Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, November 17, 2008

HOTTT!!! : Salahuddin Ayub dan Dr Fuad Zakarshi Di TV9 Malam Ini.





HARI : ISNIN

TARIKH : 17 NOVEMBER

ISU: WAJARKAH AHLI PARLIMEN KELUAR DEWAN

TV : TV9

MASA : 10.30 MALAM



SALAHUDIN AYUB DAN DR. FUAD ZAKARSHEE





ARef : Saya nasihatkan Salahuddin Ayub agar tidak tekankan perkataan2 yang populis@glemer@glemer....... hak paling penting ialah ISI!!!!! YANG PALING PENTING IALAH ISI..... "Jangan diulang kegagalan LAMA dengan Shahrir Samad dulu"

PELUANG KERJAYA - 5th Penang Career EXPO 2008 ~ Malaysiakini


5th Penang Postgraduate & Career Expo 2008 at P.I.S.A , Penang.

( On the 29th and 30th Nov 2008 at 10.00 am - 6.00pm )

Admission is FREE
Come & Visit Us
What's In Store For Those Who Turn Up !

1000 FREE Firefly Air Tickets to be given away.
(Penang to Medan / Medan to Penang)
(Sponsored by Firefly Airlines) * Subject to terms and conditions

Don't miss this great opportunity to meet the Premier
Employers, Universities & Colleges in Malaysia :-
Aeon Credit Service (M) Bhd ( Kuala Lumpur )
Agensi Pekerjaan AllStaff Outsourcing Sdn Bhd
Agensi Pekerjaan GMP (M) Sdn Bhd ( Kuala Lumpur )
Agensi Pekerjaan JAC Sdn Bhd
Agensi Perkerjaan Career Wise Sdn Bhd
AIESEC in UUM
Ambank
Ann Joo Steel Berhad
Avago Technologies ( M ) Sdn Bhd
Bank Negara Malaysia ( Kuala Lumpur )
Carsem (M) Sdn Bhd ( Perak )
CELCOM
CONTINENTAL
Cosmopoint College of Technology
Crest Consultancy
Datacom South East Asia (M)Sdn Bhd ( Kuala Lumpur )
Dell Asia Pacific Sdn Bhd
Dongwha Fireboard Sdn Bhd
EPS CONSULTANTS SDN BHD
Eu Yang Sang ( 1959 ) Sdn Bhd ( Kuala Lumpur )
Federation of Malaysian Manufacturers
Finisar Malaysia Sdn Bhd ( Perak )
Firefly Airline
F-Secure Corporation (M) Sdn Bhd ( Kuala Lumpur )
Fuji Electric ( M ) Sdn Bhd ( Kedah )
Intel Technology Sdn Bhd
Jabatan Tenaga Kerja, Pulau Pinang
JOBS DB Malaysia Sdn Bhd ( Kuala Lumpur )
Jobstreet.com Sdn Bhd
Kareer.Com.My
Kelly Services (M) Sdn Bhd
Kontron Mfg Services (M) Sdn Bhd
Malaysia Japanese Society
Malaysian Automotive Lighting Sdn Bhd
Marvell Semiconductor Sdn Bhd
MAXIS
Molex ( Malaysia ) Sdn Bhd
Motorola Technology Sdn Bhd
OSRAM Opto Semiconductors (M) Sdn Bhd
Penang Hainan Association
Penang Seagate Industries (M) Sdn Bhd
PETRONAS
PPI Industries Sdn Bhd
Renesas Semiconductor (Malaysia )Sdn Bhd
Schawk Imaging Sdn Bhd
SCM Professional Centre Sdn Bhd
SG Marketing Management Sdn Bhd
Silterra Malaysia Sdn Bhd ( Kedah )
Silverstone Berhad ( Perak )
Southern Steel Berhad
Spansion ( Penang ) Sdn Bhd
Star-Jobs.com
STEC Technologies Sdn Bhd
Super Dinning Sdn Bhd ( Kuala Lumpur )
Thomas Media Solutions Malaysia Sdn Bhd ( Kuala Lumpur )
Toastmasters International, District 51
Unisem ( M ) Berhad ( Perak )
Universiti Kebangsaan Malaysia ( Kuala Lumpur )
Universiti Malaysia Perlis ( Perlis )
Universiti Teknologi Malaysia ( Johor )
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ( Johor )
Universiti Utara Malaysia ( Kedah )
Universities Teknologi Petronas ( Perak )
Victoria House Sdn Bhd ( Kuala Lumpur )
Walton International Group ( Kuala Lumpur )
WD Media ( Malaysia ) Sdn Bhd
X-Fab Sarawak Sdn Bhd ( Sarawak )
ZF Steerings (Malaysia) Sdn Bhd

