Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Friday, November 07, 2008

10.5 Juta...... Wang Ex-Gratia Hakim!!!!

jerit tamil school parliament protest 290307 nazriMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan hari ini bahawa kerajaan telah membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada enam orang bekas hakim, termasuk bekas Ketua Hakim Tun Salleh Abbas.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa daripada jumlah tersebut, RM5 juta telah dibayar kepada Salleh.

Jumlah tersebut dibayar oleh kerajaan kepada enam bekas hakim tersebut yang dipecat sewaktu krisis kehakiman pada 1988.

Selain Salleh, lima lagi penerima saguhati tersebut ialah lima bekas hakim Mahkamah Agung - Tan Sri Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcadeer, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri George Seah dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh.

Wan Suleiman dan Seah masing-masing dibayar RM2 juta manakala Eusoffe, Azmi dan Hamzah, masing-masing mendapat RM500,000.

bm version judicial sacking ex gratia payment to former judges 061108Menjelaskan mengapa enam hakim tersebut masih menerima bayaran pension sejak 20 tahun lalu walaupun mereka diberhentikan perkhidmatan, Nazri berkata, mereka tidak dipecat tetapi perkhidmatan mereka ditamatkan lebih lebih awal dari kebiasaannya.

Menurutnya, Salleh menerima bayaran pencen bulanan sebanyak RM5,102, Seah pula menerima RM5,916, Hamzah (RM6,508), Wan Suleiman (RM4,815), Eusoffe (RM4,815) dan Azmi (RM5,916).

Minggu lalu, Nazri menjadi sasaran ahli Parlimen pembangkang apabila menyatakan yang beliau tidak tahu jumlah sebenar yang dibayar kerajaan kepada bekas hakim-hakim tersebut.

- Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats