Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.
Monday, November 17, 2008
Siapakah Reformis Ramlan Abu Bakar? - Tak Pernah Tahu Pun???
Alasan yang diberikan adalah kerana sudah rimas dengan permainan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana terus memandang sepi berhubung aduan yang dikemukakan berkaitan dengan kebajikan dan permasalahan rakyat.Reformis juga bersedia untuk berdebat dengan Kerajaan Pakatan Rakyat demi membela golongan miskin di Selangor yang terus ditindas.
Persoalan yang bermain dibenak fikiran kita sekarang ini ialah siapakah sebenarnya Ramlan Abu Bakar? Adakah dia ini benar-benar reformis yang betul-betul berjiwa rakyat dan amat prihatin dengan masalah rakyat? Adakah rakyat miskin amat bersetuju dengan cadangan dia ini untuk melancarkan kempen mogok bogel? Apakah hanya ini sahaja caranya atau kaedah yang ada untuk kita mencari penyelesaian kepada sesuatu permasalah yang timbul?
Secara peribadi cadangan untuk mengadakan kempen mogok bogel adalah satu cadangan yang paling keji, jijik dan teramat-amat bodoh. Tindakan ini akan menjatuhkan maruah peribadi kita sebagai seorang muslim. Lupakah kita pada balasan Allah? Kita berjuang untuk mendapatkan keredhaan Allah. Dalam setiap perjuangan kita mesti letakkan nama Allah di atas kerana keberkatan sesuatu perjuangan itu datangnya dari Allah. Apabila kita berjuang menuntut keadilan dengan mogok bogel, ianya amat menyimpang dari suruhan Allah. Adakah Allah akan memberi keadilan yang dituntut itu kepada kita?
Para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat diharap tidak terperangkap dengan isu mogok ini. Apa yang perlu dilakukan adalah mencari identiti sebenar Ramlan Abu Bakar ini. Bongkarkan latar belakangnya agar semua penyokong dan pendokong tahu siapakah dia Ramlan Abu Bakar. Apa yang dibimbangkan adalah mungkin ianya satu permainan yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Pakatan Rakyat demi untuk menjatuhkan maruah kerajaan Pakatan Rakyat dimata rakyat.
CONFIRM!!!! : Harga petrol, diesel turun lagi
Malaysiakini : Harga petrol, diesel turun lagi Nov 17, 08 6:15pm Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa esok.Sehubungan itu, harga runcit petrol dan diesel adalah seperti berikut:
• Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.15 seliter kepada RM2 seliter;
• Petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter; dan
• Diesel dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.
Penurunan harga petrol dan diesel itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.Ini merupakan kali kelima kerajaan menurunkan harga minyak petrol dan diesel.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 15 sen pada 31 Oktober lalu.
Harga Minyak Turun Malam Ini
Perak Express : Baru dapat maklumat dari Edi..harga minyak akan turun pada tengah malam ini.
Ron 97 - RM2.00 / liter
Ron 92 - RM1.90 / liter
Diesel - RM 1.90 / liter
ARef : Nak naik nih laju ajer depa rembat..... bila nak turun, terkemut-kemut..... ko ker shahrir samad oi???? Kepada pengguna kenderaan bermotor...... Pastikan tangki minyak anda kosong untuk mengisi minyak murah..... kah3....
Hotttt : PENGERUSI SPR DAPAT RASUAH 400 EKAR TANAH?
angkasanuri : Pendedahan nyang dibuat oleh ahli parlimen kuantan jika terbukti kebenarannya adalah sesuatu yang mengejutkan dan amat malang kepada sistem demokrasi di Malaysia.Mengimbas pilihan raya ke-12 lalu, pihaknya berjaya mengesan penipuan BN yang dibuat secara licik dipercayai atas bantuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memasukkan pengundi lama di dalam daftar pemilih yang membantu kemenangan BN di Pahang.
