Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Sunday, November 30, 2008

Hottt!!! Hisham Meroyan Nak Masuk Parti Pembangkang - malaysiakini

Betul ke tak betul nih sham????? Lebih baik jadi pembangkang, dan lebih baik joint PAKATAN RAKYAT????

Tapi, masih kebudak-budakan komenmu itu....... nampak gaya, mungkin ko akan kalah untuk merebut 3 Jawatan Naib Presiden UMNO nanti, walaupun percalonanmu Meriah......


aku ambillah nak tunjuk, Utusan tulis nih.......

Lebih baik jadi pembangkang - Hishammuddin

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan lebih baik bagi pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyertai sahaja parti pembangkang sekiranya mahu terus mengungkit sejarah dan fakta negara.

Beliau berkata, dengan menidakkan sejarah termasuk konsep ketuanan Melayu, mereka hanya meletakkan diri dalam wajah yang sama dengan pembangkang iaitu berpolitik pada landasan kaum serta agama dan sebab itu lebih baik untuk mereka berada bersama pembangkang.

Tegas beliau, kenyataan-kenyataan yang mengungkit soal sejarah ini jika diteliti bukanlah dilakukan melalui hati yang ikhlas tetapi lebih kerana kepentingan peribadi dan politik sahaja.

Baginya, pemimpin yang mengungkit perkara itu sengaja mahu menjadi 'hero' atau menjadikan perkara itu sebagai isu untuk meletakkan kawan-kawan sendiri dalam partinya atau parti lain berada dalam situasi yang perlu menjawab kepada isu yang dibangkitkan itu.

''Selepas 8 Mac, kita berada dalam landskap politik yang baru dan semua tercari-cari macam mana nak posisikan diri dan perjuangan.

''Namun kalau letakkan diri dalam takuk lama seperti dalam keadaan pembangkang, maka akhirnya lebih baik mereka duduk dalam pembangkang,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pertemuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di sini hari ini.

Hishammuddin diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang menolak konsep ketuanan Melayu sebaliknya hanya mengakui konsep kepimpinan Melayu.

Bagi Pemuda UMNO, katanya, sayap itu mengetahui dan memahami apakah sejarah dan kedudukan Perlembagaan negara.

Justeru menurut beliau, bukan cara Pemuda UMNO untuk menjadi relevan dengan mengungkit sesuatu perkara yang hanya boleh menyebabkan diri menjadi hero tetapi kemudian meletakkan rakan-rakan lain dalam situasi menjawab.

''Justeru kita selepas Mac ini mahu lakukan perubahan dengan mendengar apa yang menjadi kehendak ramai agar terus diterima semua dalam landskap politik yang baru.

''Saya yakin UMNO dan BN boleh lakukan tetapi nampaknya masih ada pemimpin yang belum lagi sedar bahawa mereka perlu berubah dengan melihat dalam konteks kaca mata baru,'' katanya.

Hishammuddin mengingatkan semua pihak agar berhenti daripada membangkitkan sebarang isu yang melibatkan kaum dan agama.

Beliau berkata, rakyat telah mula muak dan penat dengan gelagat politik seperti itu yang lebih mencerminkan pandangan sesuatu individu itu sahaja.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat mahu pemimpin politik bekerja melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan setelah lapan bulan pilihan raya umum berlalu.

''Kita telah lalui pilihan raya dan orang nak lihat kita ke depan, laksanakan kerja kita. Kalau terbelenggu dalam isu seperti ini, bila kita nak buat kerja.

''Terbaru, orang yang meluahkan hal itu juga hanya membangkitkan sekarang, bukan dulu ketika berada dalam kerajaan, pegang jawatan Kabinet,'' tegasnya.

Banjir di Kelantan dan Terengganu - Ujian Untuk Kemenangan Parti - ref malaysiakini


Nampak gayanya musim tengkujuh dah datang dan kini tibalah bah dan banjir di sekitar Terengganu dan Kelantan.....

Semua sedia maklum, Pilihanraya Kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu dah tak lama daaaaa......

Banjir yang mendatang dengan kemusnahan harta benda dan penderitaan rakyat miskin di kampung ini menjadi Ujian Pertama kepada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk dinilai oleh rakyat di peti undi nanti.

KALAU TAK SUMBANG DUIT..... SUMBANGLAH TENAGA..... Kalau Duit dilimpah setinggi gunung sekalipun, tidak bermakna sekiranya tiada pertolongan untuk mengangkut barang dan juga apa-apa yang patut........