Please bring along hard copies of your resumes & certificates as well as CD-ROM containing your biodata.

Terjemahan : Sila bawa resume dan sijil2 dalam bentuk hard copy atau soft copy.

Please indicate your name & contact number on the CD-ROM.

Terjemahan : Sila tulis nama anda di CD.

So, do turn up in full force and kindly share the good news with your friends and neighbours.
Always remember, when opportunity knocks, open the door to Success!

Warmest Regards
PenExpo Events Sdn Bhd
H/P No : 019-4579471
Email Add : penexpo@gmail.com


www.penexpo.com.my

- DATANG JANGAN TAK DATANG -
 IPOH : Seperti yang dijangkakan, media akan memainkan isu ini. Peluang untuk memberi penjelasan tidak pula diberi. Saya, bersama Setiausaha Akhbar, Anuar Hashim, Ust. Nor Azli Musa dan seorang lagi kebetulan ada di tempat kejadian.

Kami bersama MB sedang makan tengahari, bila seorang yang tidak dikenali menghampiri MB membawa surat meminta MB menandatangani. Beliau memperkenalkan dirinya dan MB membaca sepintas lalu dan seakan bersetuju menandatangani. Tetapi kami serentak mencelah, supaya tidak ditandatangani dulu dan meminta MB lihat keseluruhan isi surat tersebut terlebih dahulu


Dalam masa yang sama kami terlihat seorang jurufoto yang tidak dikenali sedang mengambil gambar. Kami mengesyaki ini adalah suatu perangkap dimana nanti akan keluar gambar MB menandatangani sesuatu yang boleh di ambil kesempatan untuk memburuk imej MB yang menandatangani sekeping surat yang tidak diketahui latar belakangnya di kantin.

Lantas MB panggil jurufoto tersebut lalu bertanya dari akhbar mana ; sama ada telah minta kebenaran atau tidak mengambil foto.Tetapi jurufoto tersebut semacam tidak ambil peduli .MB memanggilnya sekali lagi dengan nada yang agak kuat sikit, tetapi tidaklah sampai panggil 'Hoi' sebagaimana yang didakwa.

MB minta rakaman foto tadi dibuang. Untuk mempastikan foto tersebut dibuang, MB minta kamera tersebut diserahkan kepada Anuar Hashim,Setiausaha Akbarnya yang duduk di sebelah saya, dan meminta Anuar pastikan gambar tersebut dibuang.

Kamera itu diserah semula kepada jurufoto itu dengan baik. Kami beritahu pembawa surat tersebut supaya dalam urusan seumpama itu, supaya datanglah ke pejabat, kami akan rekodkan surat tersebut, satu salinan kami simpan dalam fail, soal MB nak sain tak nak sain itu soal lain.


Pembawa surat tersebut faham, dan ternyata dia menyerahkan surat tersebut kepada Setiausaha Sulit MB di pejabat. Itu baru betul. Pagi esoknya, saya tengok surat tersebut sudah ada diatas meja MB.