Fuziah mendakwa, ekoran kejayaan cemerlang Umno Pahang atas permainan SPR, maka sebagai menghargai jasa kerajaan Umno Pahang menganugerahkan tanah seluas 400 ekar kepada pengerusi SPR yang dibuat atas nama seorang proksi.
"Kita ada bukti bergambar kaitan pengerusi SPR dengan proksinya yang mendapat anugerah daripada kerajaan Umno Pahang," ujarnya.
Menurut Fuziah, pengerusi SPR itu juga turut mendapat tanah di Selangor atas jasanya memenangkan Umno-BN Selangor dalam pilihan raya umum sebelum itu.
Kita sama-sama tunggu adakah satu siatan akan dilakukan secara telus dan adil. Memandangkan tuduhan penyelewengan ini melibatkan pengerusi Suruhanjaya yang dilantik oleh DYMM agung maka wajar sebuah badan siasatan bebas atau Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kesahihan tuduhan yang dibuat.
Sekiranya tuduhan itu tidak berasas, Fauziah Salleh wajar didakwa di mahkamah kerana membuat tuduhan yang tidak benar. Saya mencabar Tan Sri Rashid membuat laporan polis atau menyaman Fauziah jika laporan tersebut palsu. Jika tidak, Pak Lah juga kena bertanggungjawab kerana melantik kaki songlap dan rasuah mengetuai sebuah badan suruhanjaya yang menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia.
Selangor cadang tubuh sekolah agama teknik dan vokasional
Malaysiakini : Kerajaan Selangor bercadang untuk menubuhkan sekolah agama teknik dan vokasional, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Katanya sekolah agama teknik dan vokasional akan ditubuhkan segera bagi menampung pelajar mendapat pendidikan agama secara formal sehingga tingkatan lima.
Menurutnya, ia berikutan terdapat banyak permohonan untuk memasuki sekolah agama sedangkan tempatnya terhad.
Abdul Khalid menegaskan demikian ketika merasmikan perjumpaan khas guru-kuru kelas al-Quran dan fardu ain (Kafa) negeri Selangor 2008 di Shah Alam pagi tadi. Hadir sama ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sementara itu ketika bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, beliau berkata, kerajaan negeri akan membincangkan cadangan itu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak swasta.
Menurutnya, rangka tindakan cadangan tersebut dijangka dapat disiapkan enam bulan lagi.
Sehubungan itu Abdul Khalid berharap, kerajaan pusat dapat menyediakkan pembiayaan memandangkan program itu memberi kebaikan kepada negara secara keseluruhannya.
Elaun Kafa dinaikkan
Sementara itu, Khalid turut diminta mengulas cadangan wakil rakyat PAS Pokok Sena, Mahfuz Omar supaya kerajaan negeri Pakatan Rakyat menggunakan tambang penerbangan kelas ekonomi bagi menjimatkan wang kerajaan.
Mengulas perkara itu, menteri besar berkata kerajaan Selangor tidak ada masalah untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun, katanya, bukan semua tambang kelas perniagaan lebih murah daripada kelas ekonomi.
"Kadang-kadang sama," kata Khalid.
Mengenai kemungkinan Selangor mengembalikan penggunaan bahasa Malaysia di di sekolah agama rakyat untuk mata pelajaran Sains dan Matemarik, beliau berkata: "Cara mengajarnya lebih penting, bukan bahasa."
Dalam ucapannya sebelum itu, beliau turut mengumumkan tambahan elaun kepada guru Kafa sebanyak RM261.70 - daripada RM738.30 kepada RM1,000.
Elaun penyelia Kafa juga dinaikkan RM338 - daripada RM1,112 kepada RM1,500.
Selain itu, kumpulan tersebut akan dilindungi Insurans Takaful mulai Januari 2009.
ARef : Harap semua sekolah menengah kat Malaysia nih diseragamkan sekolah agamanya, takderlah beza sekolah menengah ngan sekolah arab.... sebab, perlakuan sekolah menengah kurang dijaga dari segi agama. sebab apa? yang sekolah arab pulak didiskriminasi oleh persekutuan.... sebab apa?
Umno saya baham, PAS saya hentam - Dr. Agus ~ malaysiakini




AnNasru : Menyantuni Professor Dr Agus Yusof di kediamannya di Bandar Baru Bangi bagaikan sudah lama mengenalinya. Cukup mesra, humorist dan friendly. Dan sememangnya professor ini dilahirkan untuk berhujjah dan berhujjah.
Semalam adalah kunjungan kedua kami dalam misi mendapatkan untuk beliau sebagai moderator Wacana Perdana berkonsepkan talk show yang bakal diadakan 20 Disember depan di Kota Bharu.
“Saya memang seronok bila dapat menghujjah dengan orang.
“Tak kira PAS atau Umno, dengan Umno saya baham, dengan PAS saya hentam.
“Itu sebabnya baik orang Umno atau PAS marah dekat saya.
“Apa pandangan PAS terhadap saya,” Dr Agus bertanyakan saya.
“Kami dapat lesen jemput prof program Wacana Perdana ni, maknanya positiflah,” saya respon ringkas.

“PAS dan Umno ada kelemahannya…”
Memang saya rasa kehidupan rutin Professor Dr. Agus tidak sempurna tanpa berdebat, berbahas dan menghujah.
“Apa kelemahan PAS?” soal saya.
“Banyak..,” kata prof.
“Contohnya prof?” balas saya lagi.
“Ada ketikanya PAS kelihatan mempergunakan agama untuk tujuan politik.
“Sampai hari ini kita menunggu draf Negara Islam untuk dibentang dalam Parlimen,” ujarnya panjang lebar.
Macam biasa tampak bersemangat seperti dalam program Hujah terbitan TV9.
“Pendekatan politik ikut semasa prof..,” sanggah saya sepatah saja.
“Mun tanyo aku sampai nak terkencing!!,” Professor Agus memang suka melawak. Tapi lawaknya berisi. Dia bukan ketawa sangat pun. Tapi dia berbicara bersama bahasa badannya.
“Hee..”
Sememang pertemuan –pertemuan yang diatur hari itu berbaloi walaupun kami hanya seketika (tak patut kata Dr. Agus) dapat berjumpa Pegawai Khas Khairy Jamaludin di Bangsar Village.
Ya. Khairy Jamaludin antara panelis yang sedang kami usahakan. Setakat ini katanya positif dan Khairy teruja untuk turut sama menjayakan Wacana Perdana.
Tak tahulah kalau dia berubah fikiran untuk berdepan dengan Dato Paduka Hj Husam.
ARef : Nantikan Wacana Perdana yang dihadiri oleh Dr. Agus, Dato Paduka Hussam Musa dan Khairy Jamaluddin.... InsyaALLAH.
Jom "Raba-Raba" Ke Blog YB JJ...!
Sumber : Perisik Rakyat
Pertama sekali aku ucapkan selamat datang ke dunia blogging kepada YB Jamaludin Jarjis (MP Rompin).Terima kasih pada pelayar anonymous yang telah mempromosikan laman blog YB JJ dalam ruangan komen [ini].
Aku tak pasti siapa tu anonymous, JJ kah atau sahabat-sahabat JJ...
Selamat melayar blog YB JJ di link di [SINI].
Dah ada 2 entri. hangpa baca la...
Untuk YB JJ... selamat membaca komen-komen dari pelayar blog anda...
*aku tak pasti YB JJ akan bersikap gentleman dengan menyiarkan semua komen-komen pro & kontra (kalau mencarut memang aku nasihatkan tak yah siarkan) atau tak... jangan jadik "girlman" dengan menyiarkan "puji-pujian" je sudahlah ye YB?
Jom Raba-raba ke blog YB JJ...!!!
ARef : ha3..... betoi3..... Jom raba2 mouse nih sambil nengok apa yang JJ nak habaq...... takkan takder nak defense apa2 kut kat Blog dia tuh, perang tenet nih.... jawab aje melalui tenet, lagi cepat. kah3