Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Showing posts with label Pencalonan UMNO. Show all posts
Showing posts with label Pencalonan UMNO. Show all posts

Sunday, October 19, 2008

Ketua Wanita: Shahrizat perlu 7 pencalonan lagi...

Sehingga malam tadi, Naib Ketua Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil mendapatkan 32 pencalonan untuk jawatan ketua Wanita.

Sejumlah 17 bahagian Wanita lagi mencalonkan Shahrizat untuk bertanding jawatan ketua pergerakan itu Mac depan.

Ini bermakna beliau memerlukan tujuh lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan tersebut.

shahrizat abdul jalilShahrizat dijangka mendapat pencalonan mencukupi apabila sebahagian lagi bahagian Wanita Umno selesai bermesyuarat hari ini.

Sehingga malam tadi, 103 daripada 191 Wanita Bahagian telah selesai bermesyuarat.

Perkembangan tersebut cukup menarik kerana mengikut rancangan peralihan kuasa dalam pergerakan tersebut, penyandang jawatan ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz bersetuju menyerahkan jawatan tersebut kepada Shahrizat Jun depan.

Sementara itu, Shahrizat dan Rafidah masing-masing mendapat 13 pencalonan untuk mempertahankan jawatan ketua dan naib ketua.

Mereka mendapat pencalonan dari Bahagian Jasin, Ledang, Bakri, Arau, Bera, Labis, ekijang, Tapah, Lenggong, Kepong, Kuala Langat, Selayang, Kuala Langat dan Hulu angat menjadikannya keseluruhan 71 pencalonan.

Persaingan bagi jawatan naib ketua Wanita pula menyaksikan Ketua Wanita Bahagian Kuala Kangsar Datuk Kamilia Ibrahim kini mengumpulkan 24 pencalonan.

Sehingga malam tadi, beliau mendapatkan pencalonan tambahan daripada 15 bahagian Wanita di seluruh negara.

Manakala Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said mengumpul lima pencalonan dan Ketua Wanita Johor Datuk Halimah Mohamed Sadique (dua pencalonan).

Sementara itu, seorang lagi exco Wanita, Dr Norraesah Mohamad turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib ketua.

Beliau dicalonkan oleh Wanita bahagian Marang yang bermesyuarat semalam.

- Malaysiakini


ARef : Ikut hangpalah......... apa yang paling aku nak tergolek gelak ialah, abang azalina othman nak jadi naib ketua wanita...... takder contoh wanita langsung ke apa nih UMNO????? jauhkan anak2 anda dan janda2 daripada abang nih...... kehkehkeh.

Lawak Pagi : Ku LI masih Menanti....

PETALING JAYA: Persidangan Perwakilan Umno Bahagian masuk minggu kedua dengan tumpuan menjurus sama ada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan memperoleh pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden parti.

Sekurang-kurangnya 40 bahagian akan mengadakan persidangan masing-masing hari ini dan esok.

Difahamkan persidangan hari ini akan diadakan sebelah pagi.

Sehingga kini setelah 30 bahagian mengadakan mesyuarat, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah menyapu bersih kesemua pencalonan manakala Tengku Razaleigh, pemimpin pertama yang menawarkan diri untuk kerusi tersebut belum memperoleh sebarang pencalonan.

Jawatan Presiden terbuka untuk persaingan selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan untuk tidak mempertahankan kedudukannya dalam pemilihan Mac depan.

Ketika ditemui di Kota Bharu baru-baru ini, Tengku Razaleigh berkata, beliau menawarkan alternatif kepada ahli-ahli untuk memimpin parti.

"Saya masih yakin akan memperoleh sokongan. Sebab itu saya menawarkan diri," kata beliau yang pertama kali bertanding jawatan Presiden pada 1987 tetapi tewas dengan 43 undi kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu yang mengetengahkan visi termasuk mengubah sistem pemilihan jika berpeluang memenangi jawatan Presiden mengakui sedang berhadapan dengan halangan tetapi menyerahkan kepada ahli-ahli untuk memutuskan sokongan mereka.

Beliau yang menekankan tentang keperluan perubahan pucuk kepimpinan sejak Mac lalu telah berulang kali berkata, akan bertanding jawatan Presiden sama ada Abdullah mempertahankan kedudukannya ataupun tidak.

Di sebalik keyakinan Tengku Razaleigh itu, Najib yang telah menguasai 30 pencalonan memerlukan 28 lagi minggu ini untuk memperoleh pencalonan minimum sebanyak 58 untuk melayakkan diri bertanding jawatan Presiden.