Telahan kami tepat, tidak sampai pun beberapa minit kemudian, suara seorang ADUN Pembangkang yang sangat dikenali dari Kubu Gajah, tidak semena-mena membangkitkan isu ini di dewan dengan membuat pencelahan sewaktu seorang ADUN lain sedang membahaskan Bajet 2009. Saya tidak kenal pasti siapa ADUN yang sedang berucap ketika itu. Kubu Gajah menghentam MB Perak kerana kononnya bertindak kasar kepada wartawan sedangkan Kubu Gajah tidak berada di tempat kejadian.

Walaupun ada beberapa orang ADUN BN di kantin sewaktu kejadian tersebut berlaku; saya amat pasti Kubu Gajah tidak ada di situ. Saya sangat mengenalinya kerana ia memang popular dengan sikap kurang ajarnya di Parlimen dan dibawanya ke DUN.

Saya akan semak dalam kertas minit dewan apa yang diucapkan oleh ADUN Kubu Gajah dan akan siarkan supaya para pembaca dapat menilai sendiri ucapannya ; bahawa inilah perangai UMNO BN, mengambil kesempatan apa sahaja yang boleh dijadikan isu untuk memburukkan MB dan kerajaan Pakatan Rakyat.

sumber : Setpol MB

Saturday, November 15, 2008

WAJAH-WAJAH TERAKHIR MUJAHIDDIN....


PERLU DIINGAT!!!! MEREKA BUKANNYA SEORANG TERRORIST seperti yang dicanang-cangkan oleh golongan KUFFAR dan AMERIKA SYARIKAT.....

INILAH MUJAHIDDIN!!!! PEJUANG ISLAM SEJATI!!!!

Isu Pahang: Berita Tergempar !! Ahli Parlimen Rompin Mengamuk Di Masjid Felda Keratong 4 !!

