyifatkan Zaid bukanlah individu yang berpengaruh dan penting hingga boleh menjejaskan kerajaan serta Umno jika menyertai pembangkang.

Menurutnya lagi, itu sudah menunjukkan bahawa Zaid bukanlah individu yang berpengaruh dan akan menjejaskan kerajaan serta Umno jika beliau menyertai PKR.
Sementara itu, ketika ditanya apakah sebab beliau tidak menyertai parti-parti lain kerana masih sayangkan Umno, Zaid menjawab: "Tidak. Saya telah dipecat".
Firma guaman
Zaid bagaimanapun, mengucap terima kasih kepada PKR, DAP dan PAS yang mempelawanya menyertai parti-parti tersebut.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Abdullah dan mantannya Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed.
Zaid juga ditanya sama ada firma guamannya Zaid Ibrahim & Co yang diasaskan beliau, berjaya selama ini, disebabkan penglibatan beliau dalam Umno.
Dalam jawapannya, Zaid berkata, beliau tidak berminat lagi dengan firma guaman sebaliknya memfokuskan usaha kepada kerja-kerja amal.
"Tetapi, kalau kerja keras, ambil peguam yang bagus, saya percaya mereka (firma guaman tersebut) akan bertahan," katanya.
0 comments:
Post a Comment