Pemerhati-pemerhati melihat beliau akan memperolehnya minggu ini.

Najib merupakan antara tiga anak bekas Perdana Menteri kini mendahului senarai pencalonan pemilihan peringkat pusat Umno dengan dua daripada mereka sudah pun melepasi had kelayakan untuk bertanding.

Najib, kini Timbalan Presiden; Ketua Pemuda, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir berada di kedudukan teratas senarai pencalonan masing-masing jawatan Presiden, Naib Presiden dan Ketua Pemuda.

Bagi jawatan Naib Presiden, Hishammuddin pula telah memperoleh 25 pencalonan, disusuli Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (16), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (15), Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin (11), Datuk Seri Syed Hamid Albar (6), Datuk Seri Dr. Rais Yatim (4), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad (4), Datuk Seri Shahidan Kassim (3), Datuk Seri Mohamad Hasan (2), Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (2), Tan Sri Annuar Musa (1).

Jawatan itu memerlukan pencalonan minimum 20.

Bagi jawatan Timbalan Presiden yang memerlukan 39 pencalonan, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperoleh 24 pencalonan manakala Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhamad Taib masing-masing tiga pencalonan.

Bagi jawatan Ketua Pemuda, Mukhriz telah memperoleh 42 pencalonan sehingga petang semalam.

Beliau disusuli oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dengan 21 pencalonan; Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (12) dan Datuk Zahidi Zainul Abidin pula satu pencalonan.

Najib merupakan anak kepada Perdana Menteri kedua, Hishammuddin (anak Perdana Menteri Ketiga) dan Mukhriz pula anak Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri keempat.

Kini Najib merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan manakala Hishammuddin mengetuai Kementerian Pelajaran.

Mukhriz, Ahli Parlimen Jerlun tidak memegang apa-apa jawatan dalam Kabinet.

Pencalonan terbaru malam tadi bagi Mukhriz diperoleh daripada Bahagian Merbok.

Selain bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri juga mengadakan persidangan masing-masing.

- mSTAR


ARef : Kecian raser nak terajang pun ada Ku Li nih...... nak apa lagi, harituh, elok2 hang dah ramai orang sokong, duk paksa Paklah letak jawatan awai2 buat apa???? Kalau tak, hang dapat gaks lah memecahkan telur tuh..... rasernya, nanti, telur tuh dah pecah, mesti busyuk punya...... busyuk sebab ada Hantu Altantuya.... so, jangan bimbang Ku Li........

Saturday, October 18, 2008

Ketua Pemuda UMNO : Adakah KJ Layak Bertanding???

(RALAT: Razali Ibrahim dengan 46 pencalonan)

Diberitakan daripada Malaysiakini petang ini..... Mukhriz Mahathir semakin galak dengan angkanya apabila pertambahan jumlah pencalonannya kini berjulam 50.....

Namun, KJ semakin tertekan kerana masih mampu mencapai angka 39 setelah hanya mendapat 26 pencalonan sahaja.....

Walau apa pun, Khir Toyo mengejar daripada belakang dan berjaya mendapat 19 pencalonan dan ianya mampu mengurangkan pencalonan bagi KJ dan seterusnya menyekat KJ daripada bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dan akhirnya KJ mungkin akan mati begitu sahaja dalam jawatan tertinggi Pemuda UMNO.


Untuk jawatan Naib ketua pemuda UMNO pula...... 2 calon yang telah layak untuk bertanding, iaiatu Razali dan Reezal Merican terus meninggalkan peserta-peserta lain..... Nampak gayanya, jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu yang mana Reezal Merican adalah proxy kepada KJ..... Kalau dulu, KJ menang FREE sahaja dalam perebutan Naib Ketua Pemuda UMNO apabila pemuda-pemuda UMNO semuanya pengecut.... namun, setelah Tsunami berlarutan semenjak Mac lalu.... adalah sikit2 Pemuda UMNO yang baru bangkit daripada tidor... namun, masih ramai yang bermimpi di siang hari.

Thursday, October 16, 2008

Senarai Pencalonan UMNO Terkini

Senarai pencalonan terkini:-

PRESIDEN
(Kuota: 58 pencalonan)

1. Datuk Seri Najib Tun Razak (30 pencalonan)
2. Tengku Razaleigh hamzah ( Teluq ayam Pencalonan)

AR : Camner ngan Ku Li? Takkan tak dapek2 lagi kut???? Bahagian UMNO nih bukan takut apa..... takut dengan C4 aje!!!! Tuhler.... harituh, kalau hangpa tak desak Dolah turun pun, takderlah Ku Li dapat teloq ayam...... kahkahkah... Lantak hangpalah nak kena C4..... gelak sampaii tergolek nih.