PahangDaily - KERATONG: [4.00 pm] Satu berita gempar telah terjadi selepas solat Jumaat sebentar tadi. Ia berkaitan dengan "amukan" Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis terhadap Imam Solat Jumaat di Masjid Felda Keratong 4 dekat sini. Kejadian dipercayai berpunca daripada "sakit hati" JJ terhadap Iman Solat Jumaat terbabit yang membuat khutbah perihal soal "Keadilan Dalam Islam". Iman yang mengendalikan khutbah tersebut ialah Ustaz Suhaimi Saad (foto) , yang juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Pemuda PAS Pahang. Menurut Ustaz Suhaimi, ketika membaca khutbah beliau menyentuh tentang keadilan yang dituntut dalam Islam secara menyeluruh. "Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan akta zalim (ISA) yang dilihat tidak adil dalam Islam" katanya.
Menurutnya selepas selesai mengimami solat, beliau telah didatangi oleh Ahli Parlimen Rompin itu dalam keadaan yang penuh dengan emosi dan muka yang bengis. "Saya tidak menyedari bahawa Ahli Parlimen Rompin itu turut menjadi jemaah solat Jumaat yang saya imamkan" katanya. Ahli Parlimen Rompin itu telah mengherdik Ustaz Suhaimi yang membaca khutbah berbaur politik katanya. Namun beliau menjawab "Khutbah yang saya baca itu adalah secara umum berkaitan Islam dan tidak bertujuan politik". Namun JJ nampak marah dan tidak berpuas hati dengan berkata "Andainya khutbah seperti itu dibaca, saya pun boleh membawa khutbah". Lalu Ustaz Suhaimi menyahut "Jika Dato' fikir, boleh membaca khutbah apa salahnya. Elok Dato' baca khutbah minggu depan" . Kenyataan Ustaz Suhaimi itu amat menyiksakan jiwa Ahli Parlimen Rompin berkenaan. Di mana akhirnya beliau mencabar supaya Ustaz Suhaimi keluar masjid.
Mungkin cabar itu dibuat bagi "membelasah" Ustaz Suhaimi. Kerana kami difahamkan terdapat ramai puak-puak UMNO karat dan kroni Jamaluddin Jarjis sedang menunggu diluar. (Foto: Lihat gambaran JJ menjadi Imam Solat Jumaat) Melihat keadaan itu, beberapa orang jemaah dan sahabat beliau menasihat agar tidak keluar masjid bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Maka akhirnya Ustaz Suhaimi menjawap pelawaan JJ itu dengan berkata "Elok kita berbicara dalam masjid Dato'.. kerana ini rumah Allah dan lebih afdal dari diluar". Ketika itu JJ dan kuncu-kuncunya telah menunggu dengan "geram" dan "penuh emosi" diluar. Mungkin bagi mereka, sekejap lagi Ustaz Suhaimi iaitu Imam yang membaca khutbah dan menjadi Imam solat Jumaat di Keratong 4 itu akan dibelasah cukup-cukup agaknya. Namun dek kerana beliau tidak keluar, akhirnya kumpulan Ahli Parlimen terbabit beredar dari masjid dengan perasaan yang amat kecewa. Mujurlah kejadian itu tidak berakhir dengan insiden yang lebih buruk lagi. Jika tidak sudah pasti satu peristiwa gempar akan berlaku di Masjid Keratong 4 siang tadi.
Peristiwa yang berlaku ini jelas sekali mencerminkan betapa buruknya keperibadian Ahli Parlimen Rompin itu. Maka sahlah keputusan Pak Lah untuk tidak melantik beliau kekal dalam kabinet barunya adalah tepat sekali. JJ sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa insiden yang amat memalukan termasuk kes "Raba Punggung" di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan sebelum ini namanya juga dikaitkan dengan kes "Norrita Samsuddin" hingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup siasatan kes tersebut dengan keputusan "tiada pembunuh sebenar". Bahkan lebih aneh lagi pihak polis menyatakan bahawa " terdapat dua lembaga yang tidak dikenalpasti telah membunuh pragawati itu". Hingga sekarang ianya masih menjadi misteri. Apapun, ramai yang mengaitkan nama JJ dalam kes tersebut, samalah dengan TPM Najib yang dikaitkan dengan kes Altantunya selama ini. Sikap panas baran yang ditunjukkan oleh beliau itu, jelas sekali tidak menghormati kesucian "rumah Allah". Beliau tergamak menyerang Imam yang mengimami solat Jumaat dimana beliau sendiri menjadi makmumnya ketika itu. Apakah manusia seperti ini boleh dilantik dan dikekalkan sebagai pemimpin umat Islam. Maka diharap dengan peristiwa ini, ia dapat memberi kesedaran kepada rakyat di Rompin agar menolak beliau dalam pilihanraya umum akan datang.
[Nampaknya kes ini bakal menjatuhkan resputasi JJ yang khabarnya sedang menginta untuk menjatuhkan Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar Pahang tidak lama lagi. Kami difahamkan JJ sedang membina kekuatannya, kerana beliau tahu bila Najib Razak menjadi Perdana Menteri nanti sudah pastilah namanya akan naik sebagai calon yang paling sesuai ke jawatan MB Pahang itu. Team Adnan harus berhati-jati dengan kelibat dan gerakan "grass root" yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Rompin yang paling biadap ini. Jika tidak negeri Pahang akan berada dalam "kegelapan" kerana ditadbir oleh kaki "raba punggung" dan "kaki skandal seks" seperti beliau itu].

PENGUMUMAN : Siapa Kenal Lelaki nih!!!

Sumber : Perisik Rakyat

Kenal Siapa Lelaki Ini?Inilah wajah putar alam & putar belit...hati2 dengan lelaki ini...

Lelaki Ini bernama NASABRI BIN MAT AROP no k/p : 700822-08-5443 adalah pemangsa yang menipu dgn cara meminta kepada mana2 individu bawah umur 40 tahun untuk mendapatkan DANA BELIA di bawah KEMENTERIAN BELIA RM30-50K dengan bayaran RM250-RM300 untuk bayaran kertas kerja untuk di uruskan olehnya... Manakala buku akaun bank rakyat di serahkan kepada lelaki ini dengan salinan kad pengenalan.