Jadi, sama-samalah kita NILAIkan!!!!! Apa yang pasti kedua-dua parti ini konpem akan menunjukkan yang terbaik...... Jangan bergaduh dan berbalah untuk menolong dah lerrrr......


MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.

Malaysiakini melaporkan.....

Keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan pagi ini meningkat kepada 3,484 orang berbanding 1,743 orang petang semalam.

"Setakat ini empat daerah di Terengganu terlibat dengan banjir iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Marang," kata jurucakap bilik gerakan banjir negeri, lapor Bernama.

Besut daerah paling buruk dilanda banjir apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,556 orang berbanding 954 petang semalam, diikuti Setiu (964), Hulu Terengganu (609) dan Marang (355).

Jurucakap itu menambah, paras air sungai-sungai Besut, Setiu, Nerus dan Marang masing-masing melepasi paras bahaya.

Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Km29 dibuka satu lorong sahaja pagi ini, manakala Jalan Kuala Berang-Sungai Tong dan Jalan Kuala Berang ke Tasik Kenyir ditutup kepada kenderaan ringan, katanya.

Menurut agensi berita yang sama, keadaan banjir di Kelantan juga semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 3,415 orang berbanding 2,397 orang semalam.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir Kelantan berkata, kesemua jalan utama kini dibuka kepada semua kenderaan kecuali dua buah jalan di daerah Pasir Mas iaitu jalan di Kampung Kajang dan di Kampung Rahmat yang ditutup kepada kenderaan ringan.

Sementara itu, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan, tujuh sungai utama di Kelantan kini berada pada paras berjaga-jaga manakala satu sungai utama menghampiri paras berjaga-jaga.

Sementara itu, keadaan banjir daerah Temerloh dan Cameron Highlands pada pagi ini tidak berubah dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan kekal 25 orang, menurut jurucakap bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Daerah Temerloh masih mencatatkan 12 mangsa dari kampung Kuang, Lanchang yang kini ditempatkan di balai raya Taman Murni manakala 13 mangsa daripada dua keluarga di Cameron Highlands masih berada di dewan orang ramai Ringlet.

Katanya, dua jalan di daerah Bera iaitu jalan Kampung Orang Asli Chuat dan jalan Kampung Orang Asli Ibam masih ditutup kepada kenderaan ringan selepas air setinggi satu meter melimpahi jalan.



AMARAN !!!! - Gambar adalah Hiasan sahaja, Banjir yang lalu nih......

Hottt!!!! ~ Ariff Shah Ingin Sertai PKR

Malaysiakini - Datuk Arif Shah Omar Shah, pencabar tokoh utama PKR sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh pada Ogos lalu, sedang mempertimbangkan untuk menyertai parti itu.

Beliau berkata kini 30 peratus peluang beliau menyertai parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu selepas mendakwa diketepikan dengan serius oleh ketua bahagian Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

"Saya harus berbincang dengan (ketua menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dahulu supaya beliau selesa (dengan kemungkinan beliau menyertai Pakatan Rakyat," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

arif shah omar shah pc 040808 01"(Pemimpin) PKR (negeri) mempelawa saya (menyertainya), mereka mengalu-alukan kehadiran saya tetapi ia bukan keputusan yang mudah, banyak perkara perlu difikirkan dan saya harus menyelesaikan satu per satu."

Mengulas sama ada pergeseran beliau dengan Abdul Jalil - yang mengekalkan jawatan ketua bahagian Umno pada Oktober lepas - dengan kepemimpinan atasan Umno, Arif Shah berkata beliau akan membawa perkara itu jika beliau ingin meninggalkan parti itu.

Diminta mengulas lanjut sebab-sebab yang mendorongnya melompat kepada parti pembangkang itu, Arif Shah berkata penyalahgunaan kuasa yang didakwa dilakukan Abdul Jalil telah menghalangnya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Arif Shah menguasai DUN Seberang Jaya, dalam bahagian Permatang Pauh, selama dua penggal berturut-turut. Dua lagi DUN bawah parlimen itu masing-masing dikuasai PAS (Permatang Pasir) dan PKR (Penanti).

"Banyak perkara yang saya harus melalui beliau (Abdul Jalil) termasuk di kawasan DUN saya sendiri, saya tidak boleh bertemu dengan pemimpin-pemimpin cawangan," katanya.

