KEBELAKANGAN ini desas desus bertiup kencang mengatakan bahawa tokoh veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah bakal menyertai salah satu komponen parti dalam Pakatan Rakyat (Pakatan) tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Ahli Dewan Rakyat Gua Musang belum memberi kata putus walaupun telah ditawarkan beberapa kali oleh komponen Pakatan itu.
Melihat kepada kecenderungannya, Tengku Razaleigh dikatakan lebih berminat menyertai Parti Keadilan akyat (PKR) berbanding PAS dan DAP kiranya dia sudah berkerat rotan dengan Umno dan Barisan Nasional.
Menjelang pemilihan Umno bahagian Oktober lalu, Tengku Razaleigh pernah mengeluarkan kenyataan akan terus kekal dalam Umno dan tidak bersedia menganggotai mana-mana komponen parti Pakatan.
Dalam masa yang sama, beberapa kelompok penyokongnya yang setia dengannya dilaporkan pernah menggesa Tengku Razaleigh berubah angin kerana Umno tidak lagi relevan dengan senario politik negara ditambah ada cetusan supaya beliau kembali menerajui kerajaan negeri Kelantan andai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat mengambil keputusan berundur diri pada masa akan datang atas masalah kesihatan.
Dikalangan mereka beranggapan Tengku Razaleigh berupaya merancang pelbagai dasar pembangunan yang baik untuk negeri Cik Siti Wan Kembang itu dan keretakan hubungan yang didakwa melibatkan kerajaan negeri dan kesultanan Kelantan sekaligus mampu ditangani dengan mudah.
Dalam pada itu, Ahli Majlis Pimpinan tertinggi PKR, Khalid Jaafar ketika ditanya menyarankan partinya menjemput Tengku Razaleigh hadir dan diberi peluang berucap sempena Kongres Tahunan Nasional yang akan berlangsung pada akhir tahun ini.
“Itu pendapat saya secara peribadi…beliau patut dijemput hadir dan berucap,”ujarnya.
Desas-desus kemasukan Tengku Razaleigh ke dalam PKR muncul awal bulan lalu apabila pertemuan beliau dilaporkan membuat pertemuan dengan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pada pertemuan tersebut, mereka dilaporkan berbincang mengenai pembentukan konsep kerajaan perpaduan.
Khalid berkata, walaupun ditolak oleh Umno, ahli parlimen Gua Musang itu patut dijemput atas kapasitinya sebagai orang lama dan berpengalaman dalam politik Malaysia.
{Jika kebenaran ini menjadi realiti….Ku Li catat satu lagi sejarah. Dengan penyertaan beberapa tokoh Gerakan dan Umno termasuk Datuk Fauzi di Pahang dalam Pakatan nampaknya makin bertambah mantap lagi gagasan pembangkang dalam menghadapi pelbagai cabaran mendatang.}
SUMBER DICILOK : Perak Express
0 comments:
Post a Comment