Sehingga kini sudah beberapa laporan polis dibuat terhadapnya termasuk di sebelah Balik Pulau & Pulau Pinang... sehingga hari ini masih tidak tahu status ke mana perginya lelaki ini... dimaklumkan dia berada di lokasi Padang Serai, Kulim, Baling, Gurun hingga Jitra Kedah.

Ratusan Ribu Ringgit telah di tipu oleh lelaki ini. Mempunyai 2 orang isteri termasuk isteri keduanya seorang GRO dari negara jiran. dia sudah tidak lagi berada di tempat kerja beliau iaitu di Agensi Dadah Kebangsaan(ADK) di Pulau Pinang

Modus operandi tertumpu kepada mereka yang punyai masalah kewangan... berita yang diterima juga memaklumkan bahawa lelaki ini adalah daripada kalangan PEKIDA... kepada mereka yang mengenai lelaki ini, termasuk ADIK BERADIK KITA... bantulah... ramai yang telah teranianya... di harapkan dapat menghubungi pihak polis yang berdekatan atau menghubungi Syam 019-559 7527 atau azman 019-408 5232

Friday, November 14, 2008

Ku Li sertai PKR..?

Oleh: nakmarahmarahlah (SabahDaily)

KEBELAKANGAN ini desas desus bertiup kencang mengatakan bahawa tokoh veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah bakal menyertai salah satu komponen parti dalam Pakatan Rakyat (Pakatan) tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Rakyat Gua Musang belum memberi kata putus walaupun telah ditawarkan beberapa kali oleh komponen Pakatan itu.

Melihat kepada kecenderungannya, Tengku Razaleigh dikatakan lebih berminat menyertai Parti Keadilan akyat (PKR) berbanding PAS dan DAP kiranya dia sudah berkerat rotan dengan Umno dan Barisan Nasional.
Menjelang pemilihan Umno bahagian Oktober lalu, Tengku Razaleigh pernah mengeluarkan kenyataan akan terus kekal dalam Umno dan tidak bersedia menganggotai mana-mana komponen parti Pakatan.
Dalam masa yang sama, beberapa kelompok penyokongnya yang setia dengannya dilaporkan pernah menggesa Tengku Razaleigh berubah angin kerana Umno tidak lagi relevan dengan senario politik negara ditambah ada cetusan supaya beliau kembali menerajui kerajaan negeri Kelantan andai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat mengambil keputusan berundur diri pada masa akan datang atas masalah kesihatan.

Dikalangan mereka beranggapan Tengku Razaleigh berupaya merancang pelbagai dasar pembangunan yang baik untuk negeri Cik Siti Wan Kembang itu dan keretakan hubungan yang didakwa melibatkan kerajaan negeri dan kesultanan Kelantan sekaligus mampu ditangani dengan mudah.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Pimpinan tertinggi PKR, Khalid Jaafar ketika ditanya menyarankan partinya menjemput Tengku Razaleigh hadir dan diberi peluang berucap sempena Kongres Tahunan Nasional yang akan berlangsung pada akhir tahun ini.

“Itu pendapat saya secara peribadi…beliau patut dijemput hadir dan berucap,”ujarnya.

Desas-desus kemasukan Tengku Razaleigh ke dalam PKR muncul awal bulan lalu apabila pertemuan beliau dilaporkan membuat pertemuan dengan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada pertemuan tersebut, mereka dilaporkan berbincang mengenai pembentukan konsep kerajaan perpaduan.

Khalid berkata, walaupun ditolak oleh Umno, ahli parlimen Gua Musang itu patut dijemput atas kapasitinya sebagai orang lama dan berpengalaman dalam politik Malaysia.

{Jika kebenaran ini menjadi realiti….Ku Li catat satu lagi sejarah. Dengan penyertaan beberapa tokoh Gerakan dan Umno termasuk Datuk Fauzi di Pahang dalam Pakatan nampaknya makin bertambah mantap lagi gagasan pembangkang dalam menghadapi pelbagai cabaran mendatang.}


SUMBER DICILOK : Perak Express

Blog Stats