"Bagi saya, jika orang memerlukan khidmat saya, tanpa mengira sama ada mereka Melayu, Cina atau India, saya mesti menolong mereka."

Ditanya sama ada PKR menawarkan sebarang jawatan, beliau berkata: "Perkara itu tidak penting, saya perlukan wadah untuk menyalurkan khidmat saya."

Arif Shah dilaporkan ditawarkan jawatan timbalan ketua menteri I yang kini dipegang oleh wakil rakyat Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin.

Beliau bagaimanapun berkata perlu masa untuk mengambil keputusan muktamad.


ARef : Bab ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 tuh buat aku geli geleman aje.... ada2 aje PRESS nih!!!! aku tak rasa camtuh!!!! sebab, tak kelapaqlah sampai nak RASUAH JAWATAN

Saturday, November 29, 2008

Ibu MB Terengganu meninggal dunia

mStar - KUALA TERENGGANU: Ibu Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said meninggal dunia di Pusat Perubatan Kemaman kira-kira pukul 10.30 malam tadi kerana sakit tua.

Wook Ali, 88, menghembuskan nafas terakhirnya setelah dimasukkan ke pusat perubatan tersebut sejak seminggu lepas.

Kematian Allahyarham disahkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Ketika itu, Ahmad yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik, berada di sisi ibunya bersama anggota keluarga yang lain.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Telok Kalong selepas Zohor, hari ini. BERNAMA

PKR sedia 'tempur' Sarawak, Anwar terus beri harapan tubuh kerajaan

mStar - SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memulakan langkah drastik 'menggempur' Sarawak bagi memastikan pengaruhnya dapat menembusi negeri berkenaan bemula bulan hadapan.

Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rintihan dan kemahuan rakyat di Sarawak yang sangat inginkan perubahan sentiasa didengari dan akan diberi perhatian yang serius.

"Mudah-mudahan kita dapat menjana kekuatan yang lebih dan seruan rakan di Sarawak juga kita dengar dan kita sudah putuskan mulai bulan hadapan ahli-ahli Parlimen dan pimpinan PKR untuk 'bertempur' di Sarawak," katanya semasa menyampaikan Ucapan Khas Penasihat PKR di Kongres Tahunan Nasional ke-5 PKR di sini hari ini.

Anwar juga melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP akan terus bekerjasama bagi memastikan perubahan besar akan berlaku di Sarawak malah terus memberi harapan untuk membentuk kerajaan.

"Kita percaya pimpinan PAS dan DAP akan sama-sama membantu kita supaya kita saksikan perubahan besar di Sarawak dan mudah-mudahan ada juga perubahan besar lainnya yang akan berlaku di negara kita," katanya sambil disambut tepukan gemuruh penyokongnya.

Kongres berkenaan dihadiri oleh kira-kira tujuh ribu penyokong parti itu yang terdiri datipada 1927 perwakilan, 1200 pemerhati dan hampir empat ribu pemerhati terbuka yang datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata harapan seluruh rakyat masih tinggi untuk melihat perubahan dalam kepimpinan politik negara.

"Saya percaya harapan kita masih tinggi kerani kita janjikan perubahan walaupun perubahan ini masih belum capai sepenuhnya.

"Harus ingat, perubahan ini bukan untuk politik peribadi tetapi untuk tegakkan satu sistem yang bebas," katanya.

Tegas beliau walaupun perubahan kuasa masih belum berlaku pada 16 September namun semangat perjuangan yang diperjuangkan rakyat tidak akan tergugat walaupun menghadapi cabaran dari pelbagai pihak.

"Saya percaya walaupun dengan sepak terajang mereka tak mungkin akan gugat semangat kejituan dan kepahlawanan rakyat jelata," katanya.

Tambah beliau lagi, sentimen perkauman yang dimainkan Umno dan Barisan Nasional (BN) seolah-olah 'jaguh Melayu tulen' yang mempertahankan hak kaum Melayu.

"Padahal mereka sendiri yang melakukan pembohongan...merekalah pemimpin Melayu yang pecah amanah," katanya.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata pakatan itu tidak akan sekali-kali mempertikaikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kita janjikan suara rakyat...suara keramat. Apa yang termaktub dalam Perlembagaan mengenai soal kedudukan bahasa Melayu, agama Islam, kuasa Raja-raja serta hak keistimewaan orang Melayu tidak akan kita pertikaikan," katanya.

gambar-gambar sekitar kongres Nasional Keadilan

SUMBER : sya~reformis





Kenangan Peribadi Bersama Razali Ismail

Si_anu : " Izinkan aku mencoret sebuah kenangan bersama dato razali ismail yg telah meninggal dunia. Kenangan ini berdasarkan kisah benar yg tiada tokok tambah.

Aku pernah mengajar di terengganu sekitar 90-an. Kisah aku mengenali dato razali razali ialah ketika dia menjadi naib pengetua mak tab pasir panjang sekitar tahun 1997. Ketika itu aku mengambil kursus dalam perkhidmatan 14 minggu.

Ketika aku sedang berada dlm satu slot kursus itu dia masuk dan membuat syarahan atau anilisis pendek mengenai sebuah karya sastera bertemakan "beruk". Cerpen beruk yg aku tak ingat siapa pengarangnya mengisahkan kesusahan seorang murid diluar bandar....

Murid itu terpaksa buat part time mengambil kelapa oleh bantuan beruknya. Antara kisah beruk dan murid itd itu ialah suatu hari ketika si guru datang melawat murid tersebut di rumahnya(kerana selalu ponteng sekolah). Beruk itu tiba-tiba naik angin dan mencederakan si guru. Murid itu kemudian membunuh beruk itu kerana mahu "menyelamatkan " gurunya.

 Selepas membaca sinopsis cerita beruk itu lalu dato razali pun membahaskan pengajaran dari kisah tersebut. Nadanya bersahja dan pidatonya hebat. Suaranya pun agak baku. Aku sangat tertarik dengan pidatonya yg berisi..dia begitu bersemangat sekali, pendekata aku minat pidatonya.

Selepas slot itu dia pergi melawat ke kelas lain "lawatan ke setiap kelas" fikir ku.

Suatu petang aku bersama rakanku bermain badminton di dewan maktab.tibu-tiba aku dikejutkn dengan kehadiran dato razali dan join sekali bermain. Aku agak kaget dan terpegun. Satunya kerana aku tak jangka nak bermain badminton dengan kami dan satu lagi aku langsung tak cekap bermain, malu jugak nak bermain! Tapi yg terselit di minda ku ketika itu ialah ialah dato razali ni senang kira, tak pilih bulu dan sebagainya.

Di satu pagi khamis kalau tak salah aku ada perhimpun rutin untuk pelajar maktab. Dato razakli (masa tu tak dapat le lagi dato) pun berucap yg sekira-kiranya membawa maksud katanya dimaktab tidak dibenarkan merokok pd banyak tempat. Utk mereka yg gemar dan mahu merokok dia telah menyeeediakan satu tempat yg bergelar "zon bunuh diri" aku tak berapa ingat samada zon itu benar2 wujud, kerana aku tak merokok.dia begitu bersemangat sekali, pendekata aku meminati pidato dan penampilan nya..tak lupa gaya bahasanya.

Ketika isu anwar timbul aku mendengar ucapannya menggunakan kalimah "reformasi" dalam ucapannya seolah2 membayangkan dia menyokong reformasi ds anwar. Dlm fikiran ku "sah", dia menyokong dato seri anwar.

Bila aku sudah tamat kursus dan kembali ke sekolah asal, beliau berkunjung ke sekolah ku di felda. Itu adalah satu siri melawat guru-guru praktikal dari maktabnya. Ketika itu dia ada memberi taklimat kepada kami para guru di sekolh felda yg berkenaan. Lagi sekali aku tersentak kerana dia menggunakan kalimah "reformasi" dalam konteks pendidikan. Antara klimah lain yg popular baginya ialah "kebejatan sosial" dan "re-engineering" dgn bahasanya yg agak baku...

Terakhir yg aku tahu khidmatnya dalam pendidikan ialah jadi pengetua di maktab perguruan batu rakit.pada pilihnrya 1999 (kalau tak salah aku). Aku dikejutkan dengan kenyataan beliau menjadi seorang calon pru bn di satu kawasan di kuala terengganu. Dalam fikiranku ketika itu "kalau tak salah aku dia ni penyokong ds anwar, macammana boleh jadi calon umno pulak".. Minatku terhadapnya menjadi semakin pudar selepas insiden pru 1999 itu....aku masih keliru akan mazhab politiknya....apa agendanya?

Blog Stats