TIMBALAN PRESIDEN
(Kuota: 39 pencalonan)

1.Tan Sri Muhyiddin Yassin (24 ).
2.Datuk Seri Mohd Ali Rustam (3 )
3.Tan Sri Muhammad Muhamad Taib (3 ).

AR: Nampak gayanya, Muydin nih nak cukup dah pencalonan..... Ali Rustam laks bodoh bin biol..... bagi Datuk kat Shah Rukh Khan, mana orang nak sokong..... kalau Pak Ali nih bagi gelaran Datuk kat geng2 Ketua Bahagian, konpem dapat gaks pencalonan walaupun akan kalah dalam pemilihan..... Mat Taib??? buta perut ke 3 bahagian tuh duk calonkan lagi Mamat nih???? Habis duit dirompak.... tak tahulah, apa perancangannya lagi.... Mat Taib nih, nak jadik calon UMNO masa PRU-12 arituh pun tak layak sebab rasuah, nih hangpa nak pilih lagi jadik ketua hangpa??? Memang Buta Perut!!!

NAIB PRESIDEN
(Kuota: 20 pencalonan)

1.Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (25)
2. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (16)
3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (15)
4. Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (11)
5. Datuk Seri Syed Hamid Albar (6)
6. Datuk Seri Dr Rais Yatim (4)
7. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (4)
8. Datuk Seri Shahidan Kassim (3)
9. Datuk Seri Mohamad Hasan (2 )
10. Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (2)
11. Tan Sri Annuar Musa (1)

AR: Haknih, lagi syiokkkk nak komen.... daripada 89 bahagian UMNO yang dah mesyuarat, hanya Hishamuddin aje yang lopeh....... awatlah hangpa nih???? takder kebersatuan langsung...... kita tunggu baki daripada 191 bahagian.... kirernya tinggal 102 lagilah..... tapi, aku konpemlah, masa nihlah gerakan RASUAH makin berleluasa untuk menghentikan pencalonan ke atas Hishamuddin dah menaikkan ranking peserta2 Akademi UMNO nih...... nampak gayanya Johan Rasuah kita, Isa Samad, hanya mampu mendapat 4 pencalonan sahaja..... kalau masa tahun 2004 tuh, Isa Samad nihlah yang memperolehi undi terbanyak daripada perwakilan untuk kerusi Naib Presiden nih..... kali nih, lopeh ke yop???? Untuk maklumat, 3 Naib Presiden akan dipilih...... aku tongah duk menunggu hangpa bergaduh..... kalau ada adegan tarik janggut JJ pun best gaks.... kui3..... eh, eh, masa nih, perlu distop aktiviti mencabul.....

Tuesday, October 14, 2008

KJ Menanti Kekalahan.... Balik Singapore ajelah!!!

Penantian manusia bernama Khairy Jamaluddin mendapatkan 38 pencalonan dalam bertanding bagi menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO dinantikan oleh beliau dengan senantiasa mencari peluang yang ada di gian yang masih belum bermesyuarat.

Apa yang lagi memalukan apabila, terdapat satu bahagian yang 80% daripada ahlinya membuat petisyen membantah keputusan apabila didapati Khairy Jamaluddin menang dalam pencalonan dan Mamak Merican yang merupakan proxy KJ bagi jawatan Naib ketua Pemuda juga menang sedangkan kebanyakan ahli yang mengundi tidak mengundi kedua-dua mereka ini......

Tak pahamlah...... AR rasa, inilah masanya KJ perlu pulang semula ke Singapura atau di negara kelahirannya di Kuwait ...... sebab, nampak sangat makhluk ini gila jawatan dan ingin mengepalai pemimpin Malaysia semata-mata mengaut kekayaan di Bumi Malaysia....

Kita tidak perlu pemimpin sebegini!!!!! Walaupun aku nih bukannya daripada UMNO dan tidak pernah menanggotai United Malays National Organization.... namun, aku tetap kesian bangsa yang seagama dengan aku dalam UMNO nun apabila dikepalai oleh Perompak a.k.a penjenayah yang sering terlepas dek kerana benteng politik UMNO yang berselindung di celah ketiak Pak Lah.

Blog Stats