Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Saturday, December 06, 2008

Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa : S/U Sulit Paklah Terselamat

Thajudeen bermalam di rumah ibu ketika kejadian

PETALING JAYA: Salah sebuah banglo yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa awal pagi adalah milik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Mohamed Thajudeen sekeluarga bagaimanapun dilaporkan berjaya menyelamatkan diri.

Ketika kejadian beliau berada di rumah ibunya di Kampung Baru di sini.

Mohamed Thajudeen berkata, beliau bersama empat anggota keluarganya tinggal di rumah ibunya pada malam itu selepas beliau pulang lewat kerana menjalankan urusan rasmi.

Rumahnya adalah antara yang musnah dalam kejadian itu.

Katanya, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 4 pagi oleh jiranya dan tiba di tempat kejadian pada lima pagi.

Mohamed Thajudeen yang sudah menetap di rumah itu selama 20 tahun berkata, beliau terkejut melihat apa yang berlaku setibanya di situ.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana terselamat dari kejadian ini. Mungkin ini adalah hikmah Tuhan yang menyebabkan saya tinggal di rumah ibu dan tak bagi saya tinggal di Bukit Antarabangsa (pada masa kejadian)," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. -mStar.




0 comments:

Post a Comment

Blog Stats