nobisha : Heboh! Skandal seks seorang pemimpin politik dan artis popular di negara ini. Kedua-duanya ada nama dan dikenali ramai. Tak percaya?
Aha, sengaja saya letakkan tajuk itu pada tulisan saya kali ini. Mengapa? Saya fikir tajuk itu dapat menarik pembaca. Gabungan perkataan-perkataan "skandal", "seks", "politik", dan "artis" menjadikan tulisan ini merangsang sesetengah pembaca untuk datang ke sini.
Sekiranya anda ingin mencari berita sensasi itu di sini, ia tidak ada. Cerita itu tidak wujud. Saya tidak menulis berita sedemikian di blog ini. Malah, itu bukan tujuan saya memblog.
Malangnya, ada orang menjadi bloggers dengan niat jahat. Percayalah, tajuk sedemikian akan wujud menjelang Perhimpunan Agung UMNO nanti.
Saya sendiri sudah menemui beberapa blog tidak berwajah yang diwujudkan bagi mengaibkan pemimpin tertentu. Bukan satu atau dua blog; tetapi banyak. Saya kecewa kerana ada bloggers yang sanggup melacurkan maruah dan harga dirinya bagi menulis sedemikian dan memberikan gelaran buruk kepada sesiapa yang tidak menyokong "kuda tunggangan" mereka.
Perbuatan sedemikian bukan hanya mengaibkan pemimpin, lebih buruk lagi akan menghancurkan parti dan memesongkannya dari perjuangan.
Menjelang pilihanraya dulu, pemimpin-pemimpin UMNO menjadi mangsa tohmahan dan sehingga kini tohmahan tersebut belum dibuktikan. Kalau dulu perbuatan ini dibuat oleh lawan UMNO, kini hal yang sama dilakukan oleh mereka yang mengaku mendokong perjuangan UMNO.
Saya membaca blog-blog tersebut dan berasa cukup malu untuk membuat link dari blog ini. Saya tidak kisah sekiranya ahli ingin bersikap kritikal terhadap pemimpin UMNO. Namun, biarlah ia dilakukan dengan akhlak dan tatasusila kesopanan.
Usah membuat cerita yang bukan-bukan; apatah lagi tuduhan rambang. Ingatlah, walau bagaimana hebatnya kita, suatu hari nanti kita akan mati dan akan dihakimi oleh Allah s.w.t. Setiap perkataan dan tindakan akan dipertanggungjawabkan. Besar sangatkah jawatan yang dikejar sehingga kita sanggup terjun ke neraka semata-mata untuk duduk di jawatan itu?
Kalau pun kita ingin membantu calon-calon tertentu, tulislah sesuatu yang baik. Saya fikir semua pemimpin UMNO ada sumbangan kepada masyarakat. Tulislah kebaikan itu berjela-jela. Pujilah setinggi langit. Biar semua orang tahu. Saya fikir itu lebih baik dari mengada-adakan cerita keburukan orang lain.
Sudah berulangkali saya berbicara mengenai politik ilmu dan hujah. Saya fikir itu harus menjadi pendekatan UMNO dalam pemilihan kali ini. UMNO masih di takhta kuasa dan pemimpinnya sepatutnya tahu apa yang patut dilakukan bagi menyekat fitnah sebegini. Lakukanlah.
Agak anih, tatkala ahli-ahli PAS mempertahankan pemimpin PAS, dan ahli-ahli PKR mempertahankan pemimpin PKR; ahli-ahli UMNO melondehkan maruah pemimpin sendiri!
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
2 days ago
0 comments:
Post a Comment