Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Saturday, December 06, 2008

Saya Tidak Berubah - Raja Petra

PETALING JAYA: Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, yang bebas daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) awal bulan lalu, menafikan andaian ramai bahawa beliau telah berubah, malah kritikannya tidak sepedas dulu.

Ketika dihubungi mStar Online hari ini, beliau yang turut dikenali sebagai RPK berkata, "itu mungkin persepsi (orang)."

"Ia tidak benar (andaian sudah berubah)," ujar beliau.

Beliau mengakui bahawa ramai yang mengharapkannya menghentam parti-parti politik apabila muncul dalam Al-Jazeerakelmarin.

"Saya memberikan pandangan mengenai dasar-dasar kerajaan, bukannya mengenai parti-parti politik," kata beliau ketika ditanya cakap-cakap bahawa sudah berubah sejak dibebaskan 7 November lalu.

Cakap-cakap itu antara lain mengatakan bahawa Raja Petra sudah tidak tegas, kemungkinan telah dineutralkan semasa dalam tahanan.

Persepsi sedemikian diberikan sejak beliau muncul dalam program temu bual bersama saluran Al-Jazeera, yang disiarkan dua hari lalu.

Raja Perta menjelaskan, beliau masih menulis dan memberikan pandangan kritis mengenai sesuatu isu yang menyentuh kepentingan rakyat.

Sebagai contoh katanya, beliau telah menyatakan pandangannya tentang ISA dalam forum anjuran Majlis Peguam Isnin lalu.

Walaupun banyak pandangan telah diberikan agar ISA dimansuhkan tetapi sehingga kini tiada sebarang perubahan, ujar beliau.

"Pada forum itu saya ada mengatakan bahawa Umno tidak mahu (ISA dihapuskan) dan saya juga mengatakan bahawa jika mahu memansuhkan ISA, Umno (parti komponen utama Barisan Nasional) perlu digantikan," katanya.

"Bukankah itu pandangan kritis?" katanya.

"Malah saya juga menulis dalam Malaysia Today sehingga sekarang, malah saya telah menulis tujuh artikel sejak ditahan di bawah ISA," kata beliau sambil menambah, "ini bukan kali pertama saya ditahan di bawah ISA."

Beliau pernah ditahan di bawah ISA pada 2001 dan kemudian mengendalikan Malaysia Today antara portal yang diikuti ramai.

Raja Petra ditahan sejak 12 September lalu dan dibebaskan 7 November.

Bulan lalu, Mahkamah Tinggai Shah Alam membenarkan permohonan habeas corpus Raja Putra supaya dibebaskan daripada tahanan mengikut Seksyen 8 ISA dan mendapatkan pengisytiharan bahawa penahanannya tidak sah di sisi undang-undang.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri menyatakan Raja Petra perlu ditahan di bawah ISA dengan alasan telah bertindak secara sedar, sengaja dan tidak bertanggungjawab dalam menyiarkan artikel tulisannya dan komen pembaca yang mempersendakan dan menghina orang Islam, kesucian agama Islam dan peribadi Nabi Muhamad SAW yang telah membangkitkan kegelisahan dan kemarahan masyarakat Islam di negara ini sekali gus boleh mewujudkan krisis keyakinan terhadap agama Islam serta mencetuskan persengketaan dan ketegangan agama antara masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.

Jabatan Peguam Negara telah mengemukakan rayuan berhubung keputusan pembebasan itu.

Dalam ulasan lanjut, Raja Petra berkata, kemunculan beliau dalam Al-Jazeera adalah bagi memenuhi cita rasa dan kehendak kumpulan khalayak yang berlainan berbanding Malaysia Today.

"Khalayak Al-Jazeera yang melibatkan 180 juta isu rumah, merupakan penonton antarabangsa manakala isu yang disentuh ialah kebebasan akhbar.

"Saya bercakap mengenai isu iaitu kebebasan akhbar untuk khalayak antarabangsa dan saya perlu menyampaikan pandangan mengikut kumpulan sasaran itu.

"Oleh itu, saya tidak boleh bercakap macam kita bercakap dengan khalayak tempatan. Cara untuk bercakap dengan khalayak tempatan adalah berlainan, dan saya selalu siapa khalayak apabila bercakap tentang sesuatu isu," katanya.

Oleh itu, kata Raja Petra, mungkin ada pihak yang mengharapkan beliau bercakap mengikut khalayak tempatan.

Tambah beliau, kebebasan akhbar berkaitan dengan dasar kerajaan yang sedang memerintah.

"Ini bukan isu parti. Sekarang kerajaan ialah BN, dan jika Pakatan Rakyat memerintah dan isu ini masih wujud, saya akan menyentuh (menulis) mengenainya," katanya. -mStar

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats