WALAUPUN setakat ini, Wanita bahagian-bahagian sudah mencalonkan gandingan Tan Sri Rafidah Aziz dan Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai 'regu' kerana bersetuju dengan 'pelan peralihan kuasa' yang diumumkan sebelum ini, ternyata ada yang tidak menerima cadangan tersebut. Apabila Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beruas (Perak) mencalonkan Shahrizat sebagai ketua dan Menteri Pelancongan, Dato' Seri Azalina Othman Said sebagai naib, ia sebenarnya mengambarkan memang ada usaha menolak Rafidah dari kerusi itu, sekaligus memberi peluang 'orang muda' menerajui Wanita selepas ini. Seminggu sebelum persidangan bahagian-bahagian bermula, Shahrizat sudah menghantar Setiausaha Politik Perdana Menteri yang bertugas untuknya, Dato' Suhaimi Ibrahim menemui kepimpinan Wanita bahagian-bahagian, supaya hanya mencalonkan Rafidah-Shahrizat dan jangan sesekali mencalonkan Shahrizat-Azalina sebagaimana yang dikehendaki 'grassroot' Wanita, masa ini. Ada sumber dari Pergerakan Wanita memberitahu, Rafidah tidak membenarkan langsung nama Azalina disebut dan dikaitkan dengan Wanita Umno. Ia sekaligus membenarkan cerita-cerita sebelum ini, penubuhan Puteri Umno memang mendapat tentangan hebat dari Rafidah, tetapi Presiden Umno ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkeras mahukan Puteri diwujudkan sebagai sebuah entiti sendiri, bagi menarik minat orang-orang muda (wanita) menyertai Umno. Tidak hairanlah apabila suatu ketika dahulu, golongan artis dilibatkan dalam barisan Exco Puteri, walaupun akhirnya mereka semuanya 'mengundurkan' diri kerana tidak mempunyai jiwa yang sesuai dengan politik. Ada pihak mendakwa, Rafidah mahu 'mewarisi' Pergerakan Wanita Umno ini kepada Shahrizat dengan Dato' Halimah Mohamad Sadique (Ahli Parlimen Tenggara) tetapi disebabkan Halimah tidak dilantik sebarang jawatan dalam kerajaan selepas Pilihanraya Umum 12 yang lalu, banyak pihak melihat Halimah seperti merajuk dengan enggan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Tenggara dalam pemilihan yang berlangsung sekarang. 'Merajuk' memang sudah cukup sinonim dengan 'orang Johor' apabila sejarah membuktikan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun Musa Hitam dikatakan pernah 'merajuk' apabila berselisih faham dengan pucuk pimpinan. Dalam kes merajuk juga, orang-orang Umno Johor tentunya masih ingat bagaimana Asmaun Ismail (bekas Ketua Umno Bahagian Tenggara) juga dilihat merajuk apabila ditahan di bawah ISA dan dikaitkan namanya dengan isu Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam tahun 1998 dahulu. Ketika Halimah dilihat merajuk, ada usaha untuk membawa Azalina yang merupakan Ahli Parlimen, Ketua Bahagian dan Menteri dari Johor sebagai 'pelapis' dalam Pergerakan Wanita, tetapi selagi Rafidah ada di situ, Azalina seboleh-bolehnya 'dihalang' dari disenaraikan. Malah, apa yang dilakukan oleh Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beruas, salah satu bahagian dalam Negeri Perak, di mana Rafidah adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar membuktikan, ada usaha memberitahu Pergerakan Wanita di bahagian-bahagian lain di seluruh negara, supaya 'menolak cadangan' Pelan Peralihan Kuasa antara Rafidah dengan Shahrizat. Jika Bahagian Beruas itu datangnya dari Johor, mungkin ia tidak membawa apa-apa erti, tetapi disebabkan Beruas adalah bahagian dalam Perak, Rafidah tentunya 'kecewa' dengan keingkaran Wanita mentaati keputusannya - di penghujung kariernya sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia. Berbeza Wanita Umno dengan Pemuda dan Puteri, mereka (Pemuda dan Puteri) tidak menyediakan Pelan Peralihan Kuasa. Malahan, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato' Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak menunjuk sesiapa yang dikehendakinya, bagi menggantinya. Dalam politik, apabila ada kenyataan seperti itu, tentunya ramai yang beranggapan bahawa dia tidak menyokong Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai penggantinya, sedangkan (induk) Umno menyaksikan Presiden mahukan timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak menggantikan tempatnya dan Pergerakan Wanita, Shahriat adalah pengganti Rafidah. Tidak mustahil, jika Shahrizat mendapat cukup percalonan, dia akan 'terpaksa' membuat keputusan untuk menentang Rafidah kerana, adalah lebih mudah baginya mengalahkan Rafidah daripada mengalahkan Azalina yang jelas 'pemimpin yang berkuasa' sekarang atas sifatnya sebagai Menteri. Shahrizat mungkin 'malu alah' untuk berdepan dengan Rafidah tetapi disebabkan Rafidah sudah tidak berjawatan Menteri, sama seperti Shahrizat, adalah lebih manis sebenarnya jika Rafidah 'tidak mengaturkan pelan peralihan kuasa' seperti yang diaturkan antara Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Dato' Seri Najib Tun Razak. Lagi pun, selepas Rafidah berundur, amatlah sukar bagi Shahrizat menjadi seorang 'Naib Ketua Pergerakan Wanita' yang boleh beregu dengannya sehingga pemilihan tiga tahun akan datang. Jika tidak, bukan sahaja jawatan Naib Ketua Wanita Umno itu akan menjadi perebutan malahan, silap perhitungan Shahrizat sendiri akan tergugat kedudukannya. Sejarah Umno selepas Merdeka membuktikan belum pernah seorang Ketua Pergerakan Wanita tidak menduduki jawatan Menteri. Kini, ia menimpa Rafidah yang tentunya kurang manis ketika berjawatan dalam parti, tidak berjawatan dalam kerajaan. Kelantangan Rafidah selama ini, ketika berjawatan serentak (parti dan kerajaan) hilang wibawanya apabila dia sudah tidak menjadi Menteri. Itulah sebabnya, apabila Azalina dilihat menjadi Menteri dalam kabinet sekarang, Wanita Umno membayangkan bahawa pucuk pimpinan mahukan Azalina 'menggantikan' Rafidah, walaupun Shahrizat adalah Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat kepada Perdana Menteri, yang disediakan dengan seorang Setiausaha Politik untuknya meneruskan tugas. Masa masa jauh dan Wanita Umno masih mampu mengubahnya! - Harakah AR: Tak mungkinlah..... Azalina Othman tuh wanita ke???? habislah Wanita2 UMNO kalau diteraju dek Azalina nih!!!! kahkahkah... memang lawaklah hangpa nih wahai UMNO!!!! Abang Azalina pun korang berkenen nak ambil jadi kemudi WANITA UMNO.... gelak ghamai2..... dengaq kata.... Azalina mana pernah hadir meeting WANITA UMNO.... tak cayer, tanyalah kat Rafidah dan Shahrizat nun!!! |
Fandi Ahmad Hampa Kesilapan Minit Akhir Punca Sri Pahang FC Catat Seri 1-1
Dengan Selangor FC
-
*TEMERLOH: *Ketua Jurulatih Sri Pahang FC Fandi Ahmad hampa apabila skuad
bimbingannya setakat mencatat keputusan seri 1-1 berdepan Selangor FC pada
aksi...
15 hours ago
0 comments:
Post